UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS TANAH( BAHAGIAN 1 )
Artikel ini adalah satu senarai unit pertukaran atau "conversion" untuk mengira nilai persamaan bagi jarak dan luas tanah dari satu unit ke unit yang lain. Contohnya untuk menukar jarak dari METER kepada KAKI atau menukar luas dari EKAR kepada KAKI PERSEGI.
Unit-unit pertukaran yang ditunjukkan disini adalah unit-unit ukuran yang biasa digunakan di dalam pelan ukuran tanah terutama sekali di dalam 'Pelan Diperakui' ( PA ) atau 'Certified Plan' ( CP ) keluaran Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ).
( Bagi menambah ilmu pengetahuan anda ada banyak contoh yang boleh didapati dan dipelajari daripada ratusan soalan jawapan yang terdapat di ruangan ulasan / komentar di bawah )
Apa yang perlu dibuat adalah baca dan ketahui nilai persamaan antara 2 unit yang mahu ditukar nilai kemudian buat kiraan mengikut contoh yang telah disediakan di bahagian bawah artikel ini.
Bagi jarak panjang, lebar dan jauh untuk tanah, unit yang biasa digunapakai dalam pelan tanah lama adalah dalam unit LING dan RANTAI. Manakala bagi luas tanah pula unit yang biasa digunapakai dalam pelan tanah lama adalah bergantung kepada lokasi serta negeri. Di lokasi tanah pertanian dan negeri seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang unit luas yang digunakan adalah RELUNG dan JEMPA. Negeri Kelantan pula menggunakan unit EKAR dan DEPA. Tetapi bagi kebanyakan negeri lain unit luas tanah yang biasa digunakan adalah HEKTAR dan EKAR.
---------------------------------------------------------------------------
( KLIK FOTO UNTUK BESARKAN ATAU MUAT TURUN )
UNIT UKURAN UNTUK JARAK TANAH
Unit jarak yang biasa digunakan :
1 kaki ( bersamaan dengan ) 0.3048 meter1 meter ( bersamaan dengan ) 3.28084 kaki1 Ling ( bersamaan dengan ) 0.201168 meter1 Ling ( bersamaan dengan ) 0.66 kaki1 rantai ( bersamaan dengan ) 100 Ling1 rantai ( bersamaan dengan ) 20.1168 meter1 rantai ( bersamaan dengan ) 66 kaki
Unit jarak yang lain :
1 kaki = 12 inci1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci1 ela = 0.9144 meter1 ela = 3 kaki1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter1 kilometer = 0.6214 batu1 batu = 1.609 kilometer1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer1 relung = 176 kaki = 53.642 meter1 pole = 5.0292 meter1 rantai = 4 pole1 furlong = 10 rantai1 jengkal = 0.5 hasta1 hasta = 0.5 ela1 depa = 4 hasta = 2 ela1 depa = 6 kaki = 1.8288 meter1 jempa = 8 kaki1 jumba = 2 depa = 12 kaki1 orlong = 20 jumba
------------------------------------------------------------------
( KLIK FOTO UNTUK BESARKAN ATAU MUAT TURUN )
UNIT UKURAN UNTUK LUAS TANAH
Unit luas yang biasa digunakan :
1 meter persegi ( mp ) = 10.764 kaki persegi ( kp )1 kaki persegi (kp) = 0.0929 meter persegi ( mp )1 Ekar = 4,046.86 mp1 Ekar = 43,560 kp1 Ekar = 1,210 depa1 Hektar = 2.471 ekar1 Hektar = 10,000 mp1 Hektar = 107,640 kp1 Relung = 0.7111 ekar1 Relung = 484 jempa
Unit luas yang lain :
1 relung = 2,877.72 mp1 relung = 30,976.6 kp1 relung = 0.288 hektar = 0.7111 ekar1 relung = 484 jempa1 jempa = 64 kp = 5.946 mp1 ekar = 1.406 relung = 0.404686 hektar1 ekar = 4,046.86 mp1 ekar = 43,560 kp1 ekar = 10 rantai1 ekar = 1,210 depa1 ekar = 4 Rood = 160 pole / rod / perch1 hektar = 10,000 mp1 hektar = 3.475 relung = 2.471 ekar1 hektar = 107,640 kp1 kilometer persegi = 1,000,000 mp1 kilometer persegi = 100 hektar = 247.105 ekar1 rantai persegi = 404.686 mp1 rantai persegi = 4,356 kaki persegi = 0.1 ekar1 Rood = 0.25 ekar = 1/4 ekar1 Rood = 1,011.71 mp = 10,890 kp1 Rood = 40 pole / rod / perch1 pole = 1 rod = 1 perch1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar1 pole = 1/40 Rood1 pole = 25.293 mp = 272.25 kp1 depa persegi = 36 kp1 depa persegi = 3.3445 mp
-----------------------------------------------------------
Sekarang anda boleh cuba kira sendiri dengan formula yang telah diberikan di atas. Kemudian guna kalkulator aplikasi di atas untuk semak jawapan samada betul atau salah. Kalau salah teruskan membaca lagi sebab di bawah ada penulis tunjukkan contoh cara pengiraan yang betul.
--------------------------------------------------------------
Jika ada pertanyaan berkenaan urusan ukur tanah kirim saja pertanyaan tersebut secara kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke sini :< klik >
--------------------------------------------------------------
Pemilik tanah yang berminat untuk membuat ukuran tanah bagi memudahkan anda memahami cara berurusan, prosedur yang terlibat serta keperluan dokumen dan anggaran harga bagi setiap jenis kerja ukur tanah, boleh terus klik link di bawah :-
< klik >

CARA PENGIRAAN JARAK TANAH
CONTOH 1
1 Ling = 0.201168 meter
1 Ling = 0.66 kaki
Jika jarak garisan di dalam pelan tanah ditulis begini :
1.) Garisan pertama : 600 ling2.) Garisan kedua : 1050 ling
Apa yang perlu dibuat hanyalah darabkan jarak Ling tersebut dengan nilai persamaannya di dalam unit meter atau kaki
1.) 600 ling ( X ) 0.201168 = 120.700 meter600 ling ( X ) 0.66 = 396 kaki
2.) 1050 ling ( X ) 0.201168 = 211.226 meter1050 ling ( X ) 0.66 = 693 kaki
--------------------------------------------------------------
CONTOH 2
1 meter = 3.28084 kaki
1 kaki = 0.3048 meter
Jika jarak garisan di dalam pelan di tulis begini :
1.) Garisan di tulis dalam unit meter : 24.575 meter2.) Garisan di tulis dalam unit kaki : 75 kaki
Darabkan jarak tersebut dengan nilai persamaan seperti di atas
1.) 24.575 meter ( X ) 3.28084 = 80.63 kaki2.) 75 kaki ( X ) 0.3048 = 22.860 meter
--------------------------------------------------------------
CARA PENGIRAAN LUAS TANAH
Dalam geran tanah yang lama, keluasan tanah akan ditulis dalam unit Ekar, Rood dan Pole. Unit Ekar akan ditulis dengan simbol 'a', unit Rood akan ditulis dengan 'r' manakala unit Pole pula akan ditulis dengan 'p'.
FORMULA ASAS :
1 Ekar = 4 Rood = 160 Pole
1 Ekar = 4046.86 mp = 43,560 kp
1 Rood = 1,011.71 mp = 10,890 kp
1 pole = 25.293 mp = 272.25 kp
CONTOH PENGIRAAN
( EKAR, ROOD & POLE )
Jika keluasan tanah ditulis dalam EKAR begini :
2a. 1r. 07p.
Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :
( 2 ekar ) + ( 1 Rood ) + ( 7 pole )
TUKAR KE METER PERSEGI ( mp )
( 2 ekar ) + ( 1 Rood ) + ( 7 pole )
( 2 X 4046.86 mp ) + ( 1 X 1011.71 mp ) + ( 7 X 25.293 mp )
( 8093.72 mp ) + ( 1011.71 mp ) + ( 177.051 mp )
( 8093.72 + 1011.71 + 177.051 )
= 9282.48 meter persegi
TUKAR KE KAKI PERSEGI ( kp )
( 2 ekar ) + ( 1 Rood ) + ( 7 pole )
( 2 X 43,560 kp ) + ( 1 X 10,890 kp ) + ( 7 X 272.25 kp )
( 87,120 kp ) + ( 10,890 kp ) + ( 1,905.75 kp )
( 87,120 + 10,890 + 1,905.75 )
= 99,915.755 kaki persegi

UNIT LUAS LAMA YANG LAIN
( RELUNG, JEMPA & DEPA )
Di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang luas tanah ditulis dengan menggunakan unit 'Relung' dan 'Jempa'. Unit 'Relung' akan ditulis dengan simbol 'r' manakala unit 'Jempa' pula akan ditulis dengan 'j'.
Keluasan tanah akan ditulis dalam unit RELUNG dan JEMPA begini :
2r. 383j.

( 2 Relung ) + ( 383 Jempa )

Manakala di negeri Kelantan dan sebahagian tanah pertanian di Pantai Timur luas tanah akan ditulis dengan menggunakan unit 'Ekar' dan 'Depa'. Unit 'Ekar' akan ditulis dengan simbol 'A' manakala unit 'Depa' pula akan ditulis dengan 'D'.
Keluasan tanah akan ditulis dalam unit EKAR dan DEPA begini :
2A. 167D.

( 2 Ekar ) + ( 167 Depa )
-----------------------------------------------------------
UNIT UKURAN UNTUK JARAK & LUAS TANAH( BAHAGIAN 2 )
Bagi yang berminat untuk mengetahui unit-unit lama lain yang pernah digunakan di negeri tertentu dan cara pengiraan untuk menukar jarak dan luas dari unit lama tersebut kepada unit terkini sila klik link dibawah yang merupakan sambungan bahagian 2 artikel ini.
-----------------------------------------------------------
SEKIAN TERIMA KASIH
< Klik butang atas untuk kembali ke Laman Utama >
--------------------------------------------------------------
Bagi yang berminat membaca mencari serta menambah ilmu pengetahuan ada banyak contoh serta fakta yang boleh di pelajari daripada ratusan soalan jawapan yang terdapat di ruang ulasan bawah.
TERUSKAN SKROL KE BAWAH
-------------------------- Jurukur Tanah Klang @ 2024 ---------------------------
UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS TANAH
( BAHAGIAN 1 )
Artikel ini adalah satu senarai unit pertukaran atau "conversion" untuk mengira nilai persamaan bagi jarak dan luas tanah dari satu unit ke unit yang lain. Contohnya untuk menukar jarak dari METER kepada KAKI atau menukar luas dari EKAR kepada KAKI PERSEGI.
Unit-unit pertukaran yang ditunjukkan disini adalah unit-unit ukuran yang biasa digunakan di dalam pelan ukuran tanah terutama sekali di dalam 'Pelan Diperakui' ( PA ) atau 'Certified Plan' ( CP ) keluaran Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ).
( Bagi menambah ilmu pengetahuan anda ada banyak contoh yang boleh didapati dan dipelajari
daripada ratusan soalan jawapan yang terdapat di ruangan ulasan / komentar di bawah )
Apa yang perlu dibuat adalah baca dan ketahui nilai persamaan antara 2 unit yang mahu ditukar nilai kemudian buat kiraan mengikut contoh yang telah disediakan di bahagian bawah artikel ini.
Bagi jarak panjang, lebar dan jauh untuk tanah, unit yang biasa digunapakai dalam pelan tanah lama adalah dalam unit LING dan RANTAI. Manakala bagi luas tanah pula unit yang biasa digunapakai dalam pelan tanah lama adalah bergantung kepada lokasi serta negeri. Di lokasi tanah pertanian dan negeri seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang unit luas yang digunakan adalah RELUNG dan JEMPA. Negeri Kelantan pula menggunakan unit EKAR dan DEPA. Tetapi bagi kebanyakan negeri lain unit luas tanah yang biasa digunakan adalah HEKTAR dan EKAR.
---------------------------------------------------------------------------
( KLIK FOTO UNTUK BESARKAN ATAU MUAT TURUN )
UNIT UKURAN UNTUK JARAK TANAH
Unit jarak yang biasa digunakan :
1 kaki ( bersamaan dengan ) 0.3048 meter
1 meter ( bersamaan dengan ) 3.28084 kaki
1 Ling ( bersamaan dengan ) 0.201168 meter
1 Ling ( bersamaan dengan ) 0.66 kaki
1 rantai ( bersamaan dengan ) 100 Ling
1 rantai ( bersamaan dengan ) 20.1168 meter
1 rantai ( bersamaan dengan ) 66 kaki
Unit jarak yang lain :
1 kaki = 12 inci
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.642 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela
1 depa = 6 kaki = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki
1 jumba = 2 depa = 12 kaki
1 orlong = 20 jumba
------------------------------------------------------------------
( KLIK FOTO UNTUK BESARKAN ATAU MUAT TURUN )
UNIT UKURAN UNTUK LUAS TANAH
Unit luas yang biasa digunakan :
1 meter persegi ( mp ) = 10.764 kaki persegi ( kp )
1 kaki persegi (kp) = 0.0929 meter persegi ( mp )
1 Ekar = 4,046.86 mp
1 Ekar = 43,560 kp
1 Ekar = 1,210 depa
1 Hektar = 2.471 ekar
1 Hektar = 10,000 mp
1 Hektar = 107,640 kp
1 Relung = 0.7111 ekar
1 Relung = 484 jempa
Unit luas yang lain :
1 relung = 2,877.72 mp
1 relung = 30,976.6 kp
1 relung = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung = 484 jempa
1 jempa = 64 kp = 5.946 mp
1 ekar = 1.406 relung = 0.404686 hektar
1 ekar = 4,046.86 mp
1 ekar = 43,560 kp
1 ekar = 10 rantai
1 ekar = 1,210 depa
1 ekar = 4 Rood = 160 pole / rod / perch
1 hektar = 10,000 mp
1 hektar = 3.475 relung = 2.471 ekar
1 hektar = 107,640 kp
1 kilometer persegi = 1,000,000 mp
1 kilometer persegi = 100 hektar = 247.105 ekar
1 rantai persegi = 404.686 mp
1 rantai persegi = 4,356 kaki persegi = 0.1 ekar
1 Rood = 0.25 ekar = 1/4 ekar
1 Rood = 1,011.71 mp = 10,890 kp
1 Rood = 40 pole / rod / perch
1 pole = 1 rod = 1 perch
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 1/40 Rood
1 pole = 25.293 mp = 272.25 kp
1 depa persegi = 36 kp
1 depa persegi = 3.3445 mp
-----------------------------------------------------------
Sekarang anda boleh cuba kira sendiri dengan formula yang telah diberikan di atas. Kemudian guna kalkulator aplikasi di atas untuk semak jawapan samada betul atau salah. Kalau salah teruskan membaca lagi sebab di bawah ada penulis tunjukkan contoh cara pengiraan yang betul.
--------------------------------------------------------------
Jika ada pertanyaan berkenaan urusan ukur tanah kirim saja pertanyaan tersebut secara kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke sini :
< klik >
--------------------------------------------------------------
Pemilik tanah yang berminat untuk membuat ukuran tanah bagi memudahkan anda memahami cara berurusan, prosedur yang terlibat serta keperluan dokumen dan anggaran harga bagi setiap jenis kerja ukur tanah, boleh terus klik link di bawah :-
< klik >
--------------------------------------------------------------
CARA PENGIRAAN JARAK TANAH
CONTOH 1
1 Ling = 0.201168 meter
1 Ling = 0.66 kaki
Jika jarak garisan di dalam pelan tanah ditulis begini :
1.) Garisan pertama : 600 ling
2.) Garisan kedua : 1050 ling
Apa yang perlu dibuat hanyalah darabkan jarak Ling tersebut dengan nilai persamaannya di dalam unit meter atau kaki
1.) 600 ling ( X ) 0.201168 = 120.700 meter
600 ling ( X ) 0.66 = 396 kaki
2.) 1050 ling ( X ) 0.201168 = 211.226 meter
1050 ling ( X ) 0.66 = 693 kaki
--------------------------------------------------------------
CONTOH 2
1 meter = 3.28084 kaki
1 kaki = 0.3048 meter
Jika jarak garisan di dalam pelan di tulis begini :
2.) Garisan di tulis dalam unit kaki : 75 kaki
Darabkan jarak tersebut dengan nilai persamaan seperti di atas
1.) 24.575 meter ( X ) 3.28084 = 80.63 kaki
2.) 75 kaki ( X ) 0.3048 = 22.860 meter
--------------------------------------------------------------
CARA PENGIRAAN LUAS TANAH
Dalam geran tanah yang lama, keluasan tanah akan ditulis dalam unit Ekar, Rood dan Pole. Unit Ekar akan ditulis dengan simbol 'a', unit Rood akan ditulis dengan 'r' manakala unit Pole pula akan ditulis dengan 'p'.
FORMULA ASAS :
1 Ekar = 4 Rood = 160 Pole
1 Ekar = 4046.86 mp = 43,560 kp
1 Rood = 1,011.71 mp = 10,890 kp
1 pole = 25.293 mp = 272.25 kp
CONTOH PENGIRAAN
( EKAR, ROOD & POLE )
Jika keluasan tanah ditulis dalam EKAR begini :
2a. 1r. 07p.
( 2 ekar ) + ( 1 Rood ) + ( 7 pole )
TUKAR KE METER PERSEGI ( mp )
( 2 ekar ) + ( 1 Rood ) + ( 7 pole )
( 2 X 4046.86 mp ) + ( 1 X 1011.71 mp ) + ( 7 X 25.293 mp )
( 8093.72 mp ) + ( 1011.71 mp ) + ( 177.051 mp )
( 8093.72 + 1011.71 + 177.051 )
= 9282.48 meter persegi
TUKAR KE KAKI PERSEGI ( kp )
( 2 ekar ) + ( 1 Rood ) + ( 7 pole )
( 2 X 43,560 kp ) + ( 1 X 10,890 kp ) + ( 7 X 272.25 kp )
( 87,120 kp ) + ( 10,890 kp ) + ( 1,905.75 kp )
( 87,120 + 10,890 + 1,905.75 )
= 99,915.755 kaki persegi
--------------------------------------------------------------
UNIT LUAS LAMA YANG LAIN
( RELUNG, JEMPA & DEPA )
Di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang luas tanah ditulis dengan menggunakan unit 'Relung' dan 'Jempa'. Unit 'Relung' akan ditulis dengan simbol 'r' manakala unit 'Jempa' pula akan ditulis dengan 'j'.
Keluasan tanah akan ditulis dalam unit RELUNG dan JEMPA begini :
2r. 383j.
( 2 Relung ) + ( 383 Jempa )
--------------------------------------------------------------
Manakala di negeri Kelantan dan sebahagian tanah pertanian di Pantai Timur luas tanah akan ditulis dengan menggunakan unit 'Ekar' dan 'Depa'. Unit 'Ekar' akan ditulis dengan simbol 'A' manakala unit 'Depa' pula akan ditulis dengan 'D'.
Keluasan tanah akan ditulis dalam unit EKAR dan DEPA begini :
2A. 167D.
Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :
( 2 Ekar ) + ( 167 Depa )
-----------------------------------------------------------
UNIT UKURAN UNTUK JARAK & LUAS TANAH
( BAHAGIAN 2 )
Bagi yang berminat untuk mengetahui unit-unit lama lain yang pernah digunakan di negeri tertentu dan cara pengiraan untuk menukar jarak dan luas dari unit lama tersebut kepada unit terkini sila klik link dibawah yang merupakan sambungan bahagian 2 artikel ini.
-----------------------------------------------------------
SEKIAN
TERIMA KASIH