expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 September, 2022

UNIT UKURAN BAGI JARAK DAN LUAS TANAH ( BAHAGIAN 2 )



Seperti kebanyakan negara bangsa dunia yang lain contohnya England, Ireland, Scotland, Deutschland, Holland atau Thailand nama negara ditulis dan dipanggil dengan nama bangsa penduduk asal atau kelompok masyarakat terbesar yang ada disitu. Sebelum merdeka dan sebelum menjadi Malaysia, nama negara kita lebih dikenali di dunia sebagai Tanah Melayu. Dan persamaan lain seperti negara-negara bangsa tersebut, negara kita juga mempunyai tamadun dan kebudayaan sendiri yang merangkumi hampir setiap aspek kehidupan termasuklah dari segi ukuran-ukuran bagi menentukan jarak dan luas tanah.


UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS LAMA DI TANAH MELAYU

Bagi membuat ukuran jarak dan seterusnya dari jarak diukur pula keluasan ada unit-unit lama yang digunakan secara mengikut negeri atau kawasan tertentu. Hanya selepas mencapai kemerdekaan barulah negara kita mempraktikkan hanya satu unit sahaja bagi seluruh negara iaitu unit METRIK.


UNIT-UNIT LAMA YANG PERNAH DIGUNAKAN

Jengkal

Hasta

Depa

Jempa

Relung

Ling

Rantai

Ela

Kaki

Pole

Rood

Batu

JADUAL TUKARAN UNIT JARAK LAMA KE METRIK


1 Jengkal = 0.5 Hasta = 0.25 Ela = 0.75 kaki = 0.2286 meter

1 Hasta = 0.5 Ela = 1.50 kaki = 0.4572 meter

1 Depa = 4 Hasta = 2 Ela = 6 kaki = 1.8288 meter

1 Jempa = 8 kaki = 2.4384 meter

1 Relung = 176 kaki = 53.642 meter

1 Ling = 0.66 kaki = 0.201168 meter

1 Rantai = 100 ling = 66 kaki = 20.1168 meter

1 Ela = 3 kaki = 0.9144 meter

1 kaki = 0.3048 meter

1 pole = 16.5 kaki = 5.0292 meter

1 Rood = 40 pole = 660 kaki = 201.168 meter

1 Batu = 1.609 kilometer = 5278.87 kaki = 1609 meter



 JADUAL TUKARAN UNIT LUAS LAMA KE METRIK


1 Depa = 36 kaki persegi ( kp ) = 3.3445 meter persegi ( mp )

1 Jempa = 64 kp = 5.946 mp = 0.001469 Ekar

1 Relung = 484 jempa = 30976.6 kp = 2877.7 mp

1 Relung = 0.7111 Ekar = 0.2878 Hektar

1 Rantai = 4356 kp = 0.1 Ekar = 0.04047 Hektar = 404.686 mp

1 Ekar = 10 Rantai = 1.406 Relung = 1210 Depa = 0.4047 Hektar

1 Ekar = 4 Rood = 160 pole = 43560 kp = 4046.86 mp

1 Pole = 0.025 Rood = 272.25 kp = 25.293 mp

1 Rood = 40 pole = 0.25 Ekar = 10890 kp = 1011.71 mp

1 Hektar = 2.471 Ekar = 107,640 kp = 10,000 mp


CONTOH PENGIRAAN TUKARAN UNIT LUAS


UNIT EKAR & DEPA

Jika di dalam geran tanah atau pelan tanah yang lama ditulis dalam unit ‘Ekar’ dan ‘Depa’, Luas tanah akan ditulis seperti contoh dibawah :

2ᴬ  167ᴰ

Ini bermaksud luas tanah ini adalah :


( 2 ekar ) + ( 167 depa persegi )


Untuk mengira luas tanah ini dalam unit yang digunakan pada waktu ini, kita perlulah menukar kepada unit baru dengan formula tukaran yang betul.


FORMULA ASAS PENGIRAAN

1 Depa = 36 kp = 3.3445 mp

1 Ekar = 1,210 Depa

1 Ekar = 43560 kp = 4046.86 mp

1 mp = 10.764 kp



 Luas tanah dalam unit EKAR

( 2 ekar ) + ( 167 depa )

= ( 2 ekar ) + ( 167 / 1210 )

= ( 2 ekar ) + ( 0.1380 ekar )

= 2.1380 ekar

 

Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp )

( 2 ekar ) + ( 167 depa )

= ( 2 x 43,560 kp ) + ( 167 depa x 36 kp )

= ( 87,120 kp ) + ( 6,012 kp )

= 93,132 kp


Dalam unit METER PERSEGI ( mp )

( 2 ekar ) + ( 167 depa )

= ( 2 x 4046.86 mp ) + ( 167 depa x 3.3445 mp )

= ( 8093.7 mp ) + ( 558.5 mp )

8652.2 mp


-------------------------------------------------------------------------------------------


UNIT RELUNG & JEMPA

Jika di dalam g eran tanah atau pelan tanah yang lama ditulis dalam unit ‘Relung’ dan ‘Jempa’, Luas tanah akan ditulis seperti contoh dibawah :


2R  423j


Ini bermaksud luas tanah ini adalah :


( 2 Relung ) + ( 423 Jempa )

 

FORMULA ASAS PENGIRAAN

1 Relung = 484 Jempa = 0.7111 Ekar

1 Relung = 30976 kp = 2877.7 mp

1 Jempa = 64 kp = 5.946 mp = 0.001469 Ekar

 

Dalam unit EKAR

( 2 Relung ) + ( 423 Jempa )

= ( 2 x 0.7111 ekar ) + ( 423 x 0.001469 ekar )

= ( 1.4222 ekar ) + ( 0.6214 ekar )

= 2.0436 ekar


Dalam unit METER PERSEGI ( mp )

( 2 Relung ) + ( 423 Jempa )

= ( 2 x 2877.7 mp ) + ( 423 x 5.946 mp )

= ( 5755.40 mp ) + ( 2515.16 mp )

= 8,270.56 meter persegi

 

Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp )

( 2 Relung ) + ( 423 Jempa )

= ( 2 X 30976 kp ) + ( 423 X 64 kp )

= ( 61952 kp ) + ( 27072 kp )

= 89,024 kaki persegi


-------------------------------------------------------------------------------------------


UNIT EKAR, ROOD & POLE

Dan di dalam kebanyakan geran tanah di kebanyakan negeri unit luas yang lebih mudah dijumpai adalah dalam unit ‘Ekar, Rood & Pole’. Luas tanah akan ditulis seperti dibawah :

2a. 2r. 05p

Ini bermaksud luas tanah ini adalah :


( 2 ekar ) + ( 2 rood ) + ( 5 pole )

 

FORMULA ASAS PENGIRAAN

1 Ekar = 4 Rood = 160 Pole

1 Ekar = 43,560 kp = 4046.86 mp

1 Rood = 0.25 ekar = 10,890 kp = 1,011.715 mp

1 Pole = 0.00625 ekar = 272.25 kp = 25.292 mp


Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp )

( 2 ekar ) + ( 2 rood ) + ( 5 pole )

= ( 2 x 43,560 kp ) + ( 2 x 10,890 kp ) + ( 5 x 272.25 kp )

= ( 87,120 kp ) + ( 21,780 kp ) + ( 1,361.25 kp )

= 110,261.25 kp

 

Dala unit METER PERSEGI ( mp )

( 2 ekar ) + ( 2 rood ) + ( 5 pole )

= ( 2 x 4046.86 mp ) + ( 2 x 1011.715 mp ) + ( 5 x 25.292 mp )

= ( 8093.72 mp ) + ( 2023.43 mp ) + ( 126.46 mp )

10,243.6 mp


Dan dalam unit EKAR

( 2 ekar ) + ( 2 rood ) + ( 5 pole )

= ( 2 ekar ) + ( 2 x 0.25 ekar ) + ( 5 x 0.00625 ekar )

= ( 2 ekar ) + ( 0.5 ekar ) + ( 0.03125 ekar )

= 2.531 ekar


---------------------------------------------------------------------------------


CONTOH PENGIRAAN TUKARAN UNIT JARAK


Kebanyakan jarak garisan sempadan lot yang ditulis dalam pelan tanah lama boleh dikatakan hampir kesemuanya ditulis dalam unit LING.

Formula asas bagi jarak dalam unit LING :

(1 Ling = 0.66 kaki = 0.201168 meter

1 Rantai = 100 Ling = 66 kaki = 20.1168 meter


Apa yang perlu dibuat hanyalah darabkan jumlah jarak dalam unit LING dengan nilai persamaan unit LING dalam KAKI atau METER sahaja. Tidak susah pun.


Contoh Jarak : 600 Ling

Dalam KAKI : 600 ling X 0.66 kaki = 396 kaki

Dalam METER : 600 ling X 0.201168 meter = 120.70 meter


Apa yang ditunjuk di atas hanyalah sekadar contoh pengiraan bagi jarak dan luas tanah dalam unit lama yang masih lagi ada dalam geran tanah bagi sesetengah negeri seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Bagi geran tanah yang baru, semuanya sudah pun menggunakan jarak dalam unit METER dengan keluasan tanah dalam unit HEKTAR atau METER PERSEGI.

---------------------------------------------------------------------------------

Untuk membuat pertanyaan perkhidmatan ukur tanah adalah lebih mudah dan cepat kirim dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor :

( Klik )

012-3949064



TERIMA KASIH

----------------------Jurukur Tanah Klang @ 2024------------------4----

Tiada ulasan: