expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 November, 2014

CARA-CARA MEMBUAT CARIAN RASMI & CARIAN PERSENDIRIAN DI PEJABAT TANAH DAERAH




Masih ramai yang tak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkan informasi terkini mengenai hartanah dan juga dimanakah ada disediakan perkhidmatan pencarian informasi bagi hartanah yang berupa lot tanah atau lot rumah. Ada juga tuan tanah dan tuan rumah yang telah kehilangan geran atau pun tak tahu dimanakah atau siapakah yang menyimpan geran tersebut apabila dia memerlukan geran tersebut untuk membuat permohonan rasmi kepada mana-mana jabatan kerajaan atau pihak lain.

Pejabat Tanah Daerah / PTD ( bukan 'Pejabat Tanah & Galian / PTG' ) daerah dimana terletaknya lot tanah yang mahu dicari informasi adalah pejabat atau jabatan kerajaan yang tepat untuk mendapatkan informasi mengenai tanah atau hartanah bagi daerah tersebut.

PTD bukan PTG

-------------------------------------------------



MEMBUAT CARIAN RASMI ATAU CARIAN PERSENDIRIAN DI KAUNTER PEJABAT TANAH DAERAH

Jikalau anda mahu membeli satu bidang tanah tapi tidak tahu apa-apa pun maklumat mengenai tanah itu maka pergilah ke pejabat tanah. Jikalau anda mahukan informasi terkini mengenai nama dan alamat pemilik yang sah serta keluasan bahagiannya dalam sesuatu bidang lot tanah maka pergilah ke pejabat tanah. Dan jika anda adalah merupakan tuan tanah yang mahukan informasi terkini mengenai status lot tanah anda maka pergilah ke pejabat tanah daerah anda.

Apa yang anda perlu sediakan sebelum ke pejabat tanah adalah maklumat seperti berikut iaitu nombor lot tanah, nama mukim, nombor seksyen lot tanah jika ada, daerah dimana lot tanah itu terletak dan juga jangan lupa bawa wang sebanyak RM 50 untuk bayaran proses pencarian ini.

Perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat tanah ini adalah dinamakan perkhidmatan "Carian Rasmi" dan juga "Carian Persendirian". Beza antara "Carian Rasmi" dan "Carian Persendirian" adalah carian rasmi bertujuan untuk mendapatkan satu salinan yang sah dari Pejabat Tanah untuk tujuan dilampirkan bersama dengan apa-apa borang permohonan rasmi yang akan dibuat oleh pemohon manakala bagi carian persendirian pula adalah merupakan carian untuk mendapatkan maklumat untuk kegunaan sendiri sahaja.

Maklumat yang terkandung dalam sijil pencarian itu nanti adalah merupakan segala maklumat seperti yang terkandung di dalam geran asal seperti nama pemilik hakmilik tanah yang sah yang dituliskan juga keluasan bahagian bagi setiap penama hakmilik yang ada di dalamnya, nombor rujukan hakmilik, keluasan terkini tanah tersebut, jenis kegunaan tanah, jenis pegangan hakmilik samada kekal atau pajakan, tarikh luput pajakan tanah, jumlah cukai tanah tahunan serta terdapat juga informasi mengenai perubahan terkini yang telah direkodkan oleh pejabat tanah dalam fail geran tanah tersebut.

Adalah menjadi kebiasaan kepada tuan-tuan tanah hanya menyimpan saja geran asal tanah mereka tanpa mereka pernah terfikir pun untuk membuat semakan status terkini tanah mereka itu atau senang cakap mereka tak pernah nak ambil tahu pun dan hanya keluarkan geran bila tiba masa nak buat wasiat, tiba masa nak jual atau waktu nak buat pinjaman bank sahaja. Kerap terjadi hanya setelah tuan tanah itu meninggal dunia barulah warisnya iaitu isteri atau anak-anaknya tahu bahawa beliau ada mempunyai hakmilik tanah sewaktu beliau masih hidup.

Bagi geran lama yang telah dikeluarkan berpuluh-puluh tahun dahulu mungkin sudah ada informasi pelan tanah yang baru yang terkini yang dalam unit metrik iaitu meter dan meter persegi dan bukan lagi yang dalam unit link, rantai, relong, hektar, ekar, rood, pole atau lain-lain. Mungkin juga terdapat pindaan nombor lot yang baru untuk tanah itu dan tidak lagi memakai nombor lot yang lama seperti yang tertulis di dalam geran tanah dalam simpanan mereka. Mungkin juga terdapat pindaan bagi keluasan lot tanah tersebut akibat dari pengambilalihan oleh pihak kerajaan untuk rezab jalan, rezab parit, rezab talian elektrik atau lain-lain. Dan mungkin juga terdapat pindaan bagi jenis kegunaan tanah atau pun pindaan pada jenis hakmilik tanah. Atau mungkin juga ada pihak lain yang telah melakukan 'kaveat' ke atas lot tanah tersebut iaitu bermaksud memasukkan perintah larangan kepada tuan tanah daripada melakukan apa-apa aktiviti terhadap tanah itu tanpa mendapatkan persetujuan dari pihaknya terlebih dahulu.

Syarat bagi membuat permohonan untuk membangunkan sesuatu bidang tanah itu perlulah disertai dengan satu salinan sah sijil carian rasmi bagi lot tanah tersebut. Begitu juga jika membuat permohonan bagi memajakkan geran tanah itu untuk tujuan membuat pinjaman daripada pihak bank perlu juga disertai dengan satu salinan carian rasmi ini.

Dan bagi penama hakmilik yang mempunyai bahagian yang kecil di dalam satu lot tanah kebiasaannya tidak akan dapat menyimpan geran tanah tersebut tetapi tahukah anda melalui carian rasmi ini anda boleh pula membeli satu salinan sah bagi geran tanah tersebut untuk simpanan anda.

Jadi jikalau anda mahu mencari informasi terkini bagi mana-mana lot tanah atau ingin mendapatkan satu salinan geran tanah yang sah untuk tujuan rasmi atau pun ingin memastikan informasi yang diberikan oleh agen hartanah atau tuan tanah bagi lot tanah tersebut adalah betul maka pergilah ke pejabat tanah daerah lot tanah itu berada dan mohonlah borang untuk membuat "Carian Rasmi" atau "Carian Persendirian".

Elakkan daripada menjadi mangsa penipuan akibat daripada kesalahan informasi yang diberitahu kepada anda secara cakap mulut sahaja. Dengan carian rasmi anda akan lebih berinformasi dan juga adalah merupakan tindakan yang bijak dan tepat sebelum membuat sesuatu keputusan mengenai urusniaga tanah.



-------------------------------------------------------------

Untuk penjelasan perkhidmatan yang kami sediakan
Hubungi kami melalui:-

TELEFON @ WhatsApp


012-3949064

Untuk perkhidmatan ukur tanah yang kami sediakan

< klik >





ATAU

Cara berurusan dengan kami

< klik bawah >




--------------------------------------------------

UPDATE ( tahun 2022 )

Ramai kalangan pembaca yang terus keliru kerana selepas membaca artikel ini mereka membuat anggapan bahawa website kami ini adalah website pihak Pejabat Tanah Daerah dengan terus menerus mengirimkan pertanyaan mengenai urusan yang disediakan oleh Pejabat Tanah Daerah.

Kami bukanlah apa yang anda fikirkan. Kami hanya menulis artikel ini untuk memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Tanah Daerah.

Maklumat ini kami tulis ditujukan kepada pemilik hartanah ( tanah dan rumah ), agen hartanah, pewaris hartanah dan juga kepada mereka yang berminat untuk membeli plot tanah tapi tidak mengetahui siapa sebenarnya pemilik sebenar hartanah tersebut.

Bagi pemilik hartanah dan juga pewaris hartanah, jikalau anda telah kehilangan geran tanah atau rumah, jikalau anda hendak mendapatkan salinan geran hartanah, jikalau anda hendak tahu status terkini hartanah anda seperti keluasan terkini, sempadan tanah terkini, nilai tanah terkini atau cukai tahunan yang perlu dibayar serta lain-lain lagi perkara yang bersangkutan dengan tanah.

PERGILAH KE PEJABAT TANAH DAERAH ( PTD ) DIMANA TERLETAKNYA LOKASI LOT TANAH YANG MAHU DICARI INFORMASI

( Harap jangan pergi salah tempat. 'Pejabat Tanah Daerah / PTD' bukan 'Pejabat Tanah & Galian / PTG' ) Nama macam sama tapi perkhidmatan tak sama )

Pihak kami tidak dapat hendak menjawap segala pertanyaan anda mengenai urusan Pejabat Tanah Daerah kerana kami hanyalah Jurukur Tanah dan kami tidak bekerja untuk mana-mana Pejabat Tanah Daerah di Malaysia ini. Segala pertanyaan anda itu perlulah anda tanyakan kepada pihak Pejabat Tanah Daerah dengan secara menelefon mereka atau yang terbaik untuk anda lebih mudah faham, pergilah bertanya di kaunter pertanyaan di Pejabat Tanah Daerah.




------------------------------------------------------------


Jurukur Tanah Klang @ 2023

#jurukurtanah

#jurukurtanahbagan

#jurukurtanahklang

#jurukurtanahdiklang

#jurukurtanahdiselangor

#baganbeachboy

#jtklang






83 ulasan:

syairah abdullah berkata...

terima kasih tentang info!

Tanpa Nama berkata...

adakah encik tolong orang buat carian persendirian?

Nick Bagan berkata...

Maaf... itu saya tak buat. Pencarian itu hendaklah dilakukan sendiri oleh pihak yang mahukan maklumat hartanah tersebut di pejabat tanah daerah tempat terletaknya lot tanah itu. Kadar upah minima perkhidmatan penulis adalah RM500 sehari. Nanti kalau penulis letakkan harga kadar minima ini tentulah kelihatan sangat mahal. Jadi pihak tuan tanah atau pihak2 yang perlukan kepada maklumat 'carian persendirian; atau 'carian rasmi' ini perlulah buat sendiri untuk mengurangkan kos untuk mendapatkan maklumat tersebut..

Nick Bagan berkata...

Penulis benarkan ulasan dari 'tanpa nama' ini hanya bertujuan supaya pembaca yang lain tahu bahawa membuat pencarian rasmi atau carian persendirian di pejabat tanah tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan yang penulis tawarkan. Sekali lagi penulis nak jelaskan, setiap komen atau pertanyaan perlulah disertakan NAMA sekurang kurangnya nama samaran. Selepas ini segala komen dari 'TANPA NAMA' akan terus dipadam tanpa disiarkan disini. Terima kasih

Aki berkata...

salam bro nak tanya, kat sebelah rumah mak aku ni ada tanah kosong. mak aku mcm berhajat nk beli tanah tu tp bila tanya pemilik dia cakap tanah tu dah dicagarkan ke bank tp xtau bank mana. so kalau aku nk tau status tanah tu dicagarkan kt bank mana, aku perlu buat carian persendirian mcm kt atas tu ke? thanx in advance bro

Nick Bagan berkata...

Sama juga seperti geran-geran yang lain seperti geran motor, kereta dan rumah jika ada buat pinjaman kewangan daripada pihak bank pastilah ada dimasukkan 'hakmilik dituntut' oleh pihak bank yang berkenaan.

Dalam geran tanah pada bahagian belakang pasti akan ada tertulis permohonan kavaet daripada pihak bank untuk memastikan bahawa tuan tanah tersebut tidak membuat sebarang urusan jual beli yang melibatkan tanah berkenaan tanpa kebenaran dari pihaknya dahulu. Hanya setelah pinjaman tersebut dilangsaikan barulah surat rasmi akan dikeluarkan oleh pihak bank bagi memadam tuntutan hakmilik yang telah dikaveatkan oleh pihak bank sewaktu pinjaman dibuat dahulu.

Jikalau geran tanah tersebut telah disimpan oleh pihak bank yang menuntut hakmilik ke atas tanah tersebut, maka perlulah membuat carian rasmi atau carian persendirian di pejabat tanah daerah bagi mengetahui status tanah tersebut dan bank mana tempat geran tanah tersebut dicagarkan.

siti amira berkata...

salam,

En.Nick, terima kasih atas info diberi.Saya ingin bertanya bagi pihak ibu saya waris datuk saya, Saya mempunyai datuk yang sudah meninggal dunia. Sebelum beliau meninggal, beliau ade memohon untuk geran tanah (yang diusahakan) berkeluasan 6ekar di Ayer Baloi Pontian Johor. Tanah itu tiada geran tetapi sudah mempunyai nama.Segala surat menyurat juga sudah hilang.

Saya sudah menemui jalan buntu untuk membantu ibu saya kerana pejabat tanah di pontian tidak dapat membantu kami dengan hanya menggunakan IC arwah datuk saya.Ini adalah aneh kerana pakcik saya memberitahu mereka masih mempunyai fail arwah datuk saya.

Boleh advise cara lain untuk kami mencari info berkenaan tanah itu?

Aki berkata...

Trima kasih bro. Penjelasan yg sangat jelas.
So aku akan proceed dgn pncarian persndirian kt pjbt tanah.

Nick Bagan berkata...

Salam Cik Siti Amira...

Masalah yang dikemukakan tu memang agak rumit untuk saya cadangkan apa-apa jikalau pihak pejabat tanah lokasi tanah tersebut pun tidak mempunyai rekod mengenainya. Perlu saudari ketahui segala rekod yang lampau kesemuanya adalah sekadar rekod di atas kertas sahaja kerana dulu-dulu database komputer tidak digunakan sebagai penyimpan rekod. Jadi inilah yang menjadi agak susah untuk mendapat kerjasama pegawai pejabat tanah membuat pencarian rekod yang lama.

Biasanya pemberian geran untuk tanah usaha ini akan dikategorikan sebagai geran sementara atau yang biasa disebut sebagai tanah TOL dan juga geran TOL. Ianya akan berstatus pajakan sahaja dan tidak akan diberikan hakmilik tetap kepada penama hakmilik iaitu tuan tanah tersebut. Tanah tersebut masih lagi berstatus tanah kerajaan sampai bila-bila pun.

Ini cadangan saya..

Pertama, mungkin saudari perlu pergi ke pejabat tanah sekali lagi dan bertanya mengenai jika terdapat sebarang fail permohonan untuk 'geran sementara' tanah TOL atau pun jika terdapat terdapat sebarang anugerah 'geran sementara' untuk plot tanah usaha berkenaan yang telah dibuat atas nama arwah datuk saudari dulu.

Yang keduanya adalah dengan mencari info berkenaan status tanah yang bersebelahan dengan plot tanah tersebut. Cuba cari tuan tanah bagi tanah sebelahan dan tanyakan kepadanya mengenai status tanahnya itu. Mungkin dia dapat memberikan maklumat yang tidak diketahui oleh orang lain dan mungkin dia dapat membantu pihak saudari dengan masalah plot tanah usaha arwah datuk saudari tersebut

Dan yang ketiganya, jikalau pakcik saudari mengatakan mereka masih mempunyai fail arwah datuk saudari, kenapa tidak dapatkan saja fail2 tersebut daripada pakcik saudari dan bawakan fail tersebut ke pejabat tanah sebagai rujukan supaya lebih mudah mendapatkan informasi mengenai status plot tanah tersebut.

Nota :

Lot = untuk tanah yang telah pun mempunyai geran
Plot = untuk tanah yang masih belum dikeluarkan geran

Unknown berkata...

Saya ada menyediakan servis untuk buat carian rasmi/persendirian sekitar kawasan kuala lumpur, selangor dan seremban.

Memang penting carian ni, ada kes unit lelong saya buat carian, tanah tersebut telah diambil alih kerajaan. Mungkin tak bayar cukai tanah. Kene periksa sebelum beli.


Terbaik penerangan tuan bagan

Boleh hubungi saya di 0133702315 (hisyam) *tumpang promote tuan

YLM berkata...

NAMA SAMARAN WEI , SAYA MAHU TANYA GERAN TANAH BAPA SAYA MEMINDAHKAN NAMA KEPADA SAYA ,BERAPA LAMA GERAN TANAH ITU BOLEH SIAP ?

YLM berkata...

BILAKAH SAYA BOLEH DAPAT JAWAPAN TADI ITU?

Nick Bagan berkata...

Encik boleh semak carta proses dan masa yang diambil bagi proses permohonan menukar hakmilik tanah yang telah disediakan oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor di link bawah ini..

http://ptg.selangor.gov.my/sites/default/files/Carta%20Alir%20Proses%20Penukaran%20Hakmilik.pdf

Nick Bagan berkata...

Proses menukar hakmilik tanah ini bergantung kepada dokumen yang dilampirkan. Jika semua dokumen itu lengkap biasanya proses menukar nama hakmilik tanah ini akan mengambil masa di antara 1 hingga 2 minggu sahaja..

zaza berkata...

terima kasih atas info bemanfaat di atas..saya ada 1 soalan..bagaimana saya nk tuntut geran tanah dari pemaju selepas selesai bayar duit dan mati setem..banyak alasan diberi dan sehingga sekarang geran masih tidak dapat..bolehkah dituntut di pejabat tanah..terima kasih..

Nick Bagan berkata...

Adakah geran yang anda maksudkan yang masih di tangan pemaju itu merupakan geran untuk rumah yang dibeli dari pemaju..?

Ada 2 kemungkinan berlaku perkara demikian atas pengalaman saya. Pertama, geran tersebut masih belum diterbitkan lagi oleh pihak pejabat tanah kerana masih belum dimohon oleh pihak pemaju. Pihak pemaju masih tidak membuat permohonan menukar status daripada geran sementara kepada geran kekal kerana mahu menunggu sehingga kesemua pemilik unit hartanah tersebut menyelesaikan bayaran mereka seperti anda.

Kedua, geran tersebut sudah ada tapi masih lagi di atas nama pihak pemaju yang belum ditukar nama kepada nama pembeli unit hartanah dan pihak pemaju pula telah menggunakan geran tersebut sebagai sandaran untuk pinjaman kewangan kepada pihak bank.

Anda boleh merujuk kepada pihak pejabat peguam yang menguruskan perjanjian jual beli hartanah tersebut untuk mengetahui status geran hartanah. Dan anda juga boleh merujuk dengan pejabat tanah daerah untuk mengetahui status hartanah tersebut samada geran sudah dikeluarkan atau masih belum dikeluarkan lagi.

Unknown berkata...

Info yg sangat bermanfaat. Terima kasih tuan. Semoga segala urusan tuan dipermudahkan.

Aisyah berkata...

Slmt ptg, blh x kta mbeli tanah kepunyaan majlis bandaraya?

Nick Bagan berkata...

Anda perlu terus membuat pertanyaan kepada pihak majlis bandaraya kerana ada lot tanah tertentu yang boleh dibeli, ada yang boleh disewa sahaja dan ada juga yang boleh diberi kebenaran untuk diusahakan dengan syarat-syarat tertentu dan ada juga yang boleh diberikan kebenaran memiliki hakmilik dengan anugerah geran pajakan sementara sahaja.

Unknown berkata...

Assalam, nme sy fadila sy nk bertanya tentang geran, apa perlu sy buat sekiranya geran tanah rumah ibu sy hilang namun masalahnya nama pemilik pd geran masih nama pemilik lama iaitu kawan arwah ayah saya, arwah ayah sy membeli rumah tersebut pd kawannya namun arwah ayah sy telah meninggal dunia sebelum sempat menukarkan nma kepada ibu sy. Apa yang perlu buat dari awal. Sy berharap encik Nick Bagan dapat membantu sy,
Terima kasih..

Nick Bagan berkata...

Waalaikumsalam..

Jikalau geran tanah hilang tidak menjadi masalah bagi mendapatkan salinan geran tanah tersebut dari pejabat tanah daerah. Anda hanya perlu pergi ke pejabat tanah daerah tanah tersebut berada kemudian buatlah permohonan bagi membuat PENCARIAN RASMI dengan memberikan nombor lot tanah dan juga nama mukimnya. Setelah proses pencarian rasmi tersebut selesai dan terbukti bahawa fail lot tanah itu ada maka anda boleh pula membeli salinan rasmi bagi geran tanah tersebut.

Cuma yang menjadi masalah disini adalah samada arwah ayah saudari ketika membeli rumah dan tanah tersebut, ada atau tidak membuat sebarang dokumen perjanjian ikatan amanah atau surat perjanjian jual beli yang dilakukan secara rasmi dengan menggunakan khidmat peguam atau pihak pesuruhjaya sumpah.

Jikalau ADA dokumen rasmi bagi urusan jual beli tersebut maka tidaklah menjadi masalah untuk membuat permohonan bagi menukar nama hakmilik dalam geran tanah tersebut. Permohonan menukar nama boleh dibuat secara terus di kaunter pejabat tanah daerah atau pun di pejabat pusaka kecil di pejabat daerah yang akan memproses permohonan pembahagian harta pusaka secara Faraid bagi mereka yang beragama Islam.

Tanpa sebarang dokumen rasmi bagi urusan jual beli tanah tersebut maka tidaklah dapat dibuat sebarang urusan bagi menukar nama hakmilik tanah itu. Kecuali saudari boleh pergi berjumpa dengan kawan arwah ayah saudari yang menjual tanah itu,

1.) dapatkan surat dokumen jual beli yang rasmi daripadanya jika ada

2.) minta kawan arwah saudari itu sendiri yang membuat permohonan menukar nama hakmilik bagi tanah tersebut jikalau urusan jual beli tanah itu dulu tidak dibuat dengan sebarang surat perjanjian jual beli atau surat perjanjian ikatan amanah.

Selain daripada itu agak payah untuk mendapatkan hakmilik ke atas tanah tersebut dan cara yang terakhir yang saudari boleh buat adalah dengan menyediakan bukti-bukti bagi pembelian tanah tersebut serta saksi-saksi dan saudari perlulah gunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan hakmilik ke atas tanah tersebut secara undang-undang di mahkamah.

Itu saja pendapat yang boleh saya berikan bagi penyelesaian masalah saudari tersebut..

Tanpa Nama berkata...

Salam..bagaimana cara mengenalpasti tanah yang telah di wariskan kpd pewaris sekiranya pewaris tidak ada apa2 maklumat..cuma pernah pegawai jab hasil dtg untuk cari pewaris tapi tidak jumpa pewaris tersebut..cuma khabar mengatakan tanah tersebut sudah lama tidak byar cukai

Nick Bagan berkata...

Sekali lagi saya nak jelaskan bahawa sebarang komen ulasan atau pertanyaan perlulah disertakan dengan NAMA PENGIRIM. Pihak kami tidak akan melayan atau menyiarkan jika menggunakan TANPA NAMA.

Apa yang ditanyakan di atas adalah yang melibatkan hal mengenai "waris, pewaris, harta pusaka, wasiat dan sebagainya".

Ini tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan kami dan anda perlulah berurusan sendiri dengan pihak Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Pusaka Kecil di Pejabat Daerah untuk memeriksa status terkini atau untuk memohon penukaran nama pemilik tanah jika pemilik asal telah pun meninggal dunia sebelum sempat diturunkan hakmilik tanahnya kepada waris yang berhak.

tresa berkata...

Tumpang tanya,suami sya dah lama beli rumah kat area taman skudai.tetapi beliau tak pernah menerima sebarang surat pembayaran dari pejabat cukai tanah, cuma kami menerima cukai harta sahaja 6bulan sekali..boleh tak encik nick terangkn macam mane nak selesaikn masalah ini, berapa agak2 kami nak kena bayar nanti? saya keliru..

Unknown berkata...

as'salam tn nick, saya nak tanya mengenai tanah berstatus "tanah terbiar". adakah Tanah terbiar mempunyai pemilik atau milik kerajaan negeri? bolehkah kita hendak memohon utk membeli dr pejabat tanah negeri? bagaimana proses belian tersebut? terima kasih

Nick Bagan berkata...

Wasalam..

Takrif bagi "Tanah Terbiar" adalah merupakan tanah milik ( bermaksud tanah itu mempunyai tuan ) berkeluasan 0.4 hektar ke atas yang telah terbiar atau ditingalkan terbiar tanpa diusahakan selama lebih dari 3 tahun berturut turut.

Maksud 'tanah milik' pula adalah tanah itu semestinya telah mempunyai nombor lot, mempunyai geran dan mempunyai hakmilik samada awam, persendirian atau pun kerajaan negeri. Tanah yang tidak mempunyai sebarang terbitan lot dan hakmilik tidaklah termasuk dalam takrif 'tanah terbiar' ini dan secara undang-undangnya ia adalah hakmilik kerajaan.

Untuk mengetahui info hakmilik tanah tersebut anda perlulah membuat permohonan pencarian rasmi di pejabat tanah dan kemudian berurusanlah secara langsung dengan pemilik rasmi tanah tersebut jika anda hendak membelinya.

Hanya jika tanah terbiar itu adalah hakmilik kerajaan negeri barulah anda boleh membuat pertanyaan kepada pihak berkuasa tempatan ( Majlis daerah atau majlis perbandaran ) dan juga ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan maklumat dan juga kebenaran untuk membeli.

Untuk lebih penjelasan anda boleh membaca di link sini :-

http://www.doa.gov.my/maklumat-tanah-terbiar

Nick Bagan berkata...

Terdapat 2 jenis cukai yang berbeza yang perlu dibayar oleh pemilik hartanah setiap tahun.

1.) Cukai Pintu atau Cukai Taksiran
- Cukai dikenakan kepada perkhidmatan yang disediakan
- Hartanah terbabit adalah rumah, bangunan dan tanah kosong
- Nilai cukai berdasarkan keluasan hartanah tersebut
- Dibayar untuk tempoh 6 bulan sekali
- Dibayar kepada pihak Majlis Daerah / Perbandaran / Bandaraya

2.) Cukai Tanah
- Cukai dikenakan ke atas tanah berhakmilik
- Dibayar setahun sekali
- Dibayar kepada Pejabat Tanah Daerah

Berpandukan di atas, jikalau hartanah itu hanyalah berupa tanah maka hanya Cukai Tanah saja yang perlu dibayar setiap tahun. Tapi jikalau hartanah itu adalah rumah, bangunan dan juga tanah kosong maka terdapat pula Cukai Taksiran atau Cukai Pintu yang perlu dibayar setahun 2 kali iaitu bagi tempoh 6 bulan sekali.

Walaupun pemilik hartanah berupa rumah, bangunan atau tanah tidak menerima sebarang Bil Hasil Tanah tetapi Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Hasil Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.

Untuk pengetahuan anda, cukai tanah ni tidaklah banyak mana pun nilianya. Nilai cukai adalah bergantung pada keluasan dan jenis kegunaan tanah tersebut. Percayakah anda bahawa nilai cukai tanah bagi lot tanah yang luasnya 1 ekar baru bernilai RM 26 sahaja setahun.

Tidaklah mahal mana pun maka janganlah pula ketiadaan bil cukai tanah menyebabkan anda menajdikannya alasan untuk tidak membayar cukai tanah bagi hartanah milik anda. Jika bertahun-tahun tidak bayar janganlah pula nanti anda terkejut bila satu hari nanti akan datang ke rumah anda surat notis yang menyatakan bahawa tanah anda akan disita atau dirampas kerana anda telah gagal membayar cukainya selama bertahun tahun.

Unknown berkata...

Salam bro, bpk aku mempunyai 3 ekar tanah yg sudah lame terbengkalai, dikawasan yg agak terpencil pontian johor. Ade tk cara macam mane aku dpt usaha kn?

Junaib berkata...

Salam..bolehkah saya membuat permohonan geran tanah untuk tanah peninggalan aruwah datuk saya yang tidak mempunyai sebarang document atau hitam putih berkenan tanah tersebut dan hanya ada tanaman yang sudah berusia 40 ke 50tahun usianya...iyaitu tanaman pokok kelapa dan pokok mangga..keluasan tanah lebih kurang 2hektar..mohon huraian terima kasih.

Nick Bagan berkata...

Seperti yang telah saya berikan penjelasan sebelum ini, saya hanya seorang jurukur tanah bebas dan saya tidak bekerja untuk pihak Pejabat Tanah Daerah.

Sila kemukakan pertanyaan anda ini kepada kaunter Pejabat Tanah Daerah yang terdekat dengan anda untuk dapatkan jawapannya.

Unknown berkata...

Assalam tuan. Bagaimana jika kita mahu buat semakan status tanah atau pemilik sesuatu kawasan. Adakah boleh terus ke pejabat tanah dan buat semakan rasmi. Contohnya kita langsung tidak tahu status dan pemilik tanah sekitarnya yang diusahakan. Terima kasih

Nick Bagan berkata...

Waalaikumsalam...

Seperti yang telah dijelaskan, di dalam dokumen pencarian tersebut akan terdapat info-info mengenai penama hakmilik, keluasan tanah, jenis kegunaan tanah dan lain-lain hal yang bersangkutan dengan tanah tersebut.

Apa yang perlu dibawa ke kaunter Pejabat Tanah Daerah hanyalah nombor lot tanah tersebut, mukimnya dan jika anda tidak pasti anda boleh buat rujukan dengan peta daerah tersebut iaitu tandakan dimana lokasi tepat tanah itu berada pada peta daerah tersebut. Maklumat berupa nama kampung, nama jalan atau nama lorong yang terdekat dengan tanah tersebut.

Unknown berkata...

Assalamualaikum saya ada sebidang tanah pusaka tetapi berada di negara jiran indonesia riau? Dan saya ada diberi surat yang meyata kan hak telah diberi kepada arwah ayah saya.sekarang kalau saya mahu tukar hak milik.maksud nya menukar kepada name saya pula? Bagaimana kah cara nya?boleh tak tunjuk ajar sedikit kepada saya?dah pening tak tahu nak buat ape.

Nick Bagan berkata...

Waalaikumsalam...

Sekali lagi saya ingin menjelaskan kepada semua pambaca blog ini, pihak kami bukanlah wakil atau agen kepada mana-mana Pejabat Tanah Daerah di Malaysia. Kami hanyalah sekumpulan Jurukur Tanah Bebas yang memberikan perkhidmatan dalam bidang ukur tanah kepada pemilik tanah persendirian sahaja.

Tujuan artikel ini hanyalah untuk memberikan penerangan kepada perkhidmatan yang ada di kaunter Pejabat Tanah Daerah dalam hal membuat pencarian bagi hakmilik tanah atau lebih mudah difahami sebagai proses untuk mencari informasi mengenai hakmilik sesuatu lot tanah dan juga proses bagi mendapatkan salinan geran yang sah yang boleh digunakan bagi apa-apa tujuan rasmi.

Mengenai pertanyaan anda, mengenai hakmilik tanah di Indonesia, amatlah jauh menyimpang dari tujuan asal artikel ini ditulis. Sedangkan bagi tuan tanah di Malaysia pun pihak kami akan menyuruh mereka pergi ke kaunter Pejabat Tanah Daerah tanah tersebut berada untuk membuat pertanyaan dan mendapatkan penjelasan yang lebih tepat, anda juga sudah semestinya berbuat demikian dengan pergi ke pejabat tanah di riau, Indonesia dengan membawa segala bukti yang ada serta membuat pertanyaan dan sekaligus membuat permohonan bagaimanakah caranya untuk menukar nama hakmilik tanah daripada nama ayah anda yang telah meninggal dunia kepada nama pewarisnya yang masih hidup.

Kalau di Malaysia ada akta dan undang-undang mengenai perkara ini saya pasti di Indonesia pun sudah semestinya ada juga akta dan undang-undang mengenai pewarisan tanah.

Bagaimanapun saya berikan link kepada website bantuan hukum ( undang-undang ) mengenai proses Balik Nama Tanah Waris ( di Malaysia disebut tukar nama hakmilik secara waris ).

http://kismadi.blogspot.com/2012/11/balik-nama-tanah-waris.html

Unknown berkata...

Salam... boleh ke penjual tanah membatalkan urusan jual beli slps borang 14a ditandangani oleh pentadbir pjbt tanah

samry berkata...

salam....macmana saya nak thu procedure untuk pembinaan mukim baru stelah kita extent kan tanah?? ini adalah di bawah bangunan penambatan kita perlukan extent kan tanah...so macmana procedure yg perlu untuk extent kan tanah tersebut?? dan amount yg perlu dikeluarkan untuk extent tanah itu... dan tanah di kira status apa?? tetap @ sementara??

Unit Trust / Credit Card / Insurance berkata...

Assalam,
saya nak tahu procedure untuk mendapatkan dan mengusahakan Tanah terbiar.

Nick Bagan berkata...

Salam..
Ulasan dan pertanyaan anda serta dari 2 lagi pengulas sebelum anda perlulah ditanyakan di kaunter Pejabat Tanah Daerah dan bukannya disini.

Terima kasih

Mohd Nasir berkata...

As salam tuan, saya bercadang membeli sebidang tanah lot (leasthold) yang dah di convert ke kediaman lebih kurang 6000kp. Saya difahamkan tanah tersebut boleh di tukarkan ke geran individu.
Pertanyaan sayah betul ke hartanah yang ada geran berstatus leasthold/pajakan tidak boleh dipindah milik, digadai atau dipajak melainkan dengan keizinan pbt negeri....betul ke.
Berapa lama pulak kena tunggu untuk membuat permohonan tersebut,
Sekian. Terima kasih

Nick Bagan berkata...

Salam...

Saya menyiarkn ulasan dan pertanyaan anda ini kerana mahu anda dan juga pembaca yang lain faham.

TOLONG BACA DAN FAHAM.....

KAMI HANYALAH SEKUMPULAN JURUKUR TANAH BEBAS YANG TIADA KAITAN ATAU KENA MENGENA DENGAN URUSAN MANA-MANA PEJABAT TANAH DAERAH DI MALAYSIA.

KALAU ANDA ADA SEBARANG PERTANYAAN MEGENAI UNDANG-UNDANG TANAH, SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK PEJABAT TANAH DAERAH ATAU PIHAK KERAJAAN TEMPATAN BAGI DAERAH IAITU MAJLIS DAERAH ATAU PERBANDARAN, SILALAH PERGI KE KAUNTER DAN BUAT PERTANYAAN DI SANA.

PERGI KE SANA DAN BUAT PERTANYAAN DI KAUNTER PEJABAT TANAH DAERAH ATAU MAJLIS DAERAH / PERBANDARAN....DAN BUKANNYA BUAT PERTANYAAN DI SINI. DI SINI HANYALAH MENGENAI PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN SEBAGAI JURUKUR TANAH BEBAS SAHAJA.

HARAP ANDA SEMUA FAHAM...

Selamat berpuasa..

Unknown berkata...

salam...
saya ingin bertanya, arwah abah kemungkinan mempunyai tanah tetapi arwah tidak tinggalkan dokumen geran, nombor lot, nombor hakmilik kecuali mungkin kawasan daerah tersebut sahaja yang saya tahu itupun saudara yang beri tahu... bagaimana cara saya ingin periksa kebenaran tersebut jika benar atau tidak?! bolehkan kita periksa maklumat hartanah menggunakan i/c arwah dan di mana lokasi saya boleh buat demikian?

Unknown berkata...

Saya ada menyediakan servis untuk buat carian rasmi/persendirian sekitar kawasan kuala lumpur, selangor dan seremban.

Memang penting carian ni, ada kes unit lelong saya buat carian, tanah tersebut telah diambil alih kerajaan. Mungkin tak bayar cukai tanah. Kene periksa sebelum beli.


Terbaik penerangan tuan bagan

Boleh hubungi saya di 011-11692212 (hisyam) *tumpang promote tuan

jey85 berkata...

Hello,
Saya nak tanya pasal pecah sempadan tanah pertanian (sawah). Tanah ini seluas lebih kurang 2.1 ekar dan dikongsi oleh 2 nama pemilik. Apakah proses untuk pecah sempadan, anggaran kos dan tempoh masa untuk geran baru dikeluarkan? Bolehkan pemilik tanah mencagarkan tanah kepada pihak bank tanpa persetujuan pemilik yang sorg lagi?

Nick Bagan berkata...

Untuk membuat pecah sempadan dan juga pecah geran tanah berasingan untuk setiap pemilik tanah itu anda perlu berurusan secara langsung dengan syarikat Jurukur Tanah Berlesen. Anggaran kos bagi setiap satu bahagian dengan geran sendiri adalah RM 3000. Anggaran masa pulak ialah di antara 6 bulan hingga 2 tahun lamanya. Untuk membuat pinjaman bank dengan cagaran geran tanah yang mempunyai banyak nama perlulah mendapat kelulusan dan tandatangan daripada kesemua pemilik tanah tersebut. Jika pemilik yang lain tidak bersetuju maka pinjaman tersebut tidak dapatlah diluluskan oleh pihak bank.

yassin berkata...

salam.. encik, saya ada sedikit pertanyaan yang ingin di tanya. encik tahu tidak mengenai harga untuk tanah di kawasan pulau atau tanah pulau. contoh tasik kenyir, terengganu (Pulau Poh).. jika encik tahu maklumat untuk mendapatkan harga tersebut, harap encik dapat memberitahu saya mengenai perkara itu.. terima kasih., :)

Faizza berkata...

Hello,
Saya ingin menanyakan mengenai tanah kurnia. Contoh, tanah sekarang 1 lot 2 ekar, saya hanya ada geran sementara. Kemudian sy pecahkn utk jdi 1 lot 1 ekar. Jadi setelah prosedur ukur balik dan hantar ke pjbt tanah. Brape lme masa diambil untuk dpt geran sebenar?

Unknown berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

khai berkata...

Salam .saya nak tanya macam kalau geran berrangkai.apakah yg patut saya buat.berapakah harga untuk ukuran yg perlu dibyr oleh juru ukur ?bolehkan sya membuat rumah sprti suk dan spnb jika ats nama ayh sy ?

nur berkata...

Di sini saya ada satu persoalan tentang kes tanah yang diusahakan oleh sekumpulan orang, tetapi hakmilik diberikan kepada orang lain.

Adakah encik pernah mendapat aduan kes sebegini, dan bagaimana cara untuk mengendalikannya ?

Adi berkata...

Jika tanah tersebut tiada no lot dan tiada hakmilik, bermakna itu adalah tanah kerajaan lah kan? Bagaimana saya ingin memperoleh tanah tersebut dan menjadi hakmilik individu?

Nick Bagan berkata...

Pergi ke pajabat tanah daerah dan buat pertanyaan di sana. setiap bidang tanah pasti ada tuannya dan tak semestinya kosong atau tanah kerajaan. Buat carian di pejabat tanah dengan tunjukkan lokasi tanah tersebut berada. Buatlah pertanyaan di sana samada tanah tersebut boleh atau tidak boleh dipohon untuk dapatkan hakmilik sebagai tanah usaha...

Gua Musang Town berkata...

Assalamualaikum...berapakah bayaran untuk pencarian Lokasi tanah..kepada siapalah mahu berjumpa..pegawai di pejabat tanah..?

Mama peach berkata...

Berapa ye harga perkhidmatan juruukur tanah?

Nick Bagan berkata...

Sila semak panduan harga upah ukur tanah yang telah kami berikan untuk anda buat kiraan secara kasar kadar harga upah ukur tanah untuk tanah anda...

Senarai harga boleh didapati di sini :

http://baganbeachboy.blogspot.com/2014/05/perkhidmatan-pengukuran-lot-tanah-bagi.html

un2ukdia berkata...

Assalammualaikum w.b.t
sekadar ingin bertanya, bagaimana cara untuk menukar status tanah hakmilik sementara 99 tahun ke hak milik kekal. untuk pengetahuan saudara tanah tersebut merupakan tanah rizab melayu .
terima kasih

Nick Bagan berkata...

Perlu anda tahu tanah kosong milik kerajaan, tanah teroka yang tiada berlot yang bukan hakmilik asal si tuan tanah hanya akan diberikan status tanah pajakan 99 tahun sahaja. Jikalau tanah itu adalah tanah kurniaan barulah akan diberikan hakmilik secara kekal selama lamanya. Status pajakan ini tidak boleh ditukar kepada hakmilik kekal kecuali pihak kerajaan sendiri yang memberikan kurniaan kepada si pemajak tanah berkenaan. Mungkin ada cara tertentu untuk membuat permohonan dan anda kenalah pergi ke pejabat tanah daerah untuk membuat pertanyaan mengenainya. Saya pun tidak tahu caranya.

Unknown berkata...

Saya ingin membeli tanah di daerah ulu kinta , saya tahu no lot yang hendak dijual tetapi saya tidak tahu pemilik tanah. Macam mana nak dapatkan maklumat pemilik? Menerusi agen sangat mahal.

Nick Bagan berkata...

Inilah gunanya perkhidmatan "CARIAN RASMI" dan "CARIAN PERSENDIRIAN" yang disediakan di Pejabat Tanah Daerah.

Anda perlulah membuat pencarian rasmi lot yang anda berminat hendak beli. Di dalam sijil pencarian itu ada tertulis nama pemilik tanah dan juga alamat rumah pemilik tanah. Selain nama & alamat, nombor kad pengenalan pemilik tanah juga ada tertulis sama. Dengan menggunakan info nama & alamat di dalam sijil carian rasmi tersebut, anda bolehlah pergi mencari dan berjumpa dengan pemilik tanah yang anda berminat nak beli.

Unknown berkata...

Assalamulaikum

Sya nak tnya klu dalam geran tulis 1/2 use bawah 1/8 use tu maksud dia mcm mn ada kh kita dpt 1/2 atau 1/8 use..dan mn lg besar 1/2 sm 1/8 tq

Unknown berkata...

Carian rasmi atau persendirian itu hanya boleh dibuat di pejabat tanah daerah dimana tanah yg hendak dicari atau boleh dibuat di negeri lain.

Contoh saya nak buat carian utk tanah di melaka. Boleh kah saya buat carian rasmi di pejabat tanah kuala lumpur?

Nick Bagan berkata...

Waalaikumsalam..

Jikalau satu lot tanah itu ada lebih dari 1 nama pemilik maka dalam geran tanah tersebut luas tanah bahagian masing2 akan ditulis dalam bentuk pecahan matematik.

Untuk mudah faham, bayangkan luas tanah tersebut seperti sebiji piza yang bulat. 1/2 bahagian adalah sama dengan separuh piza tersebut. Manakala jika sebiji piza itu dipotong kepada 8 keping yg sama besar maka 1 keping piza itu adalah 1/8 luasnya. Jadi sudah semestinyalah luas 1/2 iaitu separuh daripada piza itu adalah lebih besar daripada hanya 1 keping piza yang telah dipotong kepada 8 keping

Nick Bagan berkata...

Rekod hakmilik tanah hanya disimpan di Pejabat Tanah Daerah lokasi tanah tersebut berada sahaja. Jikalau lot tanah itu terletak di daerah Melaka Tengah, maka anda hanya boleh membuat carian maklumat mengenai lot tanah itu cuma di Pejabat Tanah Daerah Melaka Tengah sahaja. Tidak boleh dibuat pencarian di pejabat tanah daerah lain walaupun di negeri Melaka sendiri melainkan hanya di pejabat tanah daerah Melaka Tengah sahaja

Unknown berkata...

Salam bro, nk tanya .. Ayah sy dh pindah milik tanah pd adik sy. Boleh sy check status tanah adik sy samada telah dicagar pd bank atau tidak? Bagaimane caranya? Terima kasih

Nick Bagan berkata...

Buatlah 'Carian Rasmi' di Pejabat Tanah Daearah. Jika tanah tersebut telah dicagarkan kepada bank, di dalam sijil pencarian itu nanti mesti akan ada satu ruangan yang ditulis sebagai 'KAVEAT oleh pihak bank' dengan di cop dan diletakkan tarikh perintah kaveat itu oleh pihak pentadir tanah daerah

orang utara berkata...

Tak ramai yang tau kalau geran hilang nak buat macamana. Artikel yang sangat bagus. terima kasih

kamarules berkata...

punca soalan pembaca "salah alamat" yang masih berulang dalam ruang FAQ ni bukan nya disebabkan mereka tidak faham tuan Nick , masalahnya mereka malas nak scroll dan membaca apa yang tuan tulis bagi pihak orang lain .. diaorang cuma nak baca apa yang tuan tulis atau jawab bagi pihak diaorang sahaja

Nick Bagan berkata...

betul sangat2 apa yang anda tuliskan. Kadang2 saya pun malas nak siarkan apalagi nak menjawap soalan yang saya sendiri pun tak tahu jawapannya. Banyak yang sangka bahawa saya ni kerja dengan pejabat tanah. Adalah lebih mudah tanya saya daripada pergi ke kaunter. Mungkin saya patut kenakan bayaran RM 10 - 20 untuk setiap satu soalan.... hahaha

Anida Mustafa berkata...

Salam...saya ingin bertanya...saya ingin membina rumah di atas tanah ayah saya tp ayah sy beli tanah itu yg ditulis sbg tanah plot dalam geran besar tp dokumen rasmi jual beli ada...boleh ke saya buat cagaran bank?

Nick Bagan berkata...

Salam..

Maksud anda geran tanah itu berkongsi banyak nama sebagai pemilik tanah. Jika demikian agak sukar untuk menjadikannya sebagai cagaran pinjaman kerana perlu mendapatkan tandatangan persetujuan daripada kesemua pemilik yang lain.

Bukan tak boleh tapi pihak bank akan meminta anda mendapatkan tandatangan persetujuan daripada kesemua pemilik tanah yang mempunyai hak ke atas tanah tersebut. Biasanya orang akan membuat proses pecahan geran bagi mendapatkan geran tanah berasingan terlebih dahulu. Kemudian selepas dah dapat geran tanah berasingan barulah buat permohonan pinjaman bercagar daripada bank

iedacheese berkata...

salam tuan..arwah adik telah berkahwin dan ada membeli sebidang tanah. Pihak keluarga mahu agar tanah tersebut diberi kepada saya. Bayaran premium telah diselesaikan oleh arwah tetapi resit atad nama tuan lama yg tidak dpt dikesan. Dokumen perjanjian dan surat angkat sumpah antara arwah dan pemilik lama ada dlm simpanan saya. Bagaimana menukarkan nama kepada sy untuk pengeluaran geran tanah.?

Unknown berkata...

Bagaimana nak buat carian sekiranya saya tahu lokasi tanah, tetapi tidak tahu nombor lot?

M. Rais

Nick Bagan berkata...

Sila bawa kesemua dokumen yang anda ada ke pejabat tanah daerah terletaknya lot tanah tersebut. Ini merupakan masalah berkaitan undang2 dan peraturan pejabat tanah. Kami hanyalah jurukur tanah swasta yang tiada kena mengena dengan pejabat tanah daerah mana2 pun dalam Malaysia ini.

Harap maklum

Nick Bagan berkata...

Kalau anda tahu lokasi tapi tak tahu nombor lot, saya cadangkan anda pergi ke lokasi tanah tersebut dan tanyakan pada penduduk yang ada disekitar sana. Jika tak dapat apa2 maklumat daripada orang yang ada disana apa yang boleh anda lakukan adalah dapatkan kodinit GPS lokasi tersebut melalui HP anda. Kemudian anda pergi ke pejabat tanah dan beritahu masalah anda yang anda nak buat carian satu lot tanah tapi tak tahu nombor lot tapi anda tahu lokasi dan ada kodinit GPS lokasi lot tanah itu.

Selain dari itu saya pun tak tahu tapi walau apa pun keadaannya anda tetap juga perlu pergi ke pejabat tanah daerah.

Nur Emy berkata...

Askm . Saya ingin bertanya saya ada salinan cukai taksiran bukan cukai tanah . Bolehka saya bawak surat tersebut untuk mengesahkan pemilik tanah tersebut . Saya tak tahu no lot . Cuma ada alamat saja .
Soalan kedua . Jika tanah ada 2 nama iaitu atas nama isteri dan dibawah suami . Jika dua² meninggal waris manakah yang dapat tuntut tanah tersebut ?

Nick Bagan berkata...

Waalaikumsalam..

1.) Cukai taksiran adalah cukai pintu dari pihak Majlis Perbandaran ianya tak sama dengan cukai tanah. Tapi anda boleh saja bawa apa saja dokumen yang ada pada anda ke Pejabat Tanah Daerah untuk membuat semakan rekod hakmilik tanah di sana.

2.) Kalau ada 2 nama iaitu suami & isteri yang masing2 memiliki 1/2 bahagian tanah tersebut, bagi yang beragama Islam kedua-dua waris samada sebelah suami atau sebelah isteri akan diperturunkan pembahagian hakmilik tanah tersebut dengan secara Faraid. Waris isteri akan mendapat 1/2 bahagian dan waris suami juga akan mendapat 1/2 bahagian. Nama siapa di atas nama siapa di bawah itu tidak penting

Unknown berkata...

Salam....boleh kah membuat carian rasmi di ptg negeri atau mmg di pjbat tnah daerah shja??

Unknown berkata...

Sy da buat Carian persendirian Satu Carian dicas RM40
I) Tanah kebun
II) Tanah rumah

FELDA

Ingin Bertanya berkata...

Salam...Ingin bertanya...Kira kira berapa lama masa untuk Carian persendirian atau Carian rasmi?

Nick Bagan berkata...

Ikut pengalaman penulis, tiada had masa yang tetap tapi bergantung kepada file rekod lot tanah yang dicari. Ada lot tertentu yang pada hari yang sama buat permohonan boleh dapat sijil carian tapi ada juga yang akan diminta tunggu 3 hari baru boleh dapat.

Kalau lot tanah yang baru senanglah nak cari file rekod tapi kalau lot tanah yang lama sejak dari zaman jajahan British lagi dan tak pernah pula buat apa2 pindaan atau ukuran semula, ini yang lambat. Ada juga yang akan diminta tinggalkan nombor telefon dan akan dihubungi bila dah dapat jumpa file rekod. Tapi ikut pengalaman penulis, kalau lot tanah tersebut setiap tahun ada rekod bayaran cukai dan dibuat carian dengan menggunakan nombor hakmilik akan lebih cepat dapat berbanding dengan lot tanah yang tiada rekod bayaran cukai tanah serta dibuat carian dengan menggunakan nombor lot sahaja.

Tips untuk memudahkan dan mempercepatkan proses carian adalah dengan membuat carian dengan menggunakan nombor pendaftaran hakmilik jika tahu nombornya. Jika tak tahu, cukuplah sekadar nombor lot, mukim dan daerahnya saja

Ceritaku berkata...

Salam. Saya mahu bertanya. Saya ada satu unit apartment atas nama arwah suami saya. Saya ingin memohon untuk carian rasmi di pejabat tanah untuk proses permohonan surat kuasa. Namun, jabatan tanah meminta saya untuk menyatakan nombor geran untuk tujuan carian rasmi. Geran tersebut tiada didalam simpanan saya. Dimana saya boleh dapatkan salinan geran? Terima kadih atas bantuan.

Tok Mat berkata...

Salam Tuan Nik,
Bila saya pergi kaunter carian di PTG Selangor (Bangunan SUK Shah Alam), staf beritahu carian tak dapat dibuat jika cuma berpandukan no lot & mukim yang diperoleh daripada laman web JUPEM. Mesti ada no hakmilik juga. Betulkah begitu atau staf tersebut tak nak beri kerjasama?

Nick Bagan berkata...

Sekadar nak tambah sikit penjelasan.

Kalau anda baca dari atas sampai habis artikel ini termasuklah di bahagian nota kaki, ada tertulis apa yang penulis tuliskan hanyalah bertujuan untuk membantu kalangan pembaca yg terdiri dari pemilik tanah persendirian, waris2 serta bakal2 pembeli tanah yang tak tahu cara untuk dapatkan butiran berkenaan lot tanah yang berkenaan. Apa yang dicadangkan juga hanyalah daripada pengalaman sendiri sebab penulis bukanlah kakitangan Pejabat Tanah Daerah tapi hanyalah seorang jurukur tanah swasta sahaja.

Dan satu lagi adalah kaunter yang penulis cadangkan adalah kaunter di :
PEJABAT TANAH DAERAH ( PTD ) bukan pejabat tanah dan galian ( PTG ) kerana kedua dua pejabat ini lain2 perkhidmatannya. Jadi tak hairanlah kalau pergi buat carian di PTG akan diminta nombor hakmilik / nombor geran tanah seperti ada antara pembaca yang beritahu penulis disini dan juga melalui telefon.

Penulis sarankan pergi ke kaunter :

PEJABAT TANAH DAERAH ( PTD ) dimana terletaknya lokasi lot tanah yang hendak dicari butirannya. Tetapi bukan ke Pejabat Tanah & Galian ( PTG ).

Sekali lagi, pergi ke kaunter :
PEJABAT TANAH DAERAH ( PTD ) bukan Pejabat Tanah & Galian ( PTG )

Harap maklum

Syed Dido (runnerlandoffice) berkata...

Salam..sy freelance runner untuk pejabat tanah sekitar klang valley..jika ada apa2 pertanyaan..boleh ctc sy.. SyedDido 0102811181.. carian rasmi/persendirian ..cukai tanah..ctc title..tukar alamat..pindahmilik