بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
( klik foto untuk besarkan imej )
Di dalam dokumen geran tanah atau sijil carian rasmi mahupun carian persendirian yang membabitkan lot tanah yang ada banyak pemilik, keluasan tanah setiap pemilik akan ditulis dalam format pecahan bahagian. Walau pun lot tanah tersebut hanya mempunyai 1 pemilik sahaja luas tanah yang menjadi hakmiliknya tetap juga akan ditulis secara pecahan bahagian. Keluasan tanah tidak ditulis dengan nilai luas tanah sebenar dalam unit Hektar, Ekar, Relung, meter persegi atau kaki persegi.
Contohnya :-
1.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 1 pemilik sahaja
Luas hakmilik akan ditulis sebagai : ( 1/1 ) bahagian
2.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 4 pemilik berkongsi
Luas pemilik A ( 1 ekar ) ditulis sebagai : ( 1/2 ) bahagian
Luas pemilik B ( ½ ekar ) ditulis sebagai : ( 1/4 ) bahagian
Luas pemilik C ( ¼ ekar ) ditulis sebagai : ( 1/8 ) bahagian
Luas pemilik D ( ¼ ekar ) ditulis sebagai : ( 1/8 ) bahagian
Untuk mengetahui keluasan tanah sebenar setiap pemilik dalam unit luas yang tertentu, perlulah dikira secara kiraan matematik mudah dengan formula asas begini :
( Luas BAHAGIAN ) x ( Luas LOT )
Dengan tersiarnya artikel ini, adalah menjadi harapan penulis agar para pembaca akan faham cara yang betul untuk mengira luas tanah bahagian masing-masing. Dan dengan ini juga penulis tidak akan melayan atau menjawap lagi sebarang pertanyaan yang mahukan penulis mengira luas tanah bahagian yang menjadi hakmilik mereka.
-----------------------------------------------------------
Rujuk fakta dalam foto lampiran ( 1 ) di atas :
-----------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------
( LUAS LOT )
LUAS LOT 4104 adalah : 1.0345 Hektar
LUAS LOT 4104 adalah : 1.0345 Hektar
( 1 Hektar = 2.471 ekar = 10,000 mp = 107,639 kp )
Maka
luas LOT 4104 dalam unit lain adalah :
Dalam unit EKAR
: ( 1.0345 hek ) X ( 2.471 ) = 2.556 Ekar
Dalam unit METER PERSEGI ( mp )
: ( 1.0345 hek ) X ( 10,000 ) = 10,345 mp
Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp )
: ( 1.0345 hek ) X ( 107,639 ) = 111,353 kp
-----------------------------------------------------------
Sekarang rujuk pula pada fakta hakmilik ke atas tanah
tersebut dalam foto lampiran ( 2 ) di bawah.
-----------------------------------------------------------
tersebut dalam foto lampiran ( 2 ) di bawah.
-----------------------------------------------------------
Foto lampiran 2
( klik foto untuk besarkan imej )
NOTA :-
Di dalam setiap dokumen Geran Tanah atau pun sijil Carian Rasmi atau Carian Persendirian, bahagian mukasurat ke 2 adalah merujuk kepada butiran maklumat rekod KETUANPUNYAAN atau pun HAKMILIK ke atas tanah tersebut. Nama setiap pemilik tanah akan ditulis beserta dengan luas bahagian yang menjadi hakmiliknya di dalam unit pecahan matematik.
-----------------------------------------------
( LUAS BAHAGIAN )
Butiran hakmilik tanah untuk Lot 4104 adalah seperti berikut :
Pemilik ( 1 ) : 249 / 1636 bahagian
Pemilik ( 2 ) : 498 / 1636 bahagian
Pemilik ( 3 ) : 249 / 1636 bahagian
Pemilik ( 4 ) : 32 / 409 bahagian
Pemilik ( 5 ) : 32 / 409 bahagian
Pemilik ( 6 ) : 32 / 409 bahagian
Pemilik ( 7 ) : 32 / 409 bahagian
Pemilik ( 8 ) : 32 / 409 bahagian
---------------------------------------------------------
CARA MENGIRA LUAS SEBENAR TANAH
BAHAGIAN MASING-MASING
BAHAGIAN MASING-MASING
( Luas BAHAGIAN ) X ( Luas LOT )
1.) Luas tanah sebenar Pemilik 1 : ( 249 / 1636 ) bahagian
a.) Dalam unit HEKTAR :
= ( 249 bahagi 1636 ) darapkan ( 1.0345 hektar )
= 0.1574 hektar
b.) Dalam unit EKAR :
= ( 249 bahagi 1636 ) darapkan ( 2.556 ekar )
= 0.389 ekar
c.) Dalam unit METER PERSEGI ( mp ) :
= ( 249 bahagi 1636 ) darapkan ( 10,345 mp )
= 1,574.5 meter persegi
d.) Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp ) :
= ( 249 bahagi 1636 ) darapkan ( 111,353 kp )
= 16,948 kaki persegi
2.) Luas tanah sebenar Pemilik 8 : ( 32 / 409 ) bahagian
a.) Dalam HEKTAR
= ( 32 / 409 ) x ( 1.0345 hektar )
= 0.0809 hektar
b.) Dalam EKAR
= ( 32 / 409 ) x ( 2.556 ekar )
= 0.1999 ekar
c.) Dalam METER PERSEGI
= ( 32 / 409 ) x ( 10,345 m2 )
= 809.4 meter persegi
d.) Dalam KAKI PERSEGI
= ( 32 / 409 ) x ( 111,353 kp )
= 8,712 kaki persegi
-----------------------------------------------
Berpandukan kepada contoh kiraan luas sebenar bahagian tanah bagi Pemilik ( 1 ) & ( 8 ) di atas, cubalah anda kirakan pula luas sebenar bahagian tanah yang menjadi hakmilik untuk pemilik-pemilik yang lain bagi Lot 4104 tersebut.
Jika anda faham cara mengira dan penggunaan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah ditunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa bukanlah susah membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas tanah setiap bahagian tersebut.
Tetapi jika anda masih tak faham maka anda perlulah ulang baca artikel ini dan buat latihan pengiraan berulangkali sehingga anda faham dan dapat jawapan yang sama dengan apa yang telah ditunjukkan di atas.
Berusahalah... OK
Jika anda faham cara mengira dan penggunaan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah ditunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa bukanlah susah membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas tanah setiap bahagian tersebut.
Tetapi jika anda masih tak faham maka anda perlulah ulang baca artikel ini dan buat latihan pengiraan berulangkali sehingga anda faham dan dapat jawapan yang sama dengan apa yang telah ditunjukkan di atas.
Berusahalah... OK
----------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda ada keperluan untuk membuat urusan ukur tanah bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim saja pertanyaan melalui telefon dengan kiriman mesej aplikasi WhatsApp ke nombor di bawah :
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan untuk lebih faham keperluan dokumen, prosedur serta cara kami berurusan dengan pelanggan boleh dibaca dengan klik link di bawah.
< klik >
TERIMA KASIH
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2023
#jtklang
5 ulasan:
Salam.. Saya sedang membuat pecahan untuk rekod ketuanpunyaan tanah lot lidi berdasarkan perjanjian keluasan tanah dan kedudukan tanah semasa jual beli 10 tahun lepas yang belum selesai sehingga kini.. Disebabkan dalam perjanjian jual beli dulu tu setiap lot ada pelbagai saiz, saya mendapati pecahan tersebut menjadi sehingga per 5000 (cth seorang pemilik: 351/5000). Adakah pecahan sebesar ini boleh diterima dan biasa dilihat atau boleh ditulis dalam geran?
Harap mendapat pencerahan..
Salam juga...
Tak jadi masalah berapa besar pun angka pecahan tersebut sebab ini hanya sekadar angka dan pecahan dari segi matematik sahaja. Yang penting pastikan angka pecahan tersebut adalah betul.
Kadang2 terdapat luas tanah yang dalam nilai kecil lagi berangka ganjil dengan jumlah pemilik yang ramai hingga sukar untuk dipecahkan secara pecahan matematik mudah. Tapi tak perlu khuatir, saya beri anda satu tips cara untuk selesaikan masalah pecahan ini.
Ambil saja nilai luas pegangan pemilik dibahagi dengan luas lot tersebut. Contohnya, luas tanah adalah : 5171 meter persegi. Luas salah seorang pemilik adalah 1 ekar atau bersamaan 4047 meter persegi. Baki luas tanah tersebut iaitu 1124 meter persegi adalah milik 2 pemilik lain seorang separuh iaitu masing2 562 meter persegi.
Tanpa perlu sakit kepala untuk carikan nilai pecahan bagi setiap pemilik tersebut, dengan mudahnya cuma perlu ditulis sebagai berikut sahaja,
Pemilik A : 4047/5171 bahagian
Pemilik B : 562/5171 bahagian
Pemilik C : 562/5171 bahagian
Tidak ada salahnya dibuat pecahan pembahagian secara begini. Yang penting nilai pecahan tersebut mewakili luas yang tepat hakmilik tanah masing2.
Harap maklum
Sangat membantu, terima kasih banyak2 😊
Terbaik
Mudah dan sangat membantu
Catat Ulasan