بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salam Sejahtera dan Salam Merdeka.
Bersempena dengan sambutan ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke 59 pada 31 Ogos, 2016 ini, penulis memang sengaja memilih tajuk artikel mengenai kepentingan membuat atau menyediakan pelan pecah bahagian ada bersebabnya dan penulis tujukan artikel ini khas untuk pemilik-pemilik tanah persendirian yang berkongsi hakmilik tanah beramai ramai di dalam satu geran. Atau untuk lebih mudah faham, satu geran tanah yang mempunyai banyak nama tuan tanah yang berkongsi hakmilik ke atas tanah tersebut dan memiliki jumlah bahagian yang tidak sama luas di antara satu sama lain.
Bagaimanakah boleh terjadi satu geran tanah tapi mempunyai banyak nama yang dituliskan di dalam mukasurat kedua geran tanah sebagai pemilik yang berhak ke atas tanah tersebut..?
--------------------------------------------------------
Jika anda merancang hendak mendapatkan khidmat Jurukur Tanah untuk mengukur tanah anda atau menyediakan pelan tanah, anda boleh mendapatkan penerangan lanjut mengenai perkhidmatan yang kami sediakan berserta anggaran harga kos upah ukur tanah dengan pergi ke link yang kami sediakan di bawah.
Anda boleh hubungi kami secara
Telefon @ WhatsApp
012-3949064
-----------------------------------------------
KENAPA TERDAPAT GERAN TANAH YANG BERKONGSI BANYAK NAMA DI DALAMNYA
Penulis tak akan menghuraikan satu persatu punca terjadi begitu kerana terdapat banyak alasannya dan sejarahnya. Tetapi apa yang penulis nak tumpukan hanyalah kepada 2 sebab yang biasa terjadi yang berlaku di setiap hari dan tidak akan pernah ada pengakhirannya.
Pertama, akibat dari proses penurunan hak kepada pewaris. Pada asalnya geran tanah itu hanya mempunyai 1 nama pemilik sahaja tetapi apabila berlaku kematian pada pemilik tanah tersebut maka hak ke atas tanah itu akan diperturunkan pula kepada suami, isteri dan anak-anaknya. Contohnya, apabila seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak 4, dia memiliki sebidang tanah dan dia telah meninggal dunia maka namanya sebagai pemilik tanah di dalam geran tanah akan digantikan pula dengan nama isterinya dan juga nama setiap anak-anaknya yang perlu dibuktikan melalui sijil perkahwinan dan juga sijil surat beranak yang sah.
Secara perkiraan mudah, hakmilik ke atas tanah tersebut akan diberikan kepada 5 nama iaitu nama bekas isteri dan 4 anaknya dengan masing-masing akan dituliskan mempunyai seorang 1/5 bahagian di dalam geran tanah. Apabila isterinya pula meninggal dunia maka bahagian miliknya yang 1/5 itu akan dibahagikan pula kepada 4 anak tadi. Maka geran tanah akan dipinda sekali lagi dengan membuang nama si isteri dan hakmilik anak-anaknya akan dipinda menjadi seorang 1/4 bahagian pula.
Proses penurunan hakmilik tanah secara wasiat atau pusaka ini tidak akan terhenti disitu saja. Jika salah seorang dari anak yang mempunyai 1/4 bahagian itu meninggal dunia pula maka hakmiliknya akan turut diperturunkan pula kepada saudaranya yang lain atau pun kepada suami atau isterinya dan juga anak-anaknya. Inilah punca utama mengapa satu geran tanah itu mempunyai banyak nama.
( Nota : Bagi pemilik tanah yang beragama Islam, proses penurunan hakmilik tanah setelah berlaku kematian kepada pemiliknya, tanah itu akan dibuat pembahagian secara hukum 'Faraid' oleh pihak Pejabat Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah )
Kedua, akibat dari aktiviti jual beli tanah. Contohnya, ada seorang tuan tanah yang mempunyai tanah seluas 4 ekar dengan hanya namanya sahaja di dalam geran tanah lot tersebut. Dia bercadang mahu membina rumah di atas tanah tersebut tetapi tidak mempunyai modal wang yang cukup. Lalu dia pun menawarkan separuh daripada tanah hakmiliknya itu kepada siapa-siapa yang mampu dan mahu membeli. Setelah dijual separuh tanahnya maka geran tanah akan dipinda dengan memasukkan nama pembeli tanah tersebut dan sekarang hakmilik ke atas tanah itu akan menjadi 2 nama dengan masing-masing mempunyai 1/2 bahagian yang bersamaan dengan masing-masing memiliki tanah seluas 2 ekar. Dengan wang hasil jualan separuh hakmilik tanah tersebut, si pemilik asal pun membinalah sebuah rumah di atas bahagiannya.
Kemudian pula si pembeli tanah tadi ingin membuka sebuah perniagaan tetapi tidak mempunyai cukup modal. Lalu dia pun menawarkan separuh daripada hakmiliknya yang 2 ekar itu kepada kawannya yang berminat. Apabila proses jual beli antara mereka selesai maka sekarang geran tanah itu akan dipinda sekali lagi kepada 3 nama. Pemilik asal mempunyai 1/2 bahagian bersamaan 2 ekar, pembeli tanah mempunyai 1/4 bahagian dan kawannya juga mempunyai 1/4 bahagian yang bersamaan seorang 1 ekar.
Aktiviti jual beli tanah inilah yang menjadi penyebab kedua terbanyak kenapa satu geran tanah itu mempunyai banyak nama di dalamnya.
OK lah.. selepas mukadimah yang panjang mengenai punca terdapat banyak nama dalam satu geran tanah sekarang penulis akan perjelaskan pula tujuan artikel ini ditulis iaitu berkenaan pentingnya membuat pelan pecah bahagian bagi tanah yang berkongsi banyak nama dalam satu geran tanah.
Pengalaman penulis yang berhadapan dengan banyak karenah tuan-tuan tanah yang tidak berpuashati dengan garisan sempadan tanah yang dikongsi dengan jiran sebelah dan juga daripada banyak pertanyaan yang penulis terima mengenai garisan sempadan yang berubah-ubah setiap kali di ukur semula, inilah puncanya mengapa penulis memilih isu garis sempadan tanah yang dikongsi bersama dan penulis menegaskan bahawa urusan membuat atau menyediakan 'Pelan Pecah Bahagian' ini adalah sangat penting. Kepentingan pelan ini yang utama adalah ia dapat mengelak atau menghindari daripada terjadinya pergaduhan sesama jiran, sesama adik beradik hingga terdapat kes yang dibawa ke balai polis dan pejabat peguam dan hanya akan berakhir apabila hakim memberikan keputusan penghakiman di mahkamah hanyalah disebabkan oleh satu isu kecil sahaja iaitu garisan sempadan tanah yang bertindih.
Di dalam geran tanah yang mempunyai banyak nama, apa yang dituliskan oleh pihak pejabat tanah sebagai hak pemilik-pemilik tanah itu hanyalah merupakan keluasan bahagiannya sahaja tetapi di dalam pelan tanah untuk lot tanah tersebut pada mukasurat belakang geran tanah itu tidak pula ditandakan dimanakah terletaknya bahagian mereka dan dari mana hingga kemanakah sempadan bahagian mereka. Jadi buat menambah pemahaman akan isu ini perlu anda tahu, bagi keluasan tanah yang sama, bentuknya boleh berubah ubah dan tidak sama. Maksudnya panjang dan lebar tanah itu boleh berubah dan tidak sama walaupun dari segi luas ia adalah sama.
Contohnya luas tanah : 2400 kaki persegi ( kp )
1.) Lebar tanah 40 kaki dengan panjang tanah 60 kaki
=> 40 kaki X 60 kaki = 2400 kp
2.) Lebar tanah 30 kaki dengan panjang tanah 80 kaki
=> 30 kaki X 80 kaki = 2400 kp
3.) Lebar tanah 48 kaki dengan panjang tanah 50 kaki
=> 48 kaki X 50 kaki = 2400 kp
Kesemua 3 contoh di atas walau pun mempunyai lebar dan panjang yang berlainan tetapi dari segi keluasan tetap juga sama iaitu 2400 kp. Jadi inilah maksud penulis bahawa walaupun tanah itu mempunyai luas yang sama tetapi bentuknya boleh berubah dan boleh jadi tidak sama.
Inilah punca banyak terjadi masalah garisan sempadan yang berubah ubah tidak sama tempat apabila di ukur semula. Boleh dikatakan kebanyakan masalah garisan sempadan tanah ini adalah berpunca daripada penandaan untuk garisan sempadan bahagian masing-masing tanpa menggunakan pelan pecah bahagian yang sama yang digunakan oleh kesemua pemilik-pemilik tanah tersebut.
Kerap terjadi apabila seorang pemilik tanah yang berkongsi dengan orang lain mahu menandakan bahagiannya tetapi dia tidak mahu membuat pelan pecah bahagian untuk kesemua pemilik tanah yang lain dengan alasan mereka yang lain tidak mahu mengeluarkan wang untuk melukis pelan dan penandaan sempadan. Jadi dia hanya mahu ditandakan keluasan bahagiannya sahaja. Kemudian pemilik tanah yang lain pulak membuat yang sama, tanpa pelan dia pun cuma mahu tandakan keluasan bahagiannya saja. Inilah bakal menjadi masalah kepada garisan sempadan tanah yang berkongsi geran ini.
Bagi seorang jurukur tanah yang telah berpengalaman luas dalam hal penandaan bahagian, jurukur tanah ini pasti akan bertanyakan kepada pemilik tanah samada sebelum ini pernahkah dibuat pelan pecah bahagian. Jikalau pernah dibuat, pemilik tanah perlulah memberikan salinan pelan tersebut kepada jurukur kemudian barulah jurukur tanah itu akan menandakan bahagiannya mengikut pelan yang telah sedia ada itu.
Tetapi jika belum pernah dibuat pelan pecah bahagian maka jurukur tanah tersebut perlulah melukis satu pelan pecah bahagian yang baru yang didalamnya perlulah juga dilukiskan garisan sempadan bahagian tanah hakmilik pemilik tanah yang lain. Tuan tanah yang mengupah jurukur tanah itu perlulah berbincang dengan pemilik yang lain dan berkongsi jumlah bayaran yang perlu dibayar bagi penyediaan pelan pecah bahagian tersebut. Jikalau pemilik tanah yang lain tidak mahu menandakan bahagiannya itu tidak menjadi masalah. Apa yang perlu adalah kesemua pemilik tanah itu berkongsi bayaran untuk penyediaan pelan pecah bahagian sahaja. Kemudian pelan pecah bahagian itu hendaklah diberikan satu salinan kepada setiap pemilik tanah yang lain supaya apabila mereka hendak menandakan bahagian hakmilik mereka nanti, mereka akan gunakan pelan yang sama yang telah dibuat itu.
Jika pelan pecah bahagian untuk lot tanah tersebut telah dibuat dan dipersetujui oleh kesemua pemilik tanah maka barulah tidak timbul masalah dari segi garis sempadan yang tidak sama tempat atau bentuk tanah yang tidak sama dan boleh berubah ubah setiap kali ditandakan bahagian mereka.
Mungkin tak kesemua pemilik tanah yang berkongsi geran akan setuju untuk mengeluarkan kos bagi jurukur tanah membuat penandaan sempadan bahagian masing-masing tetapi kos bagi penyediaan pelan pecah bahagian bukannya mahal sangat pun jika dikongsi bayar.
Pelan pecah bahagian yang penulis tunjukkan sebagai contoh di atas cuma berharga RM 400 bagi penyediaannya. Jika dikongsi bayarannya oleh kesemua 8 pemilik tanah itu, seorang pemilik tanah hanyalah perlu membayar RM 50 sahaja. Dengan RM 50 yang mereka bayar kepada jurukur tanah untuk melukis pelan pecah bahagian tanah mereka, pada bila-bila masa pun jika mana-mana pemilik tanah mahu menandakan bahagiannya, pelan pecah bahagian sudah ada dan mereka tidak akan bergaduh lagi sesama mereka dan tidak akan ada perasaan tidak puashati lagi akibat garisan sempadan tanah mereka bertindih atau ada yang telah diambil oleh pemilik tanah yang lain.
Dengan adanya pelan pecah bahagian di dalam simpanan mereka, walaupun 10 atau 20 atau 30 tahun yang akan datang pun garis sempadan tanah bahagian mereka tetap akan sama tempatnya dan boleh ditandakan semula jika hilang penandanya.
Jadi inilah pentingnya dibuat pelan pecah bahagian dan disimpan pelan yang sama oleh setiap pemilik tanah untuk geran tanah yang berkongsi banyak nama. Setiap garisan sempadan tanah mereka akan terjaga dan tiada lagi perasaan tidak puashati sesama jiran ataupun pergaduhan akibat daripada garisan sempadan tanah yang tidak sama tempat dan berubah ubah setiap kali di ukur semula.
--------------------------------------------------------
Bagi pemilik tanah yang mahu membuat pelan pecahan bahagian, samada nak ditandakan di atas tanah atau tak perlu ditandakan atas tanah, anda boleh menghubungi kami untuk berbincang. Selain dari membuat kerja ukur tanah kami juga menyediakan perkhidmatan melukis pelan tanah yang mengikut kemahuan pemilik tanah.
Untuk penjelasan lanjut cara kami berurusan dengan pelanggan, sila klik link di bawah :
------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2023
68 ulasan:
jika sebuah lot tanah yang besar contoh nya setengah ekar..dan diatas tanah tersebut telah dibina empat biji rumah..banglo,,semi d,,banglo,,rumah kayu..dan nama didalam geran hanya lah dua,,tetapi setiap rumah diatas tanah tersebut berlainan pemilik..contoh nya penama didalam geran hanya memilik satu rumah seorang..dan rumah2 yg lain kepunyaan anak tuan tanah..bolehkah dipecahkan bahagian setelah rumah telah dibina diatas tanah tersebut
Masih boleh dibuat pecahan bahagian tetapi setiap rumah yang telah ada dibina di atas tanah tersebut perlulah di ukur dan ditandakan di dalam pelan dahulu kemudian barulah di lukiskan garisan sempadan pecah bahagian yang paling sesuai yang boleh dibuat dan dapat mengelakkan daripada garisan sempadan itu melintasi lantai atau dinding mana-mana satu rumah tersebut.
Proses ukur ini dinamakan sebagai "Ukuran Offset Rumah/Bangunan" yang perlu dibuat terlebih dahulu sebelum boleh dibuat pelan Pecah Bahagian dan dibuat tandaan sempadan pecah bahagian di tanah.
Tuan, sekiranya geran Tanah mempunyai satu nama sahaja iaitu nama ibu dan hendak pecahkan nama kepada anak2 seramai 5 orang tetapi hny seorg anak sahaja yg ingin membuat pecahan sempadan dan memiliki geran diatas namanye sahaja, bagaimana dengan 4 lagi nama yang lain. adakah terlibat dlm proses / perlu buat bayaran utk proses pecah sempadan?
Sudah saya beri peringatan jika membuat komen dan pertanyaan dengan menggunakan ID Tanpa Nama seperti anda, komen itu akan dibuang tanpa disiarkan disini.
Tapi kerana isu yg anda tanyakan berkenaan 'pecahan bahagian' yang melibatkan proses 'pecah geran' maka saya siarkan buat panduan dan info kepada pembaca yang lain.
Jika anda ingin membuat pecah bahagian dan seterusnya pecah geran untuk mendapatkan geran individu, anda mestilah mengikut langkah-langkah berikut terlebih dahulu.
1.) Buatkan permohonan memasukkan nama-nama kesemua pemilik tanah yg baru dahulu secara pemberian 'kasih sayang' dari ibu kepada anak-anaknya yg 5 itu
2.) Setelah dimasukkan nama dan masing2 tahu luas bahagian masing2, buatkan proses kedua iaitu menyediakan pelan 'pecah bahagian' yang rasmi
3.) Perlu anda tahu keluasan minima bagi mendapatkan geran individu untuk tanah dari jenis pertanian adalah 0.25 ekar atau 1/4 ekar
4.) Jika bahagian anda tidak mempunyai luas tersebut maka anda perlulah membuat proses menukar status kegunaan tanah daripada pertaniaan kepada kediaman
5.) Proses bagi menukar status kegunaan tanah serta mendapatkan geran berasingan boleh dibuat serentak tetapi perlu anda tahu selain daripada bayaran untuk Jurukur Berlesen serta yuran proses permohonan Pejabat Tanah anda juga perlu membayar premium 15% nilai tanah yg mahu ditukar status itu kepada kerajaan
6.) Oleh kerana anda seorang saja yg mahu pecahkan geran berasingan daripada geran asal maka segala kos yg terlibat adalah perlu ditanggung oleh anda seorang sahaja.
7.) Selepas permohonan tersebut diluluskan maka anda akan mendapat geran baru berasingan dengan nombor lot yang baru manakala saudara anda yg lain akan mendapatkan kembali geran lama dengan nombor lot yg sama tetapi telah dibuat pindaan dari segi keluasan tanah, garisan sempadan dan juga jumlah cukai tahunan terkini selepas pindaan
Harap anda faham
Tuan Nick,
Amat kagumi dengan perkongsian Tuan.
Insyaallah saya akan memohon perkhidmatan Tuan suatu hari nanti
tuan Nick, saya ada tanah di johor..harga pasaran tanah tersebut dalam anggaran 1.2 -1.4 juta..luas tanah tu 0.9231 hektar dan bahagian saya 1/4. 1/4 lagi nama makcik yg dah meninggal dan 1/2 lagi nama atuk yang juga telah meninggal. bolehtak sekiranya saya nak pecah bahagian saya dan dapatkan geran persendirian serta berapa kosnya? status tanah adalah pertanian.
Luas minima bagi tanah dari jenis pertanian untuk mendapatkan geran berasingan adalah 0.25 ekar ( suku ekar ). Luas bahagian anda iaitu 1/4 bahagian adalah bersamaan dengan 0.57 ekar daripada luas keseluruhan lot tanah tersebut iaitu 0.9231 hektar bersamaan dengan 2.28 ekar. Oleh itu bahagian anda itu tidak halangan jikalau anda nak pecahkan geran berasingan. Tetapi yang menjadi masalah sekarang adalah penama lain yang berkongsi hakmilik dengan anda iaitu makcik ( 1/4 bahagian ) dan datuk anda ( 1/2 bahagian ) yang telah meninggal dunia tetapi masih belum dibuat pindaan pada geran tanah. Perlu anda tahu apabila berkongsi hakmilik tanah seperti anda, perlulah mendapatkan tandatangan kebenaran pemilik yang lain jikalau ada diantara mana-mana pemilik yang mahu memecahkan geran berasingan. Jikalau tandatangan kebenaran tidak diperolehi maka pejabat tanah akan membuat satu penyiasatan dengan memanggil pemilik tanah yang lain untuk bertanyakan kepada mereka. Jikalau mereka itu tidak dapat dikesan, satu iklan akan dibuat bagi tempoh tertentu sebelum kelulusan boleh diberikan kepada permohonan anda tersebut.
Pada pendapat saya, anda perlulah menyelesaikan terlebih dahulu masalah pindaan penama hakmilik bagi menggantikan nama makcik dan datuk yang telah meninggal dunia itu. Selagi tidak dibuat pindaan maka saya berpendapat akan ada pihak yang akan membuat permohonan kaveat ( sekatan ) pada tanah tersebut. Jika ada pihak laian yang membuat kaveat, maka akan lebih susah jadinya nanti untuk membuat apa-apa dengan tanah itu. Pihak yang boleh membuat kaveat adalah terdiri dari saudara mara, anak-anak serta pihak lain comtohnya bank jika si mati masih ada tanggungan hutang yang belum dijelaskan.
Ini hanya pendapat saya. Anda perlulah pergi ke pejabat tanah daerah tanah tersebut berada dan tanyakan pada pegawai yang berkenaan supaya anda mendapat keterangan yang lebih jelas dan betul mengenai sebarang kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya anda mahu membuat pecahan geran terhadap hakmilik tanah tersebut.
Kos anggaran pula adalah diantara RM 3000 - RM 5000 bagi keseluruhan proses mendapatkan geran berasingan.
Assalamualaikum,sy ingin bertanya pendapat,nasihat dr yg arif.sy mempunyai masalah dimana rumah yg sy duduki skrg diwarisi dari arwah mak dan nenek sy.yg menjadi masalah skrg adalah jiran seblah mahu mnutup tanah mereka atas alasan mahu mndirikn rmh.mereka hny beri 1½ kaki ruang utk kmi jln,motor pn tk boleh msk ke kwsn kmi.walhal waris yg mengetahui garis sempadan mngatakan kmi beri ruang 3 kaki dlm tanah kmi.tetapi mereka mngatakan kmi telah dirikan rumah betul-betul disempadan.yg peliknya rmh kmi sudah berusia 25tahun.kenapa skrg nk ckp hal ni.wkt nenek dan arwah mak sy hidup tkde pulak nk bising.Jadi sy ingin mnt pendapat penulis,ape yg harus sy lakukan skrg?adakah sy harus pergi pejabat tanah membuat carian rasmi ttg tanah lot kmi?skrg semua org yg tahu ttg tanah dah tiada kecuali seorang yg agak uzur.atau sy hrus menanggung kos lukis pelan tanah krn pihak jiran tdk mahu berunding.solusi lain haryskah sy report pd MPS setelah dpt salinan geran /lukisan pelan.trm ksh
Waalaikumsalam...
Penulis tak dapat nak beri komen atau cadangan pendapat bagaimana caranya hendak menyelesaikan masalah anda kerana penulis tidak faham apakah status sebenar tanah tapak rumah yang anda duduki sekarang. Jikalau anda boleh mengirimkan beberapa maklumat dalam bentuk foto berupa pelan tanah dan juga geran tanah ke email penulis serta nombor hubungan telefon anda, itu amatlah membantu kerana penulis akan lebih mudah faham apakah masalah sebenarnya yang anda an jiran anda hadapi berkenaan tanah tapak rumah yang telah anda duduki selam 25 tahun tersebut.
Email penulis : baganbeachboy@gmail.com
Assalam slmt ptg.. nk minta bantuan pndapat..
1)klu jadi kes macam luas tanah dlm geran x sama dengan luas dlm jupem.. kita akan ikut yg mana ya?
2) perlu x utk lantik juruukur luar utk ukur semula, n klu lantik, kos perlu ditanggung oleh penjual atau pembeli?
Terima kasih byk atas bantuan
Waalaikumsalam..
1.) Kes begini walau pun jarang kita dengar tapi bukanlah perkara yang mustahil. Saya sendiri ada pengalaman apabila membuat ukuran di satu lot tanah di Tanjung Malim. Dalam geran tanah di tulis 1 ekar begitu juga dalam pelan tanah keluaran Jabatan Ukur pun ditulis 1 ekar juga. Tapi apabila saya membuat ukuran, luas sebenar adalah 3 ekar. Perkara ini terjadi kerana 'writing error' pada pelan tanah. Dulu2 waktu belum ada komputer lagi semua pelan tanah dilukis dengan tangan sahaja. Maka kesalahan penulisan adalah perkara yang biasa terjadi di dalam pelan tanah yang telah lama dibuat sejak belum merdeka lagi.
Cara penyelesaiannya begini. Tuan tanah perlulah membuat aduan kepada Pejabat Tanah yang mengeluarkan geran tanah tersebut, aduan mengenai luas tanah yang tidak sama seperti yang ditulis di dalam geran tanah. Kemudian pihak pejabat tanah pula akan membuat rujukan ke Jabatan Ukur untuk mendapatkan pengesahan luas yang sebenar. Di dalam kes ini sepatutnya pihak pejabat tanah yang perlu membayar kos untuk ukuran semula dan bukannya tuan tanah. Setelah pihak jabatan ukur membuat ukuran semula dan membuat pengesahan luas sebenar barulah luas tanah dalam geran tanah dapat dibuat pindaan.
2.) Jikalau tanah tersebut telah dijual maka segala kos yang membabitkan urusan penandaan semula sempadan serta ukuran pengesahan perlulah ditanggung oleh pihak pembeli. Tetapi jika sebelum perjanjian jual beli ditandatangani pihak pembeli telah mensyaratkan agar penjual membuat ukuran semula sebagai untuk mengesahkan luas tanah tersebut maka kos untuk mengukur tanah perlulah ditanggung oleh penjual.
Ukuran untuk pengesahan luas bagi urusan jual beli perlu dibuat sendiri oleh pihak penjual & pembeli tetapi bagi ukuran untuk membuat pindaan luas tanah di dalam geran tanah perlu dibuat oleh pihak jabatan ukur kerajaan atas arahan pihak pejabat tanah daerah.
Untuk lebih faham apa yang perlu dibuat kedua-dua piahak iaitu penjual & pembeli perlulah ke pejabat tanah daerah untuk membuat aduan mengenai keluasan tanah yang salah untuk dibuat pindaan pada geran tanah
Assalammualaikum tuan,
saya ingin bertanya, tanah yang saya duduki adalah hak milik arwah nenek dan mempunyai banyak nama di atas satu geran(kebanyakannya adalah nama saudara mara).bagaimana saya ingin menukar hak milik Tanah ke atas nama saya/adik beradik lain, sedangkan surat kematian arwah nenek tidak ada (tiada laporan dibuat sewaktu kematian). kedua ibu bapa saya pula tidak mahu membuat sebarang tuntutan ke atas Tanah tersebut atas alasan tiada surat kematian..(Tanah berstatus pertanian)
Waalaikumsalam..
Perkara mengenai harta pusaka termasuklah dalam hal hakmilik tanah anda perlulah berurusan dengan Pejabat Pusaka Kecil di Pejabat Tanah Daerah tempat terletaknya tanah tersebut. Perlu anda ketahui bagi pemilik tanah yang beragama Islam, harta pusaka tinggalannya akan dibahagikan secara hukum Faraid. Dan perlu juga anda ketahui bahawa yang berhak menerima tinggalan bahagian daripada harta pusaka tersebut adalah suami atau isteri, anak2 dan juga saudara satu ibu dan satu bapa. Cucu dan cicit adalah tidak mempunyai hak dalam pembahagian pusaka kecuali jika si mati telah menulis akan bahagian yang akan diberikan kepada cucu atau cicitnya di dalam satu surat wasiat yang sah.
Sijil mati, sijil perkahwinan dan surat beranak adalah dokumen yang perlu ada apabila membuat tuntutan harta pusaka tinggalan si mati. Sebaiknya anda berurusanlah dengan pejabat tanah kerana mereka lebih arif tentang hal tanah dan juga pembahagian pusaka
Assalammualaikum tuan,
Berapa kos pecah bahagian dan kos pecah geran untuk mendapatkan geran individu? terima kasih.
Waalaikumsalam
Jika anda mahu membuat pecahan geran bagi mendapatkan geran tanah yang berasingan anda perlulah berurusan dengan syarikat Jurukur Berlesen yang berdekatan dengan lokasi tanah anda.
Pihak kami tidak membuat kerja tersebut. Kami hanya membuat kerja pecah bahagian dan tandakan di tanah sahaja tetapi yang tidak membabitkan pecahan lot dan pecah geran tanah.
Anggaran kasar kos untuk mendapatkan 1 geran tanah berasingan adalah antara RM 3500 - RM 5000 satu bahagian
saya ingin bertanya...tanah ibu berukuran 4 ekar. Ibu masih hidup dan ingin menghibahkan pada kami 9 anaknya. Bole kah ukuran dipersetujui untuk 9 anak diukur dan dibuat surat melalui pesuruh jaya sumpah? adakah valid apabila ibu meninggal, apabila mohon pesaka, automatik nama anak 9 org dimasukkkan ke dalam geran dgn bahagian seperti dipersetujui?
Jikalau tanah tersebut telah pun dipersetujui oleh kesemua adik beradik dan ibu anda untuk dibahagikan secara samarata atau pun kepada luas2 yang tertentu kepada kesemua 9 orang anak kenapa hendak ditunggu sehingga ibu anda meninggal dunia baru hendak dimasukkan nama ke dalam geran tanah. Saya cadangkan penamaan kesemua 9 adik beradik dibuat sekarang di waktu ibu anda masih hidup lagi.
Ini adalah kerana jika tuan tanah yang meninggal dunia itu beragama Islam, maka selepas dia meninggal dunia segala harta peninggalannya termasuk tanah akan dibahagikan oleh pejabat pusaka kecil di pejabat tanah & daerah seara hukum Faraid. Anak lelaki akan mendapat 1 bahagian tanah yang 2x ganda lebih luas daripada anak perempuan.
Proses penurunan hakmilik dari si mati kepada anak2 nya juga akan mengambil masa yang lama kerana akan dibuat prosedur penyiasatan latar belakang terlebih dahulu. Jikalau si mati itu pernah berkahwin lain atau mempunyai anak dengan pasangan yang lain maka anak2 itu juga akan diberikan hak ke atas harta pusaka peninggalannya. Dan lagi pihak pejabat pusaka kecil juga akan meminta berbagai dokumen sokongan sebagai lampiran untuk proses penurunan hakmilik tanah contohnya sijil pernikahan ibu & bapa anda, sijil surat beranak kesemua anak2, sijil kematian ibu bapa dan lain2 lagi.
Jadi saya cadangkan tak perlu menunggu hingga ibu anda sudah meninggal dunia baru hendak dibuat proses pemasukkan nama kesemua anak2 ke dalam geran tanah tersebut. Lakukan sekarang dengan secara membuat permohonan pemberian hakmilik tanah kepada anak2 secara kasih sayang. Ibu anda boleh memilih sendiri hendak diberikan kepada siapa dan berapa luas bahagian setiap orang anak2nya. Sesiapa saja boleh mendapat hakmilik tanah itu termasuklah jika ibu anda mempunyai anak angkat. Tetapi jika dibahagikan secara hukum Faraid, maka seperti yang ditulis di atas, lelaki akan mendapat bahagian yang luas 2x ganda daripada yang perempuan. Dan anak angkat tidak mempunyai hak untuk diberikan sebarang peninggalan harta pusaka.
Harap maklum
Hi, saya sedang buat kajian tentang ccontoh kerja ukur dan pengukuran hakmilik apabila mebuat pecah bahagian.
Terima kasih, saya harap cik/encik dapat membantu.
assalammualaikum tuan,
1. permasalahan saya adalah dimana geran tanah yang dimiliki sekarang mempunyai banyak nama. seperti tuan sedia maklum bagi geran yang mempunyai banyak nama tidak mempunyai sekatan khas dalam peta di bahagian belakang. jadi sekarang ada waris penama dalam geran hendak menuntut tanah yg berhampiran jalan raya dan telah meminta juruukur untuk mengukur bahagian mereka. persoalan saya, bolekah mereka mengambil tanah yang sebelum ini menjadi tapak rumah dan kedai milik keluarga saya? tapak tersebut telah dirobohkan kerana terbakar pada tahun 2014. semua laporan polis dan gambar ada dalam simpanan saya. Jika diikutkan tapak tanah dan kedai tersebut telah diwarisi sejak arwah ayah menetap di sana dan kini telah difaraidkan keatas kami adik beradik.
Waalaikumsalam..
Seperti yang selalu saya beritahu kepada kalangan pembaca dan pencari maklumat yang berkunjung ke sini, pihak maki cuma Jurukur Tanah saja dan kami tidak bekerja dengan mana2 jabatan kerajaan atau pejabat tanah.
Masalah anda adalah masalah yang membabitkan pihak pejabat tanah daerah. Jadi suka saya cadangkan supaya anda membawa segala dokumen yang bersangkutan dengan hakmilik keluarga anda ke atas tanah tersebut ke pejabat tanah daerah dan kemukakan bantahan atau laporan berkenaan pencerobohan ke atas tanah bahagian keluarga anda oleh pihak lain.
Harap maklum dan terima kasih kerana singgah ke sini
Hai Cik Siti Aishah...
Seperti yang kami jelaskan kepada kalangan pengunjung, kami cuma sekumpulan jurukur tanah bebas atau freelance yang memberikan perkhidmatan ukur tanah secara ONLINE.
Apa yang anda sepatutnya lakukan adalah menghubungi mana2 pejabat syarikat Jurukur Tanah Berlesen yang berdekatan dengan anda dan kemukakan permintaan anda dengan secara rasmi secara menulis surat atau pun secara email. Hanya syarikat jurukur berlesen sahaja yang berkelayakan dan boleh membuat kerja 'title survey' seperti bidang kajian anda tersebut. Mereka juga mengambil pelajar seperti anda pada setiap tahun membuat latihan industri di syarikat mereka.
Kerja2 ukur tanah berkelas 1 seperti kajian anda itu kami tidak buat kerana kami tidak berkelayakan. Maka tidak dapatlah kami hendak membantu anda dalam kajian anda.
Anda boleh membuat carian senarai syarikat jurukur berlesen melalui website Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dengan link di bawah ini.
http://ljt.org.my/search-page-alphabet
Harap maklum.
Saya ingin bertanya, jika lusa tanah adalah 1¾ ekar, bolehkan is dipecahkan kepada 2 nama?
Sebab ape yg saya tahu bg tanah yg kurang dr 1 ekar tida boleh dipecah kepada 2 nama
Boleh. Luas minima untuk membuat pecahan lot untuk mendapatkan geran tanah berasingan tanah dari jenis pertanian adalah 1/4 ekar.
Jika luas tanah anda itu 1 3/4 ekar maka ia sudah memnuhi syarat luas minima tersebut
Assalam semua.saya hendak tanya..saya mahu membeli 1 ekar tanah status pertanian.si penjual menjualkan dengan harga sekian2.pd sy agak murah harganya tetapi ada masalah2 lain pula kerana pemilik asal tanah tersebut adalah emak beliau.geran asal adalah 3 ekar lebih atas nama emaknya..tetapi emaknya telah membahagikan tanah2 tersebut kepada adik beradik beliau.jadi beliau mendapat 1 ekar dan mahu menjualkan bahagiannya itu.adik beradik yang lain sudah membuat rumah masing2 di atas tanah tersebut tanpa pecah geran.kalau saya beli tanah tersebut dan saya hendak bina rumah..apakah prosedur perlu saya lakukan dan anggaran kos perlu sy keluarkan
Waalaikumsalam..
Anda bertanya apakah prosedur yang perlu anda buat jika anda hendak membina rumah di atas tapak tanah yang anda bercadang nak beli. Dan tanah tersebut pula hanyalah sebahagian atau 1/3 saja daripada luas sebenar lot tanah itu.
1.) Jika anda nak beli tanah tu, pastikan bahawa nama anda boleh dimasukkan ke dalam geran tanah tersebut bagi menggantikan nama pemilik tanah yang nak menjual bahagiannya kepada anda. Jika boleh tukar nama baru beli tetapi jika tak boleh kerana terdapat apa2 halangan atau sekatan kaveat oleh pihak lain, adalah lebih baik batalkan saja urusan ini. Takut proses menukar nama hakmilik ini akan berlanjutan hingga perlu ke mahkamah dan akhirnya gagal juga. Sebelum mendapat kerugian dari segi wang dan masa adalah lebih baik anda 'sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna' jangan sampai 'sudah terhantuk baru nak mengadah'
2.) Jika tiada masalah dalam membuat pindaan nama kepada nama anda pula, apa yang perlu dibuat pula adalah tandakan sempadan tanah yang menjadi hakmilik anda. Jika sudah ada pelan pecah bahagian untuk lot tanah ini, gunakan pelan tersebut untuk tandakan bahagian anda. Tetapi jika belum ada, anda boleh lantik jurukur tanah untuk buatkan pelan ini untuk anda. Pejabat Tanah Daerah pun boleh buatkan untuk anda tetapi mungkin bukan dalam waktu yang segera. Berbulan mungkin tahun sebelum pelan itu dapat disediakan oleh pejabat tanah. Jadi adalah lebih baik upah pihak jurukur tanah swasta yang buatkan kerana jika telah ada banyak rumah yang dibina di atas tanah ini mungkin satu kerja pengukuran 'detail survey' atau 'ukur butiran rumah2 yang ada' perlu dibuat terlebih dahulu sebelum dapat ditandakan dimana yang sesuai dijadikan garis sempadan antara bahagian anda dengan pemili yang lain. Ukuran ini boleh mengelakkan daripada garis sempadan pecahan bahagian yang akan dibuat tidak terkena mana2 dinding rumah yang telah sedia ada di atas tanah tersebut.
3.) Hanya selepas dibuat pelan pecah bahagian dengan kesemua pemilik tanah lain juga bersetuju dengan garis sempadan yang telah ditandakan di dalam pelan tersebut, lantiklah jurukur tanah untuk tandakan sempadan bahagian anda di atas tanah pula.
4.) Untuk mengelakkan masalah sempadan tanah pada masa hadapan adalah dicadangkan anda membuat permohonan untuk mendapatkan geran tanah berasingan. Dengan keluasan tanah 1 ekar walaupun berstatus pertanian, tanah bahagian tersebut sudah cukup syarat jika mahu berpecah dan menggunakan geran tanah asing dengan dengan lot yang baru tidak lagi berkongsi geran tanah dan tidak lagi mempunyai nama lain dalam geran tanah tersebut. 1 geran tanah hanya ada 1 nama anda sahaja sebagai pemilik tanah.
Dari segi kos, saya tak dapat nak berikan butiran anggaran harga yang tepat kerana kadar harga adalah tidak tetap dan bergantung atas banyak faktor lain yang perlu diambilkira. Hanya untuk anggaran kasar saja sebagai info kepada anda :
1.) penyediaan pelan pecah bahagian : RM 400 - 1,000
2.) tanda sempadan pecah bahagian : RM 800 - 1,200
3.) pecah geran berasingan : RM 5,000 - 10,000
Harap maklum
Assalamualaikum.
Saya mempunyai permasalahan yang hampir sama dgn yg tuan terangkn. Sy telah membeli tanah yang mempunya 8 nama pemilik bersama dan tidak di sukat sempadan tanah. Tanah hampir 5 ekar lebih dan bhagian sy 750 depa. Kalau saya nak geran individu untuk tanah saya..mcmana proses dan kosnya. Adakah perlu melibatkan pemilik lain?
Waalaikumsalam...
Cik Alyn, saya tak dapat anggarkan berapakah luas sebenar bahagian tanah anda jika anda hanya berikan dalam '750 depa'. Depa tidak digunakan bagi mengukur luas tanah. Depa adalah lebih kepada mengukur jarak jauh sesuatu garisan sempadan. Saya tak pasti adakah 'depa' yang anda maksudkan ini samada betul2 jaraknya atau hanya sekadar cakap mulut daripada orang yg menjual tanah itu kepada anda saja.
Untuk mendapatkan geran tanah individu perlulah memenuhi syarat2 tertentu yang dibuat oleh Pejabat Tanah Daerah. Adalah lebih baik anda pergi bertanya di sana kerana pejabat itu jugalah yg akan memberikan kelulusan samada boleh atau tidak.
Pergi ke Pejabat Tanah Daerah dan bawa segala dokumen yang ada pada anda. Beritahu tujuan anda dan minta pendapat serta senarai 'checklist' apa yang perlu dibuat dan disediakan. Jika boleh dibuat barulah cari syarikat Jurukur Tanah Berlesen untuk mewakili anda dalam permohonan ini.
Syarat lulus yang biasa adalah seperti berikut :
1.) Bagi tanah jenis pertanian, perlulah mempunyai luas sekurang-kurangnya 1/4 ekar dengan 1 penama hakmilik jika hendak mendapatkan geran tanah berasingan
2.) Jika luas kurang 1/4 ekar maka perlulah dibuat tukar syarat jenis kegunaan tanah daripada pertanian kepada kediaman atau bangunan terlebih dahulu. Jika membuat permohonan tukar syarat begini maka ada sejumlah 15% nilai tanah yang perlu dibayar kepada kerajaan sebagai bayaran premium untuk tukar syarat jenis kegunaan tanah.
3.) Perlu sediakan Pelan Pecah Bahagian dengan rezab jalan masuk lebar 20 kaki jika tanah bahagian berada dibahagian belakang lot tanah tersebut dengan bahagian milik orang lain berada di hadapan bahagian anda.
4.) Memang menjadi keperluan untuk mendapatkan tandatangan persetujuan kesemua pemilik tanah yang lain didalam borang permohonan dan juga di atas pelan pecah bahagian tersebut jika hendak dibuat pecahan sempadan bagi mendapatkan geran tanah berasingan.
5.) Tetapi proses mendapatkan persetujuan ini boleh diuruskan oleh pejabat tanah daerah dengan beberapa cara mengikut peraturan jika anda gagal mendapatkan tandatangan persetujuan oleh kesemua pemilik tanah yg lain.
Akhirnya saya cadangkan anda pergilah buat pertanyaan di pejabat tanah daerah kerana anda boleh mendapatkan penjelasan lanjut sehingga anda faham berbanding daripada apa yang dapat saya berikan pendapat di sini.
Harap maklum..
Assalamualaikum...
Sy dlm proses nak bli tanah.. 6000+- sqft... Nama dalam geran lidi..jd apa saya patut lakukan sblm bli tanah trsebut.. sy nak geran individu...
Assalammualaikum Tuan. Sye nak bertanya sekiranya sye mempunyai tanah pusaka status pertanian berkeluasan 0.6157 HEKTAR dibahagi secara faraid bersama dgn adik perempuan sye. Berapakah keluasan tanah yang kami akan terima iaitu sye ank lelaki dan adik perempuan sye ( 2 beradik sahaja ). Keluasan asal tanah tersebut cukup tak untuk proses pecah geran tanpa tukar syarat tanah? Sebab sye terdengar kalau secara faraid tidak perlu tukar status tanah tersebut. Selain itu sekiranya saya hanya nak tukar syarat tanah bahagian saya sahaja boleh x? Berapakah jumlah kos yang terlibat? Sekian. Terima kasih
Waalaikumsalam...
Kalau dibahagi secara Faraid kepada 2 beradik ( 1 lelaki & 1 perempuan ) maka tanah tersebut akan dibahagi kepada 3 bahagian. Anak perempuan kan dapat 1 bahagian manakala lelaki akan dapat 2 bahagian.
Luas tanah : 0.6157 Hek / 6157 m2
Perempuan : 1/3 bahagian = 0.2052 Hek / 2052 m2
Lelaki : 2/3 bahagian = 0.4104 Hek / 4104 m2
Dengan luas tersebut, jika hendak pecahkan geran berasingan walaupun berstatus tanah pertanian sudah tidak perlu dibuat tukar syarat kegunaan tanah. Syarat minima bagi tanah pertanian adalah 1/4 ekar manakala luas bahagian anda tersebut adalah melebihi 1 ekar manakala adik perempuan anda pula mendapat lebih daripada 1/2 ekar.
Saya tak tahu jumlah sebenar kos untuk membuat pecahan geran berasingan tetapi secara kasar adalah di antara 5-10 ribu.
Jikalau anda masih hendak membuat tukar syarat kepada kediaman atau bangunan, jumlah premium yang perlu dibayar kepada kerajaan adalah 15% nilai tanah tersebut.
Harap anda pergi ke pejabat tanah daerah untuk mendapatkan maklumat yg lebih tepat berbanding dari apa yg saya dapat jawap disini. Harap maklum
Waalaikumsalam...
1.) Sebelum beli pastikan dahulu nama pemilik tanah yang hendak menjual bahagiannya boleh ditukar kepada nama anda. Jika terdapat sebarang halangan, sekatan atau kaveat daripada mana2 pihak contohnya pemilik asal atau bank adalah lebih baik jangan beli.
2.) Upah jurukur tanah untuk tandakan lokasi tanah tersebut untuk anda boleh melihat sendiri keadaan tanah itu dan juga bagi mengesahkan lokasi tanah adalah sama seperti yg ditunjukkan oleh si penjual. Ada kes, ditunjukkan tanah di tempat lain tapi yg sebenarnya yg hendak dijual terletak ditempat yg lain.
3.) Jika hendak mendapatkan geran berasingan, jika tanah itu dari jenis pertanian maka ianya tidak cukup syarat luas minima 1/4 ekar. Luas 6000 kp cuma 1/8 ekar sahaja. Perlu ditukar syarat dari pertanian kepada kediaman terlebih dahulu dengan bayaran premium kepada kerajaan berjumlah 15% nilai tanah tersebut. Kemudian pula perlu mendapatkan tandatangan persetujuan daripada kesemua pemilik tanah yg lain yg berkongsi geran tanah lot tersebut.
4.) Sila pergi ke pejabat tanah daerah dan buat pertanyaan di sana apakah prosedur dan juga keperluan syarat lulus jika anda hendak membuat permohonan mendapatkan geran tanah berasingan. Syarat lulus mungkin akan berubah bergantung kepada lokasi tanah tersebut. Harap maklum
Assalamualaikum Tuan,
Saya ada mewarisi 1 ekar tanah dari arwah orang tua saya dan bolehkah saya pecah geran bahagi dua bersama adik saya, seorang setengah ekar. Kalau boleh berapakah anggaran kosnya.
Bolehkah kalau bahagian saya di pecahkan menjadi 2 lot untuk anak-anak saya. Kalau boleh berapakah anggaran kosnya.
Waalaikumsalam...
Tuan, telah banyak kali kami jelaskan bahawa kami tidak membuat kerja jika membabitkan urusan pecah geran bagi mendapatkan geran tanah berasingan. Untuk kerja tersebut perlulah berurusan dengan mana2 syarikat jurukur tanah berlesen yang berkelayakan membuatnya. untuk memudahkan anda memilih syarikat jurukur tanah berlesen yang berdekatan dengan anda sila pergi buat pilihan daripada senarai yang telah disediakan oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia di bawah.
http://www.ljt.org.my/search-page-alphabet
As salam tuan. Nama saya mohd nor. Mohon izin bertanyakan soalan mengenai pecah bahagian tanah pertanian untuk keluarkan geran individu.
Ayah saya ada tanah saiz lebih kurang 12000 k/p di jenderam hilir dan berkongsi geran dengan beberapa pemilik yang lain(total luas=3 ekar 3rood 13 pole).
Pada mulanya kami pergi ke pejabat tanah sepang untuk buat pindah milik kepada kami 4 beradik tapi dimaklumkan tidak boleh sebab pindah milik hanya boleh 1 penama sahaja(iaitu salah seorang dari kami 4 beradik).
Ayah saya tetap dengan pendirian untuk pindah milik sebab tak nak kami adik-beradik bergaduh macam beliau dan adik beradik. Jadi Pejabat tanah Sepang memberi 2 pilihan.
1) Buat surat pemegang amanah yang mana ayah sebagai pemegang amanah dan sekiranya beliau meninggal dunia maka tanah seperti keluasan di atas dapat dibahagi sama rata.
2) Minta ayah pecah bahagian (ayah dapat geran individu pertanian) memandangkan tanah ayah lebih 0.25 ekar. Kemudian tukar status dan boleh dibahagikan kepada kami dengan 4 geran berbeza
Soalan saya:
1) Ayah saya lebih suka pilihan ke 2 sebab beliau hendak mudahkan urusan kami. Cuma perlukah beliau dapatkan kebenaran dari setiap pemilik-pemilik yang lain yang juga adik beradik beliau yang susah untuk dibawa berbincang kerana sengketa pusaka?
2) Atau ayah saya boleh ‘proceed’ begitu sahaja pecah geran untuk keluarkan geran individu ini?
3) Boleh kami tahu anggaran kasar kos untuk pecah bahagian(untuk juruukur) bagi mengeluarkan geran individu pertanian ini?
Saya mohon cadangan dan ihsan dari pihak tuan mengenai permasalahan kami ini. Terima kasih
Assalamualaikum tuan,
Saya bercadang untuk membangunkan tanah saya yang berkeluasan 1 ekar untuk projek perumahan. Bagaimanakah proses untuk pecah sempadan kepada 10 bahagian/lot pada satu nama? Berapa lama masa yang diperlukan untuk proses pecah sempadan ini dan bagaimanakah yang cara paling cepat untuk melakukannya?
Aassalamualaikum. Tuan
Geran dengan banyak nama. Baru selesai buat pembahagian pesaka dan pengukuran dan penandaan sempadan hak masing masing juga belum dibuat. Seorang pembeli telah membeli satu bahagian dari tanah tersebut dan buat penandaan sempadan sesuka hati tanpa bincang dengan pemilik asal. Rujuk pejabat tanah minta kompromi dan bincang dengan pembeli tetapi pembeli enggan berbincang. Apa perlu dibuat
Salam.. Saya ingin membuat sedikit pertanyaan.. arwah atuk ada tgglkan tanah dalam seekar lebih dan dinamakan pada nama makcik. Tanah tu dibahagikan kepada 5org adik beradik. Skrg arwah ayah dah tak ada. Dan saya mahu membuat mebina rumah atas tanah tu. Persoalannya bolehkah geran yang hanya ada nama mak cik dipecahkan supaya saya ada hak. Saya takut pada masa akan datang takut jadi apa2. sebab makcik ada anak2 bila jadi apa2 kena halau kami.. boleh tuan bagi sedikit cadangan. Terima kasih
Salam tuan.
Saya ingin tahu adakah pelan pecah bahagian rasmi yang dibuat oleh pemilik-pemilik:
1) Akan dimasukkan ke dalam muka terakhir geran.
2) Boleh dicabar oleh mana-mana penama di dalam mahkamah di kemudian hari.
Terima kasih.
Salam tua, saya berminat untuk membeli tanah tetapi jenis tanah pertanian dan nama tidak bileh masuk dalam geran, cuma sebagai pemegang amanah. Apakah risikony? Adakah cara untuk saya memasukkqn nama didalam geran?
Salam..
Jawapan ringkas untuk soalan anda :
1.) YA. Bagi pemilik tanah yang berkongsi hakmilik dengan orang lain jika mahu membuat pecah geran tanah berasingan memang perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik tanah yang lain.
2.) buat saja permohonan pecah geran tu. Samada pemilik lain bersetuju atau tidak, pihak pejabat tanah daerah ada cara yang mengikut peraturan selesaikan masalah persetujuan dan kelulusan permohonan. Apa yang penting adalah pemohon telah mengikut setiap syarat kelulusan yang telah diberikan oleh pejabat tanah
3.) Saya tak pasti tentang harga sebab kami yak buat kerja begini, ini perlu ditanya kepada syarikat jurukur tanah berlesen. Cuma berpandukan kepada info terkini kadar harga telah meningkat naik dengan kos antara 5 - 10 ribu untuk 1 pecahan geran tanah berasingan. Tempoh masa siap pula, antara 6 bulan hingga 2 tahun
Waalaikumsalam...
Anda perlu pergi buat pertanyaan di pejabat tanah daerah dengan bawakan sekali geran tanah lot tersebut. Ada senarai checklist syarat lulus yang perlu dipatuhi tapi bergantung kepada status & lokasi tanah tersebut. Pejabat tanah akan buat semakan lokasi dengan pihak pentadbir tanah dan perancang bandar sebelum meletakkan syarat lulus. Lain lokasi mungkin lain pula syaratnya bergantung kepada kedudukan serta perancangan masa hadapan persekitaran lot tanah tersebut
Waalaikumsalam..
Kami tak dapat bagi apa2 cadangan kerana ini bersangkutan dengan urusan antara si penjual dengan pembeli. Hanya pejabat tanah saja yang jadi orang tengah untuk selesaikan masalah ini. Jikalau pelan pecah bahagian telah dibuat sebelum urusan jual beli dilakukan, pasti tidak timbul masalah ini sebab si penjual hanya boleh jualkan bahagian yang dah jadi lilik dia saja dan bukannya yang sesuka hati pilih kawasan mana yang dia nak jual. Sebenarnya yang timbulkan masalah bukanlah si pembeli tapi si penjual yang ada bahagian dalam lot tanah tersebut. Dia jual tanah tanpa merujuk dengan pemilik tanah yang lain. Untuk selesaikan masalah ini semua pemilik tanah kena selesaikan urusan pembahagian tanah terlebih dahulu dengan cara buatkan pelan pecah bahagian samada oleh jurukur tanah atau pejabat tanah. Selagi tak buat maka sesiapa saja di kalangan pemilik tanah boleh tandakan sesuka hati dimana tanah bahagian dia dengan luas tanah yang sepatutnya. Tak jadi kesalahan pun
salam..
Saya simpati dengan anda. Oleh kerana dulu waktu ayah anda masih hidup tapi tak masukkan nama dia dalam geran tanah tu sebagai pemilik tanah yang berkongsi hakmilik, jadi sekarang lepas ayah anda dah meninggal dunia memang tak boleh la nak masukkan nama anak2 sebagai ganti nama dia dalam geran tanah tu. Oleh kerana tak ada nama ayah anda atau nama anda dalam geran tanah maka tak boleh la dibuat pecah geran tanah berasingan. Anda kena cari dan tunjukkan kepada pejabat tanah apa2 bukti yang katakan ayah anda ada hak dalam lot tanah tu samada apa2 surat perjanjian atau pun surat pembahagian pusaka yang telah dibuat oleh pemilik asal tanah tersebut iaitu datuk anda. Kalau tak ada, maka tak ada cara lain kecuali dengan cara lantik peguam dan buat tuntutan hakmilik ayah anda ke atas tanah tersebut di mahkamah. Ini saja yang boleh
salam..
1.) Pelan itu perlu diberikan kepada pejabat tanah daerah untuk direkodkan secara rasmi sebagai pelan tanah untuk lot tersebut. Pelan tersebut akan dsimpan dalam file geran tanah dan cop oleh pendaftar tanah sebagai rujukan sah untuk lot tanah tersebut
2.) Jika telah direkodkan secara rasmi maka pelan tersebut akan menjadi rujukan yang sah untuk sempadan setiap bahagian yang terdapat dalam lot tu. Tapi kalau pelan tu cuma dalam simpanan pemilik tanah saja tak direkodkan secara rasmi ke dalam file pejabat tanah maka pelan tu boleh dicabar kesahihannya kemudian hari
Saya tak dapat bagi cadangan apa2 sebab saya tak pasti sebab kenapa tak boleh dimasukkan nama anda. Anda perlu buat pertanyaan di pejabat tanah daerah kerana mereka lebih arif mengenai status tanah dan juga peraturan2 tanah.
Salam tuan.klw status tnh peetanian kemudian timbul masalah apabila dibuat lot dan berada dibelakang dan tuan lot dpn xnk bg jln 8kaki spt yg ada dlm pelan pecah sempadan blhkah dirujuk atw dicabar dimahkamah.adakah pejabat tnh ada simpanan pelan pecah sempadan tersebut.utk pengetahuan tuan jln tu msih tiada cuma ada dlm pelan sja.tq
Assalam, tuan.. saya ingin bertanya. Nama ibu saya ada dalam pembahagian tanah arwah nenek saya. Tanah dibahagikan dengan adil. Telah buat ukur sempadan dan pembahgian semua dah ada. Persoalanya
A) boleh tak ibu saya nak beri tanah itu kepada saya untuk buat rumah, sedangkan tanah tu berstatus pertanian. Sekiranya boleh berapakah amggaran kos tukar status pertanian kepada tanah kediaman?
B) bolehkah saya nak buat pecah geran untuk bahagian mak saya sahaja, dan berapa anggaran kos bayaran pecah geran untuk tahun 2018?
Terima kasih.. 😊
Salam..
Pertama sekali yang saya nak jelaskan disini adalah ini adalah urusan antara pemilik2 tanah dengan pejabat tanah daerah. Sebagai jurukur tanah kami tak ada apa2 kuasa atau cadangan yang boleh kami bagi. Setiap pemilik tanah perlu selesaikan masalah yang bersangkutan dengan tanah yang dikongsi hakmilik secara sesama pemilik tanah itu sendiri. Jika tak boleh selesai kenalah bawa masalah ini ke pengetahuan pejabat tanah daerah. Dan jika tak ada penyelesaian juga, barulah boleh gunakan cara undang2 pula. Tapi sudahkah dibuat penyelesaian secara rundingan sesama pemilik dan juga dengan pejabat tanah daerah?
1.) Jika pun satu pelan pecah bahagian pernah dibuat untuk lot tersebut tetapi persoalannya adakah pelan tersebut telah dipersetujui untuk digunapakai oleh kesemua pemilik tanah yang berkongsi hakmilik.
2.) Jika pun pelan tersebut telah dipersetujui untuk digunapakai oleh kesemua pemilik tanah, persoalan seterusnya adakah pelan tersebut telah pun didaftarkan di pejabat tanah daerah secara rasmi untuk dimasukkan ke dalam file rekod bagi lot tanah tersebut. Tanpa pendaftaran di pejabat tanah maka pelan itu adalah tidak sah dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan yang sah bagi persempadan setiap pecahan bahagian yang ada dalam lot tersebut.
3.) Anda katakan terdapat rezab jalan dengan lebar 8 kaki yang dibuat dalam pelan pecah bahagian. Setahu saya, kalau mengikut peraturan pejabat tanah, simpanan jalan bagi tanah berstatus pertanian perlulah lebar 20 kaki bukan 8 kaki. Jikalau tidak ikut syarat lebar berkenaan saya tak rasa yang pelan tersebut boleh diterima oleh pejabat tanah daerah untuk didaftarkan sebagai pelan pecahan bahagian rasmi bagi lot tersebut.
4.) Hanya pelan pecah bahagian yang rasmi yang telah didaftarkan di pejabat tanah daerah sebagai rujukan sah bagi lot tersebut sahaja yang boleh dijadikan sebagai bukti jika mahu dibuat penyelesaian secara undang2 samada secara aduan rasmi ke pejabat tanah atau pun saman peguam sebelum ke mahkamah
Waalaikumsalam...
A-1.) Boleh.... ibu anda boleh bagi / boleh tukar nama hakmilik tanah kepada anak2 magikut syarat2 tertentu
A-2.) Walau berstatus pertanian, boleh dibuat rumah kediaman di atas lot tersebut, tidak jadi kesalahan
B-1.) Untuk buat tukar syarat kegunaan tanah, selain daripada bayaran pemprosesan biasa yang biasa perlu dibayar kepada pejabat tanah yang nilainya cuma ratus2 sahaja terdapat juga bayaran premium yang bernilai 15% nilai tanah yang nak ditukar kategori itu yang perlu dibayar kepada kerajaan
B-2.) untuk buat pecah geran tanah berasingan, tiada kos harga tetap. Jumlah harga adalah merupakan jumlah dari hasil campuran harga banyak perkara yang perlu dibuat dari mula buka file pendafataran ke pejabat tanah, buka file ke jabatan ukur negeri dan sehingga selesai dapatkan persetujuan dari kesemua pihak yang terbabit yang berakhir dengan proses pengukuran dan tandaan sempadan lot dengan batu sempadan yang baru, jumlahnya bagi cuma 1 pecahan lot sahaja boleh berjumlah memlebihi 10 ribu ringgit. Jika lebih banyak bahagian dalam lot tersebut yang sebelum ini berkongsi geran tanah yang sama nak dapatkan geran tanah berasingan barulah jumlah harga tersebut akan menjadi semakin berkurangan. Contohnya ada 1 lot dengan 5 nama pemilik. Jika cuma 1 pemilik saja yang nak dapatkan geran tanah berasingan, harganya mungkin 10 ribu. Tetapi jika kesemua 5 pemilik tanah nak dapatkan geran tanah berasingan, barulah harganya akan berkurangan dengan kos antara 5 - 8 ribu setiap pemilik
Harap maklum
salam tuan...saya ingin bertanya jika keluasan tapak rumah 12000sqft bolehkah di pecahkan kepada 2 nama..t.kasih tuan
Salam...
Jika lot tanah dengan luas 12,000 kp itu berstatus 'kediaman' atau 'bangunan' maka tidak ada masalah jika anda mahu memasukkan 2 nama sebagai pemilik lot tanah tersebut. Sudah banyak orang yang membuat begini terutamanya pasangan suami isteri.
Tetapi jika anda hendak terus membuat pecahan kepada 2 lot yang berasingan pun boleh juga dengan syarat lot tanah tersebut berstatus 'kediaman' bukan pertanian. Anda hanya perlu berurusan dengan pihak peguam atau pesuruhjaya sumpah yang akan uruskan surat pejanjian samada jual beli atau ikatan amanah untuk proses kemasukan nama kedua dalam geran tanah lot tersebut. Dengan adanya surat perjanjian ini maka urusan untuk kemasukan nama serta membuat pecahan geran akan menjadi mudah.
Saya sarankan anda hubungi mana2 peguam bahagian hartanah atau pun lebih baik lagi anda pergi sendiri ke pejabat tanah daerah kerana di sana juga ada disediakan perkhidmatan pesuruhjaya sumpah yang boleh uruskan sebarang surat perjanjian ikatan amanah yang anda hendak buat dengan lot tanah ini
Harap maklum
Terima kasih tuan atas maklumat yang di berikan.
Assalammualaikum tuan...
Saya ada tanah seluas 1 ekar. Saya pernah dengar yang tanah status pertanian di bawah 1 ekar tidak boleh dipecah sempadan kecuali tanah status kediaman / bangunan. Tanah saya hakmilik kekal. Saya lihat di geran saya tertera TIADA untuk kategori penggunaan tanah. Adakah saya boleh melakukan pecah sempadan untuk tanah saya dan mendapatkan geran berasingan.Tetapi di dalam slip bayaran cukai tahunan geran tanah ada tertera kategori tanaman. Harap tuan boleh bantu jelaskan.
Assalamualaikum,
Bolehkah geran individu (1 pemilik) tertulis 1/2 dalam geran diubah (dibetulkan) menjadi 1/1? T.kasih
Waalaikumsalam....
Untuk dapatkan jawapan kepada soalan anda sila pergi bertanya di pejabat tanah daerah. Mereka lebih tahu dan arif soal peraturan serta undang2 berkenaan tanah. Kami ni cuma jurukur tanah saja. Harap maklum, kepakaran kami hanya dalam bidang ukur tanah saja bukan dalam bidang hartanah. Kalau anda ada apa2 masalah berkenaan tanah sila rujuk dengan pejabat tanah tapi kalau ada masalah dengan hal ukur tanah baru boleh minta bantuan kami... terima kasih
Waalaikumsalam....
Untuk dapatkan jawapan kepada soalan anda sila pergi bertanya di pejabat tanah daerah. Mereka lebih tahu dan arif soal peraturan serta undang2 berkenaan tanah. Kami ni cuma jurukur tanah saja. Harap maklum, kepakaran kami hanya dalam bidang ukur tanah saja bukan dalam bidang hartanah. Kalau anda ada apa2 masalah berkenaan tanah sila rujuk dengan pejabat tanah tapi kalau ada masalah dengan hal ukur tanah baru boleh minta bantuan kami... terima kasih
Salam. Sya rizal.boleh tuan terangkan dalam geran hakmilik bersama ada 4 nama tapi mempunyai bahagian yg berbeza. Penama 1 dapat 3/5, penama 2 dapat 1/5, penama 3 dapat 1/8 dah penama 4 dapat 3/40. Boleh terangkan maksud pembahagian yang berbeza-beza dalam satu geran. Untuk makluman ini tanah pertanian seluas 3.7500 hektar.
Salam... Apa yang anda tanyakan itu ada dijelaskan dalam artikel yang lain dalam website ini. Sila baca artikel tersebut untuk sendiri faham dan tahu cara pengiraan sebenar pecahan keluasan setiap bahagian tersebut. Ikuti link di bawah ini :
https://baganbeachboy.blogspot.com/2018/01/pecah-bahagian-mengira-luas-tanah.html
Hehe.. Tersipu-sipu malu setelah membaca link yg tuan bagi. Bukan minta nak disuap tuan tapi perkara sebegini cukup asing bagi kami yang kadang tak tahu nak tanya soalan, tak tahu nak buat apa, pendek kata serba-serbi tak tahu. Sekarang alhamdullilah blog tuan secara tak langsung membuka minda kami dan ilmu yg tuan share amat berguna buat kami. Kalau lah kami pergi sendiri berurusan dgn pegawai daerah, kemungkinan penerangan dan penjelasan ttg sesuatu perkara jadi kabur tanpa ilmu dan pengalaman yg tuan share ini. Tak pun tak dilayan atas sbb berulang-ulang tanya soalan, kekangan waktu atau ramai orang. Yang pengadu mcm kami, ada yg datang dari jauh untuk urusan tanah takut pulang dgn hampa sekiranya tidak bersedia dgn urusan tanah tanpa ilmu yg dikongsi tuan. Terima kasih tuan. Saya doakan tuan murah rezeki dan panjang umur. Dan kepada pemilik tanah, waris-waris mcm saya, rajin-rajin lah membaca blog dan link dlm laman ini. Terbaek.
Salam.sy saad saya nak tanya sy ada tanah 2300kp dalam satu geran ada banyak nama..tetapi sy tidak tahu garis sempadan tanah itu..berapa kos untuk mengupah juru ukur untuk menanda sempadan sahaja. supaya sy boleh mendirikan rumah takut terlebih masuk kawasan tanah adik beradik yg lain.
Nk bertanya,1geran ada dua nama,contoh ,pemilik tanah datuk,pnama kdua ayah,..datuk meningal dulu baru ayah..soalan,adakah ada perlu rujuk seemula pmilikan tanah tersebut selepas pmilik datuk meningal(dengar org cerita lepas 3thn.kena revise blk)btl ke.mksydnya pmilik nama kedua dah tak valid?
Salam, sy ada satu tanah geran individu status pertanian seluas 0.946 ekar. Asalnya tanah ni 3 ekar dan dah telah pecah geran kepada 3 beradik oleh jurukur tanah, selepas tolak reserve jalan 20’, dapat lah seoramg 0.946 ekar.
Soalan:
1. Bolehkah sy pecahkan bahagian saya 0.946 ekar tu kepada lot-lot kecil bergerankan individu? 2. Menamakan semua lot-lot kecil tu atas nama saya kesemuanya?
3. Menukar status tanah lot-lot kecil tu kepada kediaman.
4. Anggaran kos pecah lot dan fees professionalnya.
Salam,
Saya nak tanya...kenapa dlam contoh geran dibawah ada 1/2 bahagian...ada 1/144 bahagian dan 70/144 bahagian...saya tak faham kenapa bahagian tu sampai 144
No Lot: 1234
Luas Lot: 0.1745 Hektar
( 1 Hektar = 2.471 ekar = 10,000 m2 = 107,639 kp )
Maka Luas 0.1745 Hektar adalah bersamaan dengan:
EKAR:- ( 0.1745 Hektar) x (2.741) = 0.4783045 ekar
METER PERSEGI (m2 ) : ( 0.1745 Hektar) x (10000) = 1745 mp
KAKI PERSEGI (kp): ( 0.1745 Hektar) x (107639) = 18783kp
MAT 1/2 BAHAGIAN
0.5 X 0.4783045 =0.24 Ekar
0.5 X 1745 =872.5 mp
0.5 X 18783 =9391.5kp
RAM 1/144 BAHAGIAN
0.00694 X 0.4783045 =0.00332 Ekar
0.00694 X 1745 =12.11mp
0.00694 X 18783 =130.35 kp
KIAH 70/144 BAHAGIAN
0.4861 X 0.4783045 =0.232Ekar
0.4861 X 1745 =848 mp
0.4861 X 18783 =9130 kp
Berkenaan pertanyaan anda kenapa boleh dibahagikan hakmilik tanah ini sehingga 144 bahagian. Saya rasa anda terkeliru dengan cara pengiraan untuk pembahagian tanah. Apa yang ditulis oleh pihak pejabat tanah bukanlah luas mengikut unit2 tertentu atau pun jumlah bahagian tetapi hanyalah sekadar nombor pecahan secara matematik sahaja.
Merujuk kepada jumlah pecahan bahagian bagi hakmilik yang anda tulis di atas, saya rasa terdapat kekurangan 1 nama lagi sebagai pemilik tanah lot tersebut.
Bagi jumlah 1/2 daripada 144 bahagian maka selepas ditolak hakmilik MAT yang ada 1/2 atau 72/144 maka yang tinggal adalah lagi 72/144 bahagian. Tetapi anda cuma tuliskan jumlah dengan 2 pemilik sahaja yang masih kurang lagi 1/144 bahagian.
MAT = 1/2 = 72/144
RAM = 1/144
KIAH = 70/144
JUMLAH = 143/144 BAHAGIAN.
Saya rasa mungkin anda terlepas pandang pada satu pemilik lagi yang ada hakmilik sebanyak 1/144 bahagian atau pun anda mungkin tersalah pandang pada jumlah yang jadi hakmilik RAM iaitu 2/144 bukan 1/144
Saya tak dapat nak pastikan apa yang salah dan apa yang betul sebab tak ada sebarang dokumen geran tanah yang boleh saya lihat untuk rujukan.
Dan kenapa luas tanah yang jadi hakmilik RAM cuma 1/144 bahagian dengan luas cuma 130 kp sahaja, itu pun saya tak dapat nak jelaskan sebab tak ada sebarang dokumen untuk buat rujukan. Pada kebiasaannya, jika jumlah luas tanah adalah terlalu kecil ini mungkin akibat daripada pembahagian daripada asal kepada pewaris. Contohnya, mungkin dulu seorang pemilik tanah ada 1/2 bahagian dengan hanya 1 nama dia sahaja. Tetapi selepas dia meninggal dunia,dibuat pembahagian kepada pewaris yang ramai yang berhak. Katakanlah ada 10 orang pewaris dengan masing2 akan dapat hakmilik sebanyak 1/20 bahagian ( 1/20 X 10 orang = 10/20 = 1/2 ). Kemudian pula salah seorang daripada 10 orang tersebut meniggal dan ada lagi 5 orang sebagai pewaris tanah bahagian dia. Maka masing2 akan dapat seorang 1/100 bahagian ( 1/100 x 5 orang = 5/100 = 1/20 )
Jadi beginilah yang biasanya terjadi apabila hakmilik tanah tersebut terpecah terbahagi sehingga 144 bahagian seperti yang anda tanya di atas. Tapi untuk lebih tahu kenapa sampai jadi begitu anda perlulah pergi bertanya di pejabat tanah daerah lokasi lot tanah tersebut berada. Boleh buat semakan, kenapa dan bila terjadinya sampai begitu banyak jumlah pecahan bahagian bagi lot tanah tersebut
Harap maklum
Soalan anda dan juga kebanyakan daripada pengirim di atas anda perlulah dibuat pertanyaan di pejabat tanah daerah. Soalan dari segi peraturan dan syarat2 kelulusan adalah merupakan bidang kuasa pihak pejabat tanah daerah. Kami hanyalah jurukur tanah yang tidak mempunyai sebarang kuasa bagi membuat peraturan atau memberikan persetujuan kepada mana2 permohonan berkenaan tanah lot.
Harap anda semua bawa dokumen yang ada dan buatlah pertanyaan di pejabat tanah daerah lokasi dimana terletaknya lot tanah yang berkenaan. Dan janganlah pergi buat pertanyaan di pejabat tanah daerah yang lain pula. Contohnya kalau tanah di Klang buatlah pertanyaan di pejabat tanah daerah Klang. Jangan pergi ke pejabat tanah daerah Gombak atau Petaling pula. Sebab file bagi setiap lot tanah hanya disimpan di pejabat tanah daerah yang mengeluarkan pendaftaran bagi hakmilik atau geran tanah lot dalam daerah masing2 sahaja.
Harap maklum
as salam, saya nak pencerahan mengenai tanakh pusaka..tanah nama ayah saya..bila dia meninggal dunia tanah ini teah diminta dbahagi mengikut faraid .tanah seluas 1ekar soalanya bolehkan dikeluarkan geran induvidu..kami 3 lelaki 6 perempuan..minta pencerahan
salam saya nk tnya jika sebuah rumah teres corner lot mempunyai dua nama saya dan adik saya,bagaimanakah saya ingin mendapatkan hak saya untuk menjual separuh dari rumah tu jika adik saya tidak bersetuju untuk menjual bahagiannya separuh lagi..saya ingin menggunakan wang bagai mana saya boleh menuntuk hak saya untuk mendapatkan harga dari separuh rumah tersebut
Salam...
Ini adalah masalah hakmilik rumah bukan tanah. Kalau tanah hendak dibahagi kepada 2 bahagian kemudian nak jual 1 bahagian daripada 2 tersebut, saya tak rasa ada masalah. Tapi kalau sebuah rumah ada 2 nama, bagaimana nak pecah 2 pulak. Ini masalah keluarga bukan masalah hakmilik. Tak ada orang yang nak beli cuma separuh dari sebuah rumah. Tak logik kan. Apa yang anda boleh buat adalah jual hakmilik anda tersebut kepada adik anda iaitu pemilik kepada separuh rumah yang berhak seperti anda. Itu saja yang boleh buat pun sebab ini adalah hakmilik rumah bukan tanah. Tapi kalau tapak rumah tu kosong sebab rumah belum bina atau dah diroboh, mungkin anda boleh pecahkan geran kepada 2. Tapi sebelum tu anda perlu keluarkan kos tinggi jugalah untuk proses pecah geran bukan percuma pun.
Nasihat saya, apa2 pun masalah dalam keluarga lebih2 lagi hal berkenaan harta benda, selesaikanlah secara muafakat, perbincangan dan persetujuan bersama. Bergaduh bertengkar hingga ke mahkamah sekali pun, tak ada hasilnya dan anda cuma sekadar memburukkan keadaan saja bukan menyelesaikan masalah keluarga pun.
Catat Ulasan