expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 Mac, 2022

APLIKASI KALKULATOR CASIO FX-603P PRO2022 ANDROID


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 






APLIKASI
KALKULATOR CASIO FX-603P PRO2022 ANDROID ( updated 1/4/2022 )



Tahukah
anda persamaan antara kalkulator Casio fx-603p dengan kereta Proton Arena.
Selain dari dua-dua barang ini sudah tak dikeluarkan lagi oleh pengilang, nilai
pasaran untuk dua-dua model ini sudah berlipat ganda pada waktu ini walaupun
sudah berusia lebih 30 tahun.



Tahun
1995 kali terakhir penulis dapat beli 3 unit FX-603p pada harga RM 180 setiap satu.
Sekarang jika ada walau seburuk mana pun asal masih boleh mengira, harganya
boleh mencecah 1 ribu lebih.



Sebenarnya
sejak tahun 2014 lagi kalkulator fx-603p ini sudah pun dibuat dalam bentuk
aplikasi Android. Tapi atas faktor ‘privacy & safety’, Google selaku
pemilik sistem operasi Android telah mempertingkatkan halangan dari masa ke
semasa dalam usaha untuk terus kekal mesra pengguna dan peniaga. Setiap kali
sistem operasi Android ini dipertingkatkan maka pihak pengeluar aplikasi turut
terpaksa melakukan perubahan pada aplikasi yang dikeluarkan mereka. Sekarang
sudah ada versi baru yang lebih mudah dan mesra pengguna dikeluarkan khas untuk
Android 10 ke atas. Versi Android 10 ke bawah yang lama masih boleh menginstal
aplikasi ini tetapi mungkin paparan pemuka akan kelihatan berlainan daripada
paparan Android 10 ke atas.



Dengan
tersiap sedia 11 program asas untuk kegunaan Jurukur Tanah, pelukis pelan tanah
dan pelajar yang terbabit dalam jurusan ukur tanah, ukur bangunan atau sains Geomatik,
kami menawarkan aplikasi ini pada harga mampu milik : 
RM 50 sahaja.

Setiap pembelian
akan menerima satu pakej dengan nota-nota bercontoh cara install, cara setting
& load program serta nota cara penggunaan setiap program yang telah
tersedia ada dalam aplikasi ini. Selain dari 11 program telah tersedia ada,
masih terdapat ruang untuk pengisian 9 lagi program kosong dalam aplikasi ini.
Bagi yang telah mahir dengan kalkulator Casio fx-602p atau fx-603p klasik dan
ada mempunyai program sendiri, anda boleh saja memuat masuk program anda
tersebut dengan cara yang sama seperti memasukkan program dalam kalkulator Casio
Fx-603p klasik. Dan bagi yang tak pernah guna atau tak mahir dengan cara
penggunaan kalkulator Casio FX-603p samada yang klasik atau dalam versi android,
anda boleh memahirkan diri dengan membuat latihan cara penggunaan yang kami
sertakan dalam pakej versi ‘Pro2022’ ini.



Yang
berminat nak mendapatkan aplikasi ini boleh menghubungi kami secara kiriman
pertanyaan melalui Whatsapp ke nombor yang diberikan di bawah :



 



WhatsApp
ke : 012-394 9064 ( Nick JTB )



 



Dengan
keluarnya versi baru ‘Pro2022’ mulai bulan Mac, 2022 dengan ini aplikasi ‘Simulator
Casio FX-603p Android’ versi lama yang kali terakhir dinaiktaraf pada tahun
2019 yang lalu sudah diberhentikan pengeluarannya.



 



SEKIAN,
TERIMA KASIH




07 Mac, 2022

CARI & TANDA SEMULA BATU SEMPADAN TANAH LOT


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



CARI & TANDA SEMULA BATU
SEMPADAN TANAH LOT 



( Foto : batu sempadan lama dengan bulan & bintang penunjuk arah kiblat )

Dalam
berbagai bidang kerja ukur tanah, kepakaran kami yang terutama adalah dalam
bidang kerja ukur ‘Cari & Tandakan semula batu sempadan’ tanah lot persendirian.

Tak
kiralah apa jenis tanah lot anda samada tanah kebun, tanah terbiar, tanah rata
dan lapang, tanah bukit, tanah semak belukar atau tanah yang dipinggiran mahu
pun dalam hutan. Selama kami beroperasi dari sebelum adanya teknologi secanggih
sekarang kami belum pernah lagi mengecewakan pelanggan kami.

Walau
lot tanah yang sudah berusia lebih dari 100 tahun dengan pelan PA masih lagi
pelan lukisan tangan. Walau pun batu sempadan asal berupa batu granit batu
bukit generasi pertama penanda sempadan tanah di bumi Malaya atau batu generasi
kedua batu bulat buatan manusia yang tertera ‘bulan & bintang’ tegak
berdiri menunjuk arah kiblat. Samada masih ada di atas tanah atau sudah
tenggelam ke dalam tanah, jikalau masih ada batu tersebut tetap akan boleh
jumpa semula. Kalau tak jumpa di atas tanah, kami akan cuba korekkan tanah
sedalam 1-2 kaki. Kalau tak jumpa juga kami akan timbus balik lubang tersebut
dan tandakan dengan tanda sempadan yang baru.

Agak
pelik juga, antara tanah lot baru yang bernombor 5-6 angka dengan tanah lot
lama yang bernombor cuma sekadar 2-4 angka sahaja. Antara tanah lot baru yang
berlokasi di kawasan perbandaran dengan tanah lot lama yang berlokasi jauh di
dalam semak hutan, adalah lebih mudah untuk jumpa semula batu asal lot lama
daripada lot baru.

Bagi
kami jurukur tanah, apabila dapat jumpa semula mana-mana batu sempadan asal
yang lama, satu perasaan menyeronokkan akan terbit menghilangkan segala rasa
letih dan marah ibarat seperti membuat jaringan gol dalam permainan bolasepak.
Walau pun tak menang tapi jaringan gol tersebut dapat memberikan sedkit
kegembiraan selepas tamat perlawanan. Anda boleh lihat pada foto contoh di
bawah batu-batu sempadan yang kami dapat jumpa kembali pada waktu membuat kerja
cari & tanda semula sempadan tanah lot pelanggan kami.

Jika
pemilik tanah persendirian berminat untuk berurusan dengan kami bagi mencari
dan tandakan semula sempadan tanah lot anda, sila hubungi kami secara telefon
terus atau sekadar kirim mesej melalui aplikasi Whatsapp sahaja ke nombor :


Telefon
@ Whatsapp

012-3949064 

( JT Klang )

Sebenarnya
sebelum adanya pandemik Covid-19 di mukabumi ini kami sudah pun membuat urusan
perbincangan dan kiriman dokumen secara atas talian sahaja tanpa perlu
pelanggan keluar dari rumah pergi ke pejabat kami. Berurusan secara terus
begini bukan sahaja lebih mudah malah lebih cepat, lebih jimat dan yang
terpenting adalah lebih selamat daripada persekitaran virus merbahaya ini.


BAWAH : FOTO - FOTO CONTOH BATU SEMPADAN ASAL YANG JUMPA SEMULA

















03 Mac, 2022

KANDUNGAN MAKLUMAT DALAM PELAN DIPERAKUI ( PA )


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



KANDUNGAN MAKLUMAT DALAM
PELAN DIPERAKUI ( PA )




( ATAS : FOTO CONTOH PELAN GERAN TANAH )


( BAWAH : FOTO CONTOH PELAN PA 19191 )




Apakah
maksud dan fungsi sebenar ‘PELAN DIPERAKUI’ ( PA ) sebutan
waktu kini dalam Bahasa Malaysia atau ‘CERTIFIED PLAN’ ( CP ) sebutan lama
dalam Bahasa Inggeris.

Sepertimana kita warganegara Malaysia walaupun berjumlah puluhan
juta orang dan ramai yang mempunyai nama yang sama tetapi setiap orang akan diberikan satu
nombor pendaftaran MyKad atau nombor pengenalan diri yang berbeza yang boleh
dirujuk untuk mengenalpasti identiti yang sebenar bagi setiap orang.

Begitulah
fungsinya nombor rujukan ‘Pelan Diperakui’ atau pelan PA yang berlainan bagi
setiap tanah lot walaupun bernombor sama dan berlokasi dalam daerah yang sama
di negeri yang sama. Dalam setiap dokumen geran tanah bagi setiap tanah lot
akan dituliskan satu nombor rujukan ‘Pelan Diperakui’ pada bahagian mukasurat
depan untuk maklumat tanah dan juga pada mukasurat belakang yang mengandungi
pelan tanah bagi tanah lot tersebut.

Selain
itu dalam setiap pelan PA juga terdapat maklumat penting lain yang boleh
dirujuk dan dijadikan sebagai pengesahan apabila membuat pencarian informasi tepat
berkenaan mana-mana bidang tanah lot. Sebagai contoh apabila jurukur tanah perlu mencari atau menandakan semula sempadan mana-mana lot, pelan PA inilah yang akan dijadikan sebagai rujukan yang sah dan tepat dalam menandakan semula sempadan lot tersebut supaya berada pada tempat yang sama seperti asal walaupun pelan PA atau batu sempadan asal bagi lot tersebut telah berusia lebih dari 100 tahun. 


Antara
kandungan maklumat dalam setiap pelan PA adalah seperti berikut :


1.)       
Jarak setiap garisan sempadan

2.)       
Bearing setiap garisan sempadan

3.)       
Jenis petanda sempadan yang diguna untuk lot
tersebut

4.)       
Keluasan sebenar lot tersebut

5.)       
Koordinat lokasi setiap batu sempadan lot
tersebut

6.)       
Jarak, bearing dan nombor lot yang
bersebelahan

7.)       
Nombor pelan PA bagi lot bersebelahan

8.)       
Tahun kerja ukuran asal atau ukuran semula dibuat

9.)       
Batu sempadan asal yang dijumpai waktu ukuran
semula

10.)    Perubahan
jarak & bearing antara yang asal dan terkini

11.)    Kedudukan
rezab jalan & saliran yang berdekatan

12.)    Lebar,
panjang & luas setiap rezab berkenaan

13.)    Lot
tanah yang terlibat dalam setiap pengambilan tanah bagi tujuan rezab jalan,
saliran atau talian elektrik


Jadi
adalah disarankan kepada setiap pemilik tanah selain menyimpan dokumen geran
tanah yang asal simpan juga pelan diperakui ( PA ) bagi lot tanah anda
tersebut. Pengalaman daripada kejadian banjir besar penghujung tahun lepas,
selain menyimpan dalam bentuk dokumen kertas, simpan juga salinan dalam bentuk
digital dalam format foto atau pun dokumen PDF.

----------------------------------------------------------

Jurukur Tanah Klang @ 2023

#jurukurtanah

#jurukurtanahbagan

#jurukurtanahklang

#jurukurtanahdiklang

#jurukurtanahdiselangor

#baganbeachboy