expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

28 September, 2022

PECAH BAHAGIAN : MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR BAHAGIAN MASING-MASING DALAM GERAN BERKONGSI HAKMILIK


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Foto lampiran 1 
( klik foto untuk besarkan imej )

Di dalam dokumen geran tanah atau sijil carian rasmi mahupun carian persendirian yang membabitkan lot tanah yang ada banyak pemilik, keluasan tanah setiap pemilik akan ditulis dalam format pecahan bahagian. Walau pun lot tanah tersebut hanya mempunyai 1 pemilik sahaja luas tanah yang menjadi hakmiliknya tetap juga akan ditulis secara pecahan bahagian. Keluasan tanah tidak ditulis dengan nilai luas tanah sebenar dalam unit Hektar, Ekar, Relung, meter persegi atau kaki persegi.


Contohnya :-

1.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 1 pemilik sahaja
Luas hakmilik akan ditulis sebagai : ( 1/1 ) bahagian
 
2.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 4 pemilik berkongsi

Luas pemilik A ( 1 ekar ) ditulis sebagai :  ( 1/2 ) bahagian
Luas pemilik B ( ½ ekar ) ditulis sebagai :  ( 1/4 ) bahagian
Luas pemilik C ( ¼ ekar ) ditulis sebagai :  ( 1/8 ) bahagian
Luas pemilik D ( ¼ ekar ) ditulis sebagai :  ( 1/8 ) bahagian
 
Untuk mengetahui keluasan tanah sebenar setiap pemilik dalam unit luas yang tertentu, perlulah dikira secara kiraan matematik mudah dengan formula asas begini :

( Luas BAHAGIAN ) x ( Luas LOT )


Dengan tersiarnya artikel ini, adalah menjadi harapan penulis agar para pembaca akan faham cara yang betul untuk mengira luas tanah bahagian masing-masing. Dan dengan ini juga penulis tidak akan melayan atau menjawap lagi sebarang pertanyaan yang mahukan penulis mengira luas tanah bahagian yang menjadi hakmilik mereka.


-----------------------------------------------------------


Rujuk fakta dalam foto lampiran ( 1 ) di atas :


-----------------------------------------------------------


( LUAS LOT )


LUAS LOT 4104 adalah : 1.0345 Hektar


( 1 Hektar = 2.471 ekar = 10,000 mp = 107,639 kp )


Maka

luas LOT 4104 dalam unit lain adalah :


Dalam unit EKAR
( 1.0345 hek ) X ( 2.471 ) = 2.556 Ekar


Dalam unit METER PERSEGI ( mp ) 
( 1.0345 hek ) X ( 10,000 ) = 10,345 mp


Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp ) 
: ( 1.0345 hek ) X ( 107,639 ) = 111,353 kp



-----------------------------------------------------------


Sekarang rujuk pula pada fakta hakmilik ke atas tanah
tersebut dalam foto lampiran ( 2 ) di bawah.



-----------------------------------------------------------



Foto lampiran 2 
( klik foto untuk besarkan imej )



NOTA :-

Di dalam setiap dokumen Geran Tanah atau pun sijil Carian Rasmi atau Carian Persendirian, bahagian mukasurat ke 2 adalah merujuk kepada butiran maklumat rekod KETUANPUNYAAN atau pun HAKMILIK ke atas tanah tersebut. Nama setiap pemilik tanah akan ditulis beserta dengan luas bahagian yang menjadi hakmiliknya di dalam unit pecahan matematik.


-----------------------------------------------

( LUAS BAHAGIAN )

Butiran hakmilik tanah untuk Lot 4104 adalah seperti berikut :


Pemilik ( 1 ) :         249 / 1636 bahagian

Pemilik ( 2 ) :         498 / 1636 bahagian

Pemilik ( 3 ) :         249 / 1636 bahagian

Pemilik ( 4 ) :         32 / 409 bahagian

Pemilik ( 5 ) :         32 / 409 bahagian

Pemilik ( 6 ) :         32 / 409 bahagian

Pemilik ( 7 ) :         32 / 409 bahagian

Pemilik ( 8 ) :         32 / 409 bahagian


---------------------------------------------------------


CARA MENGIRA LUAS SEBENAR TANAH
BAHAGIAN MASING-MASING



( Luas BAHAGIAN ) X ( Luas LOT )


1.) Luas tanah sebenar Pemilik 1 :  ( 249 / 1636 ) bahagian

a.) Dalam unit HEKTAR :
= ( 249 bahagi 1636 ) darapkan ( 1.0345 hektar
0.1574 hektar

b.) Dalam unit EKAR :
= ( 249 bahagi 1636 ) darapkan ( 2.556 ekar
0.389 ekar

c.) Dalam unit METER PERSEGI ( mp ) :
= ( 249 bahagi 1636 ) darapkan ( 10,345 mp ) 
1,574.5 meter persegi

d.) Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp ) :
= ( 249 bahagi 1636 ) darapkan ( 111,353 kp
16,948 kaki persegi


2.) Luas tanah sebenar Pemilik 8 :  ( 32 / 409 ) bahagian

a.) Dalam HEKTAR
= ( 32 / 409 ) x ( 1.0345 hektar
0.0809 hektar

b.) Dalam EKAR
= ( 32 / 409 ) x ( 2.556 ekar
0.1999 ekar

c.) Dalam METER PERSEGI 
= ( 32 / 409 ) x ( 10,345 m2
809.4 meter persegi

d.) Dalam KAKI PERSEGI 
= ( 32 / 409 ) x ( 111,353 kp
8,712 kaki persegi


-----------------------------------------------

Berpandukan kepada contoh kiraan luas sebenar bahagian tanah bagi Pemilik ( 1 ) & ( 8 ) di atas, cubalah anda kirakan pula luas sebenar bahagian tanah yang menjadi hakmilik untuk pemilik-pemilik yang lain bagi Lot 4104 tersebut.

Jika anda faham cara mengira dan penggunaan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah ditunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa bukanlah susah membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas tanah setiap bahagian tersebut.

Tetapi jika anda masih tak faham maka anda perlulah ulang baca artikel ini dan buat latihan pengiraan berulangkali sehingga anda faham dan dapat jawapan yang sama dengan apa yang telah ditunjukkan di atas.

Berusahalah... OK

----------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda ada keperluan untuk membuat urusan ukur tanah bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim saja pertanyaan melalui telefon dengan kiriman mesej aplikasi WhatsApp ke nombor di bawah :


( Klik )

012-3949064


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan untuk lebih faham keperluan dokumen, prosedur serta cara kami berurusan dengan pelanggan boleh dibaca dengan klik link di bawah.

< klik >


TERIMA KASIH

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2023
#jtklang

27 September, 2022

UNIT UKURAN BAGI JARAK DAN LUAS TANAH ( BAHAGIAN 2 )



Seperti kebanyakan negara bangsa dunia yang lain contohnya England, Ireland, Scotland, Deutschland, Holland atau Thailand nama negara ditulis dan dipanggil dengan nama bangsa penduduk asal atau kelompok masyarakat terbesar yang ada disitu. Sebelum merdeka dan sebelum menjadi Malaysia, nama negara kita lebih dikenali di dunia sebagai Tanah Melayu. Dan persamaan lain seperti negara-negara bangsa tersebut, negara kita juga mempunyai tamadun dan kebudayaan sendiri yang merangkumi hampir setiap aspek kehidupan termasuklah dari segi ukuran-ukuran bagi menentukan jarak dan luas tanah.


UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS LAMA DI TANAH MELAYU

Bagi membuat ukuran jarak dan seterusnya dari jarak diukur pula keluasan ada unit-unit lama yang digunakan secara mengikut negeri atau kawasan tertentu. Hanya selepas mencapai kemerdekaan barulah negara kita mempraktikkan hanya satu unit sahaja bagi seluruh negara iaitu unit METRIK.


UNIT-UNIT LAMA YANG PERNAH DIGUNAKAN

Jengkal

Hasta

Depa

Jempa

Relung

Ling

Rantai

Ela

Kaki

Pole

Rood

Batu

JADUAL TUKARAN UNIT JARAK LAMA KE METRIK


1 Jengkal = 0.5 Hasta = 0.25 Ela = 0.75 kaki = 0.2286 meter

1 Hasta = 0.5 Ela = 1.50 kaki = 0.4572 meter

1 Depa = 4 Hasta = 2 Ela = 6 kaki = 1.8288 meter

1 Jempa = 8 kaki = 2.4384 meter

1 Relung = 176 kaki = 53.642 meter

1 Ling = 0.66 kaki = 0.201168 meter

1 Rantai = 100 ling = 66 kaki = 20.1168 meter

1 Ela = 3 kaki = 0.9144 meter

1 kaki = 0.3048 meter

1 pole = 16.5 kaki = 5.0292 meter

1 Rood = 40 pole = 660 kaki = 201.168 meter

1 Batu = 1.609 kilometer = 5278.87 kaki = 1609 meter



 JADUAL TUKARAN UNIT LUAS LAMA KE METRIK


1 Depa = 36 kaki persegi ( kp ) = 3.3445 meter persegi ( mp )

1 Jempa = 64 kp = 5.946 mp = 0.001469 Ekar

1 Relung = 484 jempa = 30976.6 kp = 2877.7 mp

1 Relung = 0.7111 Ekar = 0.2878 Hektar

1 Rantai = 4356 kp = 0.1 Ekar = 0.04047 Hektar = 404.686 mp

1 Ekar = 10 Rantai = 1.406 Relung = 1210 Depa = 0.4047 Hektar

1 Ekar = 4 Rood = 160 pole = 43560 kp = 4046.86 mp

1 Pole = 0.025 Rood = 272.25 kp = 25.293 mp

1 Rood = 40 pole = 0.25 Ekar = 10890 kp = 1011.71 mp

1 Hektar = 2.471 Ekar = 107,640 kp = 10,000 mp


CONTOH PENGIRAAN TUKARAN UNIT LUAS


UNIT EKAR & DEPA

Jika di dalam geran tanah atau pelan tanah yang lama ditulis dalam unit ‘Ekar’ dan ‘Depa’, Luas tanah akan ditulis seperti contoh dibawah :

2ᴬ  167ᴰ

Ini bermaksud luas tanah ini adalah :


( 2 ekar ) + ( 167 depa persegi )


Untuk mengira luas tanah ini dalam unit yang digunakan pada waktu ini, kita perlulah menukar kepada unit baru dengan formula tukaran yang betul.


FORMULA ASAS PENGIRAAN

1 Depa = 36 kp = 3.3445 mp

1 Ekar = 1,210 Depa

1 Ekar = 43560 kp = 4046.86 mp

1 mp = 10.764 kp



 Luas tanah dalam unit EKAR

( 2 ekar ) + ( 167 depa )

= ( 2 ekar ) + ( 167 / 1210 )

= ( 2 ekar ) + ( 0.1380 ekar )

= 2.1380 ekar

 

Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp )

( 2 ekar ) + ( 167 depa )

= ( 2 x 43,560 kp ) + ( 167 depa x 36 kp )

= ( 87,120 kp ) + ( 6,012 kp )

= 93,132 kp


Dalam unit METER PERSEGI ( mp )

( 2 ekar ) + ( 167 depa )

= ( 2 x 4046.86 mp ) + ( 167 depa x 3.3445 mp )

= ( 8093.7 mp ) + ( 558.5 mp )

8652.2 mp


-------------------------------------------------------------------------------------------


UNIT RELUNG & JEMPA

Jika di dalam g eran tanah atau pelan tanah yang lama ditulis dalam unit ‘Relung’ dan ‘Jempa’, Luas tanah akan ditulis seperti contoh dibawah :


2R  423j


Ini bermaksud luas tanah ini adalah :


( 2 Relung ) + ( 423 Jempa )

 

FORMULA ASAS PENGIRAAN

1 Relung = 484 Jempa = 0.7111 Ekar

1 Relung = 30976 kp = 2877.7 mp

1 Jempa = 64 kp = 5.946 mp = 0.001469 Ekar

 

Dalam unit EKAR

( 2 Relung ) + ( 423 Jempa )

= ( 2 x 0.7111 ekar ) + ( 423 x 0.001469 ekar )

= ( 1.4222 ekar ) + ( 0.6214 ekar )

= 2.0436 ekar


Dalam unit METER PERSEGI ( mp )

( 2 Relung ) + ( 423 Jempa )

= ( 2 x 2877.7 mp ) + ( 423 x 5.946 mp )

= ( 5755.40 mp ) + ( 2515.16 mp )

= 8,270.56 meter persegi

 

Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp )

( 2 Relung ) + ( 423 Jempa )

= ( 2 X 30976 kp ) + ( 423 X 64 kp )

= ( 61952 kp ) + ( 27072 kp )

= 89,024 kaki persegi


-------------------------------------------------------------------------------------------


UNIT EKAR, ROOD & POLE

Dan di dalam kebanyakan geran tanah di kebanyakan negeri unit luas yang lebih mudah dijumpai adalah dalam unit ‘Ekar, Rood & Pole’. Luas tanah akan ditulis seperti dibawah :

2a. 2r. 05p

Ini bermaksud luas tanah ini adalah :


( 2 ekar ) + ( 2 rood ) + ( 5 pole )

 

FORMULA ASAS PENGIRAAN

1 Ekar = 4 Rood = 160 Pole

1 Ekar = 43,560 kp = 4046.86 mp

1 Rood = 0.25 ekar = 10,890 kp = 1,011.715 mp

1 Pole = 0.00625 ekar = 272.25 kp = 25.292 mp


Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp )

( 2 ekar ) + ( 2 rood ) + ( 5 pole )

= ( 2 x 43,560 kp ) + ( 2 x 10,890 kp ) + ( 5 x 272.25 kp )

= ( 87,120 kp ) + ( 21,780 kp ) + ( 1,361.25 kp )

= 110,261.25 kp

 

Dala unit METER PERSEGI ( mp )

( 2 ekar ) + ( 2 rood ) + ( 5 pole )

= ( 2 x 4046.86 mp ) + ( 2 x 1011.715 mp ) + ( 5 x 25.292 mp )

= ( 8093.72 mp ) + ( 2023.43 mp ) + ( 126.46 mp )

10,243.6 mp


Dan dalam unit EKAR

( 2 ekar ) + ( 2 rood ) + ( 5 pole )

= ( 2 ekar ) + ( 2 x 0.25 ekar ) + ( 5 x 0.00625 ekar )

= ( 2 ekar ) + ( 0.5 ekar ) + ( 0.03125 ekar )

= 2.531 ekar


---------------------------------------------------------------------------------


CONTOH PENGIRAAN TUKARAN UNIT JARAK


Kebanyakan jarak garisan sempadan lot yang ditulis dalam pelan tanah lama boleh dikatakan hampir kesemuanya ditulis dalam unit LING.

Formula asas bagi jarak dalam unit LING :

(1 Ling = 0.66 kaki = 0.201168 meter

1 Rantai = 100 Ling = 66 kaki = 20.1168 meter


Apa yang perlu dibuat hanyalah darabkan jumlah jarak dalam unit LING dengan nilai persamaan unit LING dalam KAKI atau METER sahaja. Tidak susah pun.


Contoh Jarak : 600 Ling

Dalam KAKI : 600 ling X 0.66 kaki = 396 kaki

Dalam METER : 600 ling X 0.201168 meter = 120.70 meter


Apa yang ditunjuk di atas hanyalah sekadar contoh pengiraan bagi jarak dan luas tanah dalam unit lama yang masih lagi ada dalam geran tanah bagi sesetengah negeri seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Bagi geran tanah yang baru, semuanya sudah pun menggunakan jarak dalam unit METER dengan keluasan tanah dalam unit HEKTAR atau METER PERSEGI.

---------------------------------------------------------------------------------

Untuk membuat pertanyaan perkhidmatan ukur tanah adalah lebih mudah dan cepat kirim dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor :

( Klik )

012-3949064



TERIMA KASIH

----------------------Jurukur Tanah Klang @ 2024------------------4----

26 September, 2022

GARISAN SEMPADAN TANAH BERTINDIH : SATU CADANGAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN SECARA AMAN


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




HINDARI PERSENGKETAAN DAN PERGADUHAN BERPANJANGAN TANPA PERLU TINDAKAN UNDANG-UNDANG


Isu garisan sempadan tanah bertindih ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang remeh. Tidak juga mudah untuk diselesaikan lebih-lebih lagi kalau di atas tanah sudah pun didirikan rumah kediaman atau pagar.

Bertambah rumit lagi kalau membabitkan lot tanah yang berkongsi hakmilik ( geran tanah ) tapi belum pernah disediakan satu pelan pecahan bahagian untuk rujukan kesemua pemilik tanah.

Sudah menjadi kebiasaan kepada jurukur tanah yang banyak terlibat dalam kerja penandaan sempadan berhadapan dengan pemilik tanah atau jiran yang tak berpuashati dan tak mahu terima keputusan hasil daripada ukuran yang telah dibuat.

Method kerja bagi kerja ukur demarkasi begini, apabila hendak menanda semula sempadan lot, jurukur tanah perlu membuat rujukan kepada ‘Pelan diperakui’ ( pelan PA ) bagi lot tersebut. Setiap lot tanah ada pelan PA sendiri yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) dan disahkan oleh kerajaan melalui pihak Pentadbir Tanah & Galian Daerah. Nombor rujukan pelan PA bagi setiap lot akan ditulis di dalam dokumen geran tanah. Jurukur tanah akan mencari semula batu sempadan lot yang telah ditanam oleh kerajaan dahulu. Jika kesemua batu sempadan lot tersebut telah hilang atau rosak, jurukur tanah akan mencari pula batu sempadan lot bersebelahan untuk dijadikan asas bagi pengiraan untuk penandaan semula batu sempadan yang telah hilang tersebut.

Bagi kerja penandaan sempadan pecahan bahagian pula sebelum kerja ukuran atas tanah dibuat, jurukur tanah perlu membuat pengiraan dan menyediakan satu pelan pecahan bahagian yang dipersetujui oleh pemilik tanah terlebih dahulu. Hanya selepas pelan pecahan bahagian itu siap dilukis barulah jurukur tanah boleh pergi ke lokasi membuat kerja ukuran penandaan dengan rujukan kepada pelan tersebut. Asas kerja tetap sama seperti kerja ukur demarkasi penandaan semula sempadan lot, kerja ukur dimulakan dengan membuat carian batu sempadan lot yang terlibat.

Secara realitinya jurukur tanah juga seorang manusia biasa yang tak lari daripada kesalahan. Akan tetapi jika persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan kerja ukuran, membuat kerja secara betul ikut peraturan dan membuat semakan ketepatan sebelum menyiapkan kerja, dengan bantuan peralatan yang serba canggih pada waktu sekarang, melakukan kesalahan adalah sangat minima dan amat jarang terjadi.

Apa yang sering berlaku adalah pemilik tanah atau jiran sebelah yang tak berpuashati dengan kedudukan tanda sempadan bagi lot atau pecahan bahagian yang telah ditandakan, tidak berpuashati hanya melalui pandangan mata sahaja. Mintalah 10 jurukur tanah datang tandakan, selagi tanda tersebut tak terletak di lokasi yang dia mahukan selagi itulah dia tetap tidak akan berpuashati. Inilah yang menjadi punca kepada perselisihan dan persengketaan sesama pemilik tanah yang mempunyai isu garisan sempadan yang bertindih. Dan yang selalu menjadi mangsa keadaan adalah jurukur tanah yang membuat kerja ukuran tersebut.

CARA PENYELESAIAN YANG BOLEH TAPI TAK PATUT DIBUAT

Sekadar pemberitahuan kepada pihak yang tak berpuashati.

a.) Jikalau anda memilih untuk membuat laporan ke pejabat tanah daerah, pihak pejabat tanah daerah akan memanggil kedua-dua pemilik tanah memberikan butiran. Pada akhirnya pejabat tanah daerah akan menyuruh kedua-dua pemilik tanah melantik Jurukur Tanah berkelayakan untuk membuat ukuran pengesahan.

b.) Jikalau anda memilih untuk membuat laporan polis, pihak polis pun tidak tahu dimana kedudukan garisan sempadan yang betul. Pada akhirnya pihak polis juga akan meminta kedua-dua pemilik tanah melantik Jurukur Tanah berkelayakan untuk membuat ukuran pengesahan.

c.) Jikalau anda memilih untuk membuat kes tuntutan undang-undang melalui peguam ke mahkamah. Pada akhirnya pihak mahkamah sendiri akan menyuruh kedua-dua pemilik tanah melantik Jurukur Tanah berkelayakan untuk membuat ukuran pengesahan.

Ketiga-tiga pilihan di atas memang boleh dibuat tetapi tidak patut dibuat sebab pada akhirnya selain daripada faktor memakan masa panjang, kos yang tinggi juga perlu dikeluarkan oleh pemilik tanah untuk mengupah peguam, membayar kos perbicaraan mahkamah dan membayar juga kepada pihak Jurukur Tanah yang akan membuat ukuran pengesahan. Dan secara tidak langsung walaupun selepas isu garisan sempadan bertindih ini dapat diselesaikan, persengketaan sesama pemilik tanah tetap akan berlanjutan.

CARA PENYELESAIAN YANG BETUL DAN AMAN

Jikalau selepas seorang pemilik tanah mengupah jurukur tanah (1) untuk membuat tandaan sempadan tanah hakmiliknya. Jika ada mana-mana pemilik tanah lain atau jiran sebelah yang tidak berpuashati dengan kedudukan tanda yang telah dibuat, apa yang boleh dan sepatutnya dibuat adalah.

1.) Pihak yang tidak berpuashati perlu melantik jurukur tanah (2) yang lain untuk membuat ukuran semakan bagi pihaknya

2.) Selepas ukuran semakan oleh jurukur tanah (2) dibuat, kedua-dua pemilik tanah boleh segera menyelesaikan isu garisan sempadan bertindih jika ukuran semakan tidak menemui apa-apa kesalahan pada tanda yang telah dibuat oleh jurukur tanah (1) sebelum itu

3.) Tetapi jikalau selepas ukuran semakan oleh jurukur tanah (2) dibuat didapati tanda sempadan berada pada lokasi yang tak sama dengan tanda oleh jurukur tanah (1). Kedua-dua pihak jurukur tanah boleh membuat ukuran bersama ( joint survey ) untuk membuat semakan semula ke atas dua-dua tanda yang berada di lokasi berlainan tersebut. Jikalau ukuran semakan kali ketiga berada sama lokasi dengan mana-mana satu daripada 2 tanda awal maka itulah yang mesti diterima dan digunapakai sebagai tanda sempadan yang betul bagi menyelesaikan isu garisan sempadan bertindih tersebut

4.) Dan sebagai opsyen pilihan, kedua-dua pemilik tanah boleh juga berkongsi kos dengan melantik jurukur tanah yang berkecuali ( 3rd party ) untuk membuat ukuran semula penandaan sempadan tanah yang dipertikaikan sebelum itu. Apa saja hasil daripada ukuran oleh jurukur tanah yang berkecuali ini mestilah diterima sebagai penyelesaian kepada isu yang menjadi punca pertikaian.

Penyelesaian secara begini bukan sahaja merupakan cara yang betul tetapi cara begini juga boleh mengelakkan isu berpanjangan dan tanpa perlu membabitkan mana-mana pihak berkuasa serta kos tambahan yang tinggi jika membabitkan tuntutan undang-undang. Selepas selesai isu, kedua-dua pemilik tanah juga boleh berdamai dan melupakan persengketaan yang pernah terjadi sebelum itu.

Tetapi ini hanyalah sekadar satu cadangan dari hasil pengalaman penulis sahaja. Apa saja keputusan dan tindakan yang akan dibuat oleh pihak yang tidak berpuashati, itu adalah hak anda. Tanah anda, duit anda, terpulanglah pada anda nak buat apa pun.

SEKIAN,
TERIMA KASIH



















































 


15 September, 2022

FAQ's : SEBUTHARGA UKUR TANAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


CARTA Perkhidmatan Jurukur Tanah Klang



KOS UPAH ATAU JUMLAH HARGA UKUR TANAH

1.) Saya berminat nak dapatkan perkhidmatan ukur
tanah. Boleh saya tahu berapakah harga untuk ukur tanah saya..?

'Sebutharga' untuk kerja ukur tanah adalah merupakan jumlah harga campuran beberapa faktor dan kos sampingan yang akan disemak nilai dan dikira jumlah harganya. Bagaimana pun untuk memudahkan pelanggan membuat anggaran harga bagi kerja ukur yang mereka perlukan, kami sediakan satu kadar HARGA MINIMA dengan berpandukan kepada keluasan tanah yang perlu di ukur.

KADAR HARGA MINIMA BAGI LUAS TANAH 1 EKAR YANG PERTAMA ATAU SEBAHAGIANNYA DI KL & SELANGOR : 

RM 600 - 800  * 

Di bawah adalah senarai butiran yang perlu kami semak dan ambilkira apabila memberikan harga kepada pelanggan. 

*   Kadar Harga MINIMA  RM 600  bagi lokasi tanah di daerah Klang sahaja )


 FAKTOR UTAMA & FAKTOR SAMPINGAN

i.) Jenis Kerja Ukur Tanah yang perlu dibuat : 


Samada kerja ukur demarkasi cari & tanda semula sempadan lot, ukur tanda sempadan pecahan bahagian, ukur topografi atau ukur butiran. P erlu disediakan pelan atau tidak perlu buat pelan. Setiap jenis kerja secara asasnya tidak sama dengan kadar harganya.

ii.) Faktor LUAS tanah

Bagi luas tanah yang kurang daripada 1 ekar contohnya 1/2 ekar atau 1/4 ekar, harga akan dikira pada kadar Harga Minima. Hanya jika luas tanah melebihi 1 ekar, baru ada tambahan harga

iii.) Faktor LOKASI tanah

Jika lokasi tanah yang perlu di ukur terletak jauh dari jalan utama atau tiada jalan masuk untuk sampai ke lokasi, baru ada harga tambahan

iv.) Faktor GEOGRAFI ( Keadaan mukabumi tanah )

Jika lokasi tanah dikawasan bersemak samun, hutan belukar, bukit bukau atau kawasan berpaya, baru ada tambahan harga.

v.) Faktor SAMPINGAN :

a.) Pembelian info & pelan PA dari Jabatan Ukur ( JUPEM )

b.) Jenis pelan yang diperlukan pelan 'BIASA' atau 'RASMI'

c.) Yuran endorsement Jurukur Tanah Berlesen ( LS )

d.) Jumlah bahagian yang perlu di ukur. Harga bergantung kepada jumlah & luas sebenar setiap bahagian

e.) Jumlah hari bekerja yang diperlukan

f.) Jumlah jurukur pasukan yang diperlukan


MAKLUMAT DAN DOKUMEN YANG PERLU DIKIRIM PELANGGAN


2.) Apakah maklumat dan dokumen yang perlu saya berikan kepada jurukur tanah...?

Maklumat dan dokumen yang diperlukan adalah bagi tujuan buka fail pelanggan dan penyediaan surat sebutharga. Yang perlu dihantar adalah seperti berikut :

1.) Nama penuh pelanggan

2.) Alamat pelanggan

3.) Nombor telefon pelanggan

4.) Salinan tanah ( semua mukasurat / jika ada )

5.) Lain-lain dokumen yang berkenaan ( jika ada )

Dan dokumen tambahan seperti berikut jika pelanggan mahu membuat kerja ukur yang membabitkan 'pecahan bahagian'

6.) Salinan pelan pecah bahagian ( jika sudah pernah dibuat )

7.) Lakaran kasar bentuk, kedudukan dan keluasan setiap pecahan bahagian yang hendak dibuat jika belum pernah ada. pelan pecah bahagian dibuat sebelum ini.

* Salinan dokumen, pelan atau lakaran perlulah dihantar dalam bentuk foto atau dokumen PDF


DOKUMEN SEBUTHARGA DENGAN TAWARAN DAN SYARAT TERTENTU

3.) Bilakah saya boleh dapatkan surat sebutharga untuk tanah saya..?

Selepas kami terima maklumat & dokumen daripada pelanggan satu dokumen sebutharga sudah boleh disiapkan dan dihantar kepada pelanggan dalam masa 1 hingga 3 hari. 


PERSETUJUAN SEBUTHARGA DENGAN BAYARAN DEPOSIT

4.) Jika saya bersetuju dengan sebutharga yang diberi
kepada saya adakah langkah seterusnya yang perlu saya buat..?


Pelanggan perlulah memberikan persetujuan dengan cara bertulis tidak boleh bercakap dalam telefon sahaja, membuat surat pelantikan rasmi

pemilik tanah persendirian tak perlu buat tetapi jika syarikat atau persatuan yang berdaftar, surat perlantikan rasmi adalah PERLU diberikan kepada kami  )

Membuat pembayaran deposit sebagai tanda persetujuan dengan pembayaran melalui bank. Pelanggan perlu memasukkan jumlah deposit bayaran seperti yang telah dinyatakan dalam surat sebutharga, ambil foto simpanan bank-in kirimkan kepada kami untuk disimpan dalam fail rekod urusan kerja serta sebagai bukti pembayaran. Pelanggan perlu simpan semula yang asal untuk rekod pelanggan sendiri. Setiap pembayaran akan diberikan resi.


JADUAL KERJA UKUR TANAH DI LOKASI

5.) Saya setuju dengan harga dan sudah buat bayaran deposit jadi bilakah kerja ukur tanah saya akan dibuat..?


Kebiasaannya tarikh kerja adalah tarikh yang dicadangkan oleh kami tetapi dipilih dan dipersetujui oleh pelanggan. Tarikh tersebut adalah tarikh yang sesuai dengan kedua dua pihak. Pelanggan juga boleh membuat tempahan tarikh tetapi tarikh tersebut perlulah dipersetujui oleh kami. Jadual kerja setiap pelanggan adalah mengikut sistem giliran, siapa cepat dia didahulukan.


JENIS PETANDA SEMPADAN YANG AKAN DIGUNAKAN

6.) Jika batu sempadan lot tanah saya dah hilang adakah jurukur tanah akan gantikan dengan batu sempadan yang baru..?


Kaedah atau cara kerja bagi kerja ukur tanda sempadan adalah kami akan mencari semula batu sempadan yang telah ditanam oleh pihak kerajaan dahulu. Kalau hilang atau pun jumpa tetapi sudah rosak atau berubah dari tempat asal barulah kami akan gantikan tanda sempadan tersebut dengan yang lain. Tetapi tidak digantikan dengan batu sempadan yang sama seperti asal. Petanda yang digunakan adalah mengikut kesesuaian lokasi seperti paip besi, paip PVC, iron spike, paku besi anti karat, kayu piket dengan paku dan lain-lain jenis penanda yang sesuai.

Nota :-
 
Hanya pihak kerajaan sahaja melalui Jabatan Ukur ( JUPEM ) dan Jurukur Tanah Berlesen yang dilantik dan diberikan kebenaran oleh Pejabat Tanah Daerah sahaja yang boleh menggunakan batu untuk tanda sempadan lot. Jika semua orang boleh gunakan batu maka akan timbul isu 1 lokasi ada banyak batu yang ditanda oleh setiap pemilik tanah yang berkongsi garisan dan batu sempadan yang sama


BAYARAN DEPOSIT SEBELUM KERJA DIMULAKAN MANAKALA BAYARAN BAKI HANYA PERLU DIBAYAR SELEPAS KERJA UKURAN DISIAPKAN


7.) Baiklah tuan saya rasa dah faham sekarang cuma satu sahaja lagi yang saya nak bertanya iaitu selepas kerja ukur siap adakah yang saya akan dapat dan apalagi yang perlu saya buat..?

Bergantung kepada jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat dan senarai sebutharga yang telah diberi kepada pelanggan. Kalau kerja hanya membabitkan kerja penandaan atas tanah sahaja tanpa perlu disediakan apa-apa jenis pelan, selepas kerja ukuran disiapkan kami cuma akan tunjukkan kepada pelanggan semua lokasi tanda-tanda yang telah kami tandakan di atas tanah. Tak ada apa-apa lagi yang kami akan berikan kepada pelanggan. Tetapi jika kerja tersebut perlu disediakan satu pelan, kami akan berikan sebanyak 3 salinan pelan kertas cetakan ( hardcopy ) bersama 1 salinan pelan softcopy dalam format PDF atau CAD. Selepas siap kerja ukuran pelanggan perlulah menjelaskan baki bayaran secara TUNAI atau 'cash transfer' pada hari itu juga. Satu resit bagi bayaran penuh yang kami terima akan kami berikan kepada pelanggan.

Manakala bagi kerja ukur yang perlu dibuat ukuran dahulu kemudian baru boleh disediakan satu pelan contohnya kerja ukuran topografi, ukuran butiran / detail survey atau pelan pre-comp dan pelan rasmi yang memerlukan endorsement Jurukur Tanah Berlesen. Pelan tersebut hanya boleh diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh 7 - 14 hari selepas kerja ukuran dibuat. Hanya selepas pelan tersebut disiapkan barulah pelanggan perlu jelaskan baki bayaran sebelum pelan tersebut boleh diserahkan kepada pelanggan. Sama juga seperti pelan yang disediakan sebelum kerja ukuran dibuat, sebanyak 3 salinan pelan kertas cetakan ( hardcopy ), 1 salinan pelan softcopy dan satu salinan bayaran penuh yang diterima akan kami serahkan kepada pelanggan.

________________________________


DENGAN PENJELASAN DI ATAS DIHARAP ANDA FAHAM DENGAN CARA URUSAN DIBUAT DAN KEPERLUAN INFO MAKLUMAT SERTA DOKUMEN YANG PERLU DIKIRIM KEPADA KAMI BAGI TUJUAN BUKA FAIL PELANGGAN DAN CARIAN INFO LOKASI TANAH BAGI MENYEDIAKAN SURAT SEBUTHARGA RASMI KEPADA ANDA .

JIKA BERMINAT NAK DAPATKAN SEBUTHARGA UNTUK KERJA UKUR TANAH SILA HUBUNGI KAMI MELALUI KIRIMAN MESEJ APLIKASI WHATSAPP DENGAN KLIK LINK DI BAWAH

( klik nombor atau butang link di bawah )

012-394 9064





___________________________________

TERIMA KASIH
KERANA MENGHUBUNGI KAMI